You are on page 1of 2

Pandemik Covid 19 sememangnya telah memberi kesan terhadap ekonomi serta

dalam pendidikan. Seperti peristiwa yang berlaku terhadap calon SPM tahun 2020. Akibat
daripada menularnya virus ini, Pihak Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan
untuk menangguhkan peperiksaan tersebut. Walaupun keputusan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) menamatkan sesi persekolahan secara bersemuka pada 9 Februari bagi
menangani pandemik COVID-19 adalah kurang bijak. Namun ini adalah satu inisiatif yang
perlu dipatuhi untuk mengurangkan penuluran Covid 19. Peperiksaan SPM terpaksa
dibatalkan kerana calon- calon banyak ketinggalan pelajaran. Pada tahun ini, KPM telah
menanyatakan bahawa SPM bakal diadakan pada bulan Februari. Oleh hal demikian, guru-
guru perlulah mengambil langkah pecutan akhir yang berkesan untuk calon- calon SPM
menghadapi peperiksaan SPM yang akan datang. Pecutan ini untuk membantu murid
mengulang kaji pelajaran yang ketinggalan dan menambahkan lagi ilmu mereka. Ibu bapa
juga hendaklah menjadi tulang belakang kepada guru untuk membantu guru- guru serta
pihak KPM dalam memastikan Peperiksaan SPM ini dapat dilangsungkan.

Selain itu, isu semasa ketika ini iaitu mengenai peperiksaan SPM ialah masalah
psikologi dan mental calon SPM. Penangguhan peperiksaan dapat memberi impak kepada
calon – calon peperiksaan SPM. Peperiksaan penting yang akan mereka duduki akan
menentukan masa depan mereka kelak. Psikologi dan mental murid hendaklah dimabil kira
supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM. Cadangan saya, KPM
harus segera melaksanakan saringan mental dan mempunyai perancangan untuk
memastikan motivasi mereka tidak jatuh berkecai semata-mata kerana kegagalan kita
semua merancang yang terbaik buat mereka. Ibu bapa dan guru juga hendaklah sentiasa
memberi sokongan kepada mereka supaya semangat di dalam tidak luntur.
Seterusnya, isu mengenai Peperiksaan SPM ini. Calon SPM berasa tertekan dengan
pembelajaran secara atas talian. Cabaran untuk menyesuaikan diri dengan kelas dalam
talian menyebabkan banyak pelajar lebih muda berasa tertekan. Hal ini kerana, mereka
tidak berapa faham dengan apa yang mereka pelajari. Kesan pandemik dan kelas dalam
talian selama berbulan-bulan itu hanya membuatkan calon SPM cemas kerana mereka tidak
bersedia menduduki peperiksaan. Masalah lain yang dihadapi juga ialah masalah rangkaian
internet yang kurang dan perlahan untuk meneruskan pembelajaran secara maya.

Kesimpulannya, pihak KPM, guru dan ibu bapa merupakan pembimbing kepada
anak- anak untuk lebih bersemangat dalam menduduki peperiksaan SPM yang akan datang.
Langkah – langkah yang diambil hendaklah dititikberatkan oleh murid. SOP yang telah
ditetapkan hendaklah diikuti supaya tidak menimbulkan cluster baharu dalam kalangan
pelajar SPM.

You might also like