You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN BULAN SAINS

ANJURAN PANITIA SAINS


SK (FELDA) PASOH 2

1.0     PENDAHULUAN :
Pada tahun ini, panitia di bawah bidang Sains akan meneruskan lagi program tahunan panitia
dengan mengadakan program Bulan Sains. Program ini akan  dijalankan selama 1 bulan.
  
 2.0     MATLAMAT :
Program ini berfokuskan perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif dalam kalangan
peserta. Dalam pertandingan-pertandingan ini, murid-murid diberi peluang untuk menyerlahkan
bakat dan keupayaan mereka dalam menghasilkan projek-projek STEM masing-masing dan
dihantar secara dalam talian kepada pihak sekolah untuk dinilai sebelum dipertandingkan di
peringkat negeri. Pelaksanaan Bulan Sains adalah berkonsepkan dalam talian di samping
mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang STEM dan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam menghasilkan projek atau menjawab soalan-soalan olimpiad dalam
pertandingan-pertandingan yang disediakan.

              3.0     OBJEKTIF :


Objektif diadakan program Bulan Sains ini ialah untuk :
3.1 Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains bagi semua pelajar
dalam peperiksaan awam menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
3.2     Mendedahkan pertandingan secara online kepada murid.
3.3     Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.
3.4     Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.

4.0     KUMPULAN SASARAN :
Semua murid SK (Felda) Pasoh 2

5.0    TARIKH PELAKSANAAN :
26 Julai – 26 Ogos 2020.

6.0  SUMBER KEWANGAN


 6.1. Duit Panitia
7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM
Penasihat :  En. Abdul Barri bin Razak (Guru Besar)
Pen. Penasihat : En Khairudin bin Abdullah (PK Pentadbiran)                                  
Pengerusi :   Pn Zawiah binti Abdullah (Ketua Panitia Sains)           
Setiausaha       :  En Mohd Nur Amin bin Mohd Zamri
AJK : Semua guru mata pelajaran Sains

8.0 CADANGAN  AKTIVITI
Bil Tarikh/ Hari Cadangan aktiviti Sasaran
1 26 – 30 Julai 2021 Pertandingan Fotografi Alam Terbuka semua murid
Semulajadi
2 02 – 06 Ogos 2021 Pertandingan Melukis Poster Terbuka semua murid
Digital
3 09 – 13 Ogos 2021 Pertandingan Peta I-Think Terbuka semua murid
4 16 – 20 Ogos 2021 Pertandingan Bercerita STEM Terbuka semua murid
5 23 – 25 Ogos 2021 Pertandingan Bijak Sains Terbuka semua murid

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH
1. Hadiah Pertandingan (Hamper Alat Tulis)
Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi (RM15 + RM10 + RM7 + RM3 + RM3)3 RM114.00
Pertandingan Melukis Poster Digital RM15 + RM10 + RM7 + RM3 + RM3 RM38.00
Pertandingan Peta I-Think RM15 + RM10 + RM7 RM32.00
Pertandingan Bercerita STEM RM15 + RM10 + RM7 RM32.00
Pertandingan Bijak Sains (RM15 + RM10 + RM7 + RM3 + RM3)3 RM114.00

JUMLAH KESELURUHAN RM330.00

9.0 Penutup
Dengan adanya aktiviti ini, diharap agar minat dan pencapaian murid dalam subjek Sains dapat
dipertingkatkan. Kreativiti dan kemahiran berfikir murid juga diharap dapat diasah dengan lebih
tajam lagi supaya generasi kreatif dan inovasi dapat dilahirkan di masa hadapan.
Disediakan oleh Diluluskan oleh

…………………………….. ………………………
(ZAWIAH BT ABDULLAH)
Pengerusi Panitia Sains,
SK (F) Pasoh 2

You might also like