You are on page 1of 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


2. Tahun : 6 Amanah
3. Bilangan Murid : 40 orang
4. Tarikh : 12 Mac 2018
5. Hari : Isnin
6. Masa : 8.00 hingga 9.00 pagi
7. Tema : Kesihatan dan Kebersihan
8. Tajuk : Buah Delima Ajaib

9. Kemahiran Fokus: Aspek Membaca

10. Standard Kandungan


2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat
yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.

11. Standard Pembelajaran


2.5.1 Membaca dan memahami bahan untuk memindahkan maklumat dalam
bentuk grafik.

12. Objektif Pembelajaran


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
i. Menyenaraikan lima ciri buah delima berdasarkan petikan “Buah
Delima Ajaib” dalam peta buih dengan betul.
ii. Menyenaraikan lima kebaikan buah delima berdasarkan petikan
“Buah Delima Ajaib” dalam borang pengurusan grafik.

13. Sistem Bahasa


 Tatabahasa: sintaksis –ayat majmuk
 Kosa kata: nutrien, anemia, membantut
 Sebutan dan intonasi

14. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)


 Ilmu: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sains
 Nilai Murni: Menjaga kesihatan fizikal dan mental, kesyukuran
 Pendidikan Alam Sekitar: menghargai tumbuh-tumbuhan
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Belajar melalui TMK
 Kreativiti dan Inovasi: penggunaan borang pengurusan grafik secara
kreatif
 Elemen Keusahawanan:
EK 5: 5.1 Prinsip tanggungjawab sosial: menjaga kesejahteraan
masyarakat dan persekitaran dari aspek fizikal dan emosi individu

15. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan


Teknik)
 KB: mencirikan, menganalisis dan menilai kebaikan buah delima
 KP: verbal linguistik, visual ruang dan naturalis
 BCB: bacaan intensif, mengumpul maklumat dan memproses maklumat
 Pembelajaran Kontekstual: menghubung kait amalan pemakanan sihat
dalam kehidupan seharian
 Pembelajaran Konstruktivisme: berkongsi pengetahuan melalui kerja
kumpulan
16. Bahan Bantu Mengajar

Bil. Perkara Jumlah


1 Komputer riba 1
2 Projektor LCD 1
3 Persembahan slaid TMK 1
4 Bahan maujud: buah delima 2
5 Petikan “Buah Delima Ajaib” 40
6 Grafik peta pemikiran: Peta Buih 40
7 Borang pengurusan grafik 40
Lembaran kerja:
8 Pengayaan 33
Pemulihan 7

17. Pengetahuan Sedia Ada


i. Murid pernah membaca dan memahami petikan yang mengandungi
ayat majmuk.

Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Pembelajaran
Set Induksi Meneka objek di dalam  Setiap murid Fasa Persediaan
(5 minit) kotak misteri. mengambil giliran  Menyediakan
menyentuh dan minda murid
Soalan guru: merasai objek di dalam untuk aktiviti
1. Apakah bentuk kotak. seterusnya
objek tersebut?  Murid menyatakan ciri
2. Bagaimanakah fizikal objek yang BBM
permukaan objek disentuh.  Buah delima
tersebut?  Murid meneka objek
3. Cuba teka objek yang terdapat di dalam KB
tersebut. kotak misteri.  Menganalisis
 Murid  Menghubung
Jangkaan jawapan: menghubungkaitkan kait
1. bulat jawapan dengan tajuk
2. licin pelajaran pada hari ini. BCB
3. buah delima/ buah-  Memproses
buahan maklumat (TB:
10. Mengumpul
Tajuk pelajaran: data melalui
“Buah Delima Ajaib” semua deria)

Pembelajaran
Kontekstual
 Menghubung
kait pengalaman
kehidupan (TB:
8. Menggunakan
pengetahuan
lepas ke situasi
baharu)

Langkah 1 Menyenaraikan ciri-ciri Aktiviti 1 Fasa Imaginasi


(15 minit) buah delima:  Murid memerhati buah  Melibatkan
delima dan merasai isi secara langsung
1. bulat buah. dengan bahan
2. merah  Murid menceritakan (merasai buah)
3. kulit licin pemerhatian dan  Membangunkan
4. banyak isi pengalaman tersebut. asas
5. biji kecil  Secara berpasangan, pengalaman
6.manis berjus murid membincang dan bagi sesuatu
menyenaraikan ciri-ciri konsep
buah delima dalam  Menkonstruk
peta buih. idea baharu

BBM
 Buah delima
 Peta Buih
 Persembahan
slaid TMK:
petikan teks
Peta Buih
KB
 Mencirikan
Aktiviti 2:  Menganalisis
Membaca petikan  Murid membaca secara
“Buah Delima Ajaib”: mentalis petikan yang
Terdapat sepohon Teknik
ditayangkan.  Soal jawab (TB:
pokok delima di
 Murid menyemak 7. Menyoal dan
halaman rumah Puan
jawapan pada peta menyelesaikan
Juriah. Pokok delima
buih berdasarkan masalah)
berbuah bulat, berkulit
petikan secara
licin dan berwarna
berpasangan. KP
merah.
 Guru menanya soalan  Naturalis
rangsangan tentang  Verbal linguistik
Soalan guru:
kebaikan buah delima.
1. Mengapakah Puan
Juriah gemar makan Nilai Murni
buah delima?  Kesyukuran

Jangkaan jawapan: Pendidikan Alam


1. Buah delima Sekitar
mempunyai  Menghargai
kandungan nutrien tumbuh-
yang tinggi. / Buah tumbuhan
delima berkhasiat.
Pembelajaran
Konstruktivisme
 Membina
pemahaman
dengan deria
lihat dan rasa.

Penilaian Objektif
(i)

Langkah 2 Soalan rangsangan: Aktiviti 1 Fasa


(15 minit) 1. Bagaimanakah  Murid membaca secara Perkembangan
Puan Juriah menjaga intensif petikan teks  Memberi
kesihatan ahli yang diedarkan. penjelasan
keluarganya?  Guru menanya soalan lanjut dalam
2. Mengapakah Puan rangsangan untuk pelbagai mod
Juriah mencadangkan menguji pemahaman (lisan dan
Encik Lee untuk murid. bertulis)
makan buah delima?  Murid  Menghubungkan
3. Pada pendapat menghubungkaitkan isi petikan
kamu, adakah buah soalan dengan dengan konsep
delima mempunyai kebaikan buah delima. yang berkaitan
kebaikan? (kesihatan diri)
 Mengaplikasikan
Jangkaan Jawapan: pemahaman
1. menyediakan jus dengan aktiviti
buah delima. harian
2. membantu merawat
masalah BBB
penghadaman.  Petikan teks
3. Ya, buah delima  Borang grafik
mempunyai banyak
khasiat. Pendekatan
 Deduktif
Menyenaraikan Aktiviti 2 Teknik
kebaikan buah delima:  Secara berkumpulan,  Perbincangan
murid membincang dan  3 stray 1 stay
1. membantu mencatat kebaikan
meningkatkan selera buah delima BCB
makan berdasarkan petikan.  Bacaan intensif
2. mencegah  Murid menyenaraikan
selesema  Mencatat
maklumat dalam maklumat
3. melancarkan sistem borang pengurusan
penghadaman grafik berdasarkan
4. mengurangkan KP
kreativiti.  Interpersonal
berat badan  Setiap kumpulan
5. tidak meningkatkan  Verbal Linguistik
mempersembahkan
kadar gula dalam  Visual ruang
hasil perbincangan
darah menggunakan teknik “3
Nilai Murni
stray 1 stay”.
 Menjaga
kesihatan fizikal
dan mental
 Kesyukuran

Contoh borang EK
pengurusan grafik  EK 5: 5.1

Penilaian Objektif
(ii)

Langkah 3 Penilaian Aktiviti 1 Fasa Tindakan


(20 minit) Menjawab soalan  Murid menjawab  Menyelesaikan
pemahaman soalan pemahaman tugasan
berdasarkan petikan: yang ditayang. (latihan
1. Nyatakan 3 ciri  Murid menulis jawapan pemahaman)
fizikal buah delima. pada buku tulis dengan  Membentang-
2. Huraikan 2 tujuan ayat gramatis. kan hasil
Puan Juriah  Murid membincang tugasan dalam
menyediakan jus jawapan bersama- bentuk lisan
delima untuk anak- sama guru.  Membuat
anaknya.  Murid membuat penilaian dan
pembetulan serta- refleksi tentang
merta sekiranya ada pembelajaran
kesilapan pada struktur dan kefahaman
dan maksud ayat. serta
Pengayaan kemahiran
Melengkapkan ayat Aktiviti 2 baharu
dan menyelesaikan Pengayaan
Teka Silang Kata:  Murid melengkapkan BBB
1. Buah delima dapat ayat dengan perkataan  Slaid TMK:
meningkatkan _____ dan menyelesaikan soalan
makan. permainan Teka Silang pemahaman
Kata.  Lembaran Teka
Silang Kata
 Lembaran Isi
tempat kosong

Ciri PA21
 Berkomunikasi
Pemulihan secara lisan dan
Pemulihan tulisan dengan
Mengisi tempat kosong
 Murid mengisi tempat berkesan
berdasarkan gambar:
kosong dengan
perkataan yang betul KP
berdasarkan gambar.  Verbal linguistik
 Interpersonal

Penutup Kognitif  Murid menyebut ciri-ciri BBB


(5 minit)  Rumusan isi buah delima dan  Slaid TMK
pelajaran kebaikannya.
 Buah delima  Guru menekankan KB
mempunyai nutrisi kepentingan menjaga  Merumus
yang tinggi dan pemakanan demi
bagus untuk kesihatan diri dan Nilai
kesihatan. masyarakat.  Kesihatan
 Kepentingan  Guru menggalakkan  Kesyukuran
menjaga murid makan buah-
pemakanan demi buahan berkhasiat. KP
kesihatan diri dan  Verbal linguistik
masyarakat.  Intrapersonal

Sosial
 Menggalakkan
murid mengambil
makanan yang
berkhasiat.

18. Refleksi

19. Ulasan Guru Pembimbing / Pensyarah Penyelia


Buah Delima Ajaib

Terdapat sepohon pokok delima di halaman rumah Puan Juriah. Pokok delima
berbuah bulat, berkulit licin dan berwarna merah. Isi buah delima amat banyak dan
berbiji kecil. Rasa buah delima manis berjus. Puan Juriah gemar makan buah
delima kerana mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Beliau selalu
menyediakan jus buah delima untuk keluarganya. Katanya, pengambilan jus delima
membantu meningkatkan selera makan anak-anaknya. Setiap hari, mereka akan
minum segelas jus delima. Selain itu, buah delima yang mengandungi vitamin C
membantu mencegah selesema. Anak-anak Puan Juriah sentiasa sihat dan cerdas
kerana selalu makan buah delima.
Puan Juriah akan menghadiahkan buah delima kepada jiran-jirannya. Puan
Juriah mencadangkan Encik Lee yang mempunyai masalah penghadaman untuk
makan buah delima. Buah delima bagus dalam melancarkan sistem penghadaman.
Encik Lee telah sembuh daripada penyakitnya setelah mengambil buah delima
sebagai makanan harian. Malah, Encik Lee yang berbadan gempal berjaya
mengurangkan berat badannya apabila makan buah delima secara berterusan.
Buah delima tidak akan meningkatkan kadar gula dalam darah walaupun dimakan
secara berterusan. Oleh itu, buah delima juga sesuai dimakan oleh pesakit kencing
manis. Encik Lee amat menghargai jasa baik Puan Juriah.
Cik Dewasri pula menghidapi penyakit anemia kerana kekurangan sel darah
merah dalam badan. Pengambilan buah delima mampu meningkatkan kandungan
sel darah merah kerana mengandungi zat besi yang tinggi. Setelah minum jus
delima selama sebulan, wajah Cik Dewasri bertambah seri dan badannya semakin
sihat. Kata Puan Juriah, buah delima juga baik untuk menjaga kecantikan kerana
buah tersebut mengandungi bahan antioksidan. Lebih-lebih lagi, bahan antioksidan
dapat membantu melawan kanser dengan membantut pembentukan sel kanser.
Cik Dewasri amat berterima kasih kepada Puan Juriah atas cadangannya.
Di samping itu, buah delima juga berkhasiat dalam melancarkan peredaran
darah sekaligus mengurangkan tekanan darah tinggi. Jus delima sesuai diminum
oleh pesakit tekanan darah tinggi. Setelah mengambil jus delima secara berterusan,
Encik Hasan, suami Puan Juriah yang mempunyai masalah sakit jantung berjaya
mengurangkan tekanan darah tinggi. Tahap kesihatan jantungnya meningkat
apabila beliau rajin minum jus delima. Buah delima merupakan buah yang amat
berkhasiat dan membawa kebaikan kepada manusia. Puan Juriah sekeluarga kini
bertambah sihat dan cergas atas pengambilan buah delima. Beliau berharap agar
manfaat buah delima boleh disebar secara luas demi kesejahteraan ramai.
Lembaran Kerja Teka Silang Kata

AKTIVITI PENGAYAAN

Arahan:
Lengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai. Seterusnya, lengkapkan jadual
berikut dengan perkataan tersebut.

3.

5. 7.

2.
e h d
g
1.
l
s m r
9.
u g
10.

6. 8.

r b
4.
g l n
m

t
Melintang:
1. Buah delima dapat meningkatkan __________ makan.
2. Pengambilan jus delima melancarkan sistem __________.
4. Pesakit kencing manis __________ untuk mengambil buah delima sebagai
makanan harian.
9. Jus buah delima sesuai diminum oleh seisi __________.
Menegak:
3. Gopal yang berbadan besar berjaya __________ berat badan setelah minum jus
delima secara berterusan.
5. Misra kurang menghidapi __________ kerana selalu minum jus delima.
6. Laila suka makan buah __________ kerana rasanya manis.
7. Pokok delima sesuai ditanam di __________ rumah.
8. Walaupun buah delima amat manis, tetapi tidak akan meningkatkan kadar gula
dalam __________.
10. Bahan antioksidan dapat __________ pembentukan sel kanser.
Lembaran Jawapan Teka Silang Kata

JAWAPAN
1. selera
2. penghadaman
3. mengurangkan
4. digalakkan
5. selesema
6. delima
7. halaman
8. darah
9. keluarga
10. membantut
Lembaran Kerja Mengisi Tempat Kosong

AKTIVITI PEMULIHAN

Arahan:
Isi tempat kosong dengan perkataan yang betul berdasarkan gambar diberi.

1. Pokok __________ berbuah bulat dan berwarna merah.

2. Puan Rosni menyediakan __________ buah delima untuk tetamunya.

3. Daniish sering menghidapi __________ kerana kekurangan vitamin C.

4. Ming yang __________ telah menjadi __________ kerana


makan buah delima setiap hari.

5. Pesakit kencing manis boleh makan buah delima kerana tidak meningkatkan

kadar __________ dalam darah.

6. Jus delima mampu meningkatkan kandungan sel _______ ______ .

7. Pak Ahmad yang tua mempunyai __________ yang sihat kerana minum
jus delima setiap hari.

8. Pengambilan buah delima dapat membantu melawan __________ .


Lembaran Jawapan Isi Tempat Kosong

JAWAPAN
1. delima
2. jus
3. selesema
4. gemuk, kurus
5. gula
6. darah merah
7. jantung
8. kanser

You might also like