You are on page 1of 3

Konstruk 10: Keupayaan membaca perkataan berimbuhan awalan dan akhiran

Imbuhan Awalan

1. Setiap perkataan imbuhan awalan boleh dialih dan diubah mengikut kehendak

murid.

2. Imbuhan awalan seperti “ter” akan dilekatkan terlebih dahulu oleh guru.

3. Kemudiannya murid akan diberikan suku kata untuk dilekatkan mengikut anak

panah.

4. Setelah suku kata dilekatkan oleh murid, murid perlu membaca menyebut

suku kata tersebut secara penuh.

5. Ulang langkah di atas dengan mengubah kedudukan suku kata tersebut.

Imbuhan Akhiran

1. Setiap perkataan imbuhan akhiran boleh dialih dan diubah mengikut kehendak

guru ataupun murid.

2. Imbuhan akhiran seperti “an” akan dilekatkan terlebih dahulu oleh guru.

3. Murid akan melekatkan suku kata awal dan kemudian meletakkan suku kata

penuh ditempat yang disediakan.

4. Setelah itu murid akan membaca dan menyebut suku kata itu secara penuh.

5. Ulang langkah di atas dengan mengubah kedudukan suku kata tersebut.


Konstruk 11: Keupayaan membaca ayat mudah.

1. Guru menyediakan gambar dan petikan ayat mudah serta menunjukkannya

kepada murid.

2. Guru menerangkan kepada murid tentang gambar. Guru juga boleh

menunjukkan gambar-gambar lain yang berkaitan kepada murid.

3. Melalui gambar guru cuba untuk bersoal jawab dengan murid, dan melihat

bagaimana murid faham tentang sesuatu gambar itu. Lihat juga bagaimana

cara murid menerangkan tentang apa yang dipaham tentang gambar.

4. Setelah itu barulah guru membimbing murid-murid membaca.

a. Guru membaca ayat murid ikut

b. Guru membaca petikan serentak dengan murid

c. Murid membaca sendiri ayat.

5. Tukar gambar dan petikan yang lain setelah murid menguasai.


Konstruk 12: Keupayaan membaca dan memahami berdasarkan bahan

rangsangan

1. Guru menyediakan gambar, dan bahan rangsangan.

2. Guru cuba bersoal jawab dengan murid tentang gambar dan melihat

bagaimana cara murid memahami dan menyampaikan pendapat mereka.

3. Setelah itu, guru membimbing murid membaca.

a. Guru membaca ayat murid ikut

b. Guru membaca petikan serentak dengn murid

c. Murid membaca sendiri ayat.

4. Setelah itu guru bertanyakan soalan kepada murid dan murid menjawab

soalan tersebut.

5. Sekiranya sudah menguasai guru boleh menukar gambar dan bahan

rangsangan yang lain.

You might also like