You are on page 1of 5

Minit Mesyuarat Contoh

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI (MPT)


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR BIL.5/2020

Tarikh : 10 Jun 2020


Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, JPN Selangor

KEHADIRAN :

BIL. NAMA JAWATAN


1. Hj. Izmi bin Haji Ismail Pengarah Pendidikan (Pengerusi) Jabatan
Pendidikan Selangor
2. Hj. Abdul Aziz bin Abdul Jalil Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah
3. Azmi bin Misron Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
4. Hj. Abd Najeh bin Asmuin Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor
Pendidikan Islam
5. Hj. Yaakob bin Mat Shari Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor
Pentaksiran & Peperiksaan
6. Raja a/l Chinaya @ Sinniah Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor
Pengurusan
7. Fauziah binti Che Mustafa Ketua Penolong Pengarah Sektor
Pengurusan Maklumat
8. Mohammad Nuri bin Hussin Ketua Penolong Pengarah
Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan
9. Fatzlee bin Hashim Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri
Sektor Psikologi dan Kaunseling

Hadir Bersama-sama

BIL. NAMA JAWATAN


1. Ramlah binti Hassan Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
2. Nik Azmawati Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Khas

1
3. Norsidah binti Jilani Ketua Penolong Pengarah
Sektor Sumber Manusia

Tidak Hadir Bersebab

BIL. NAMA JAWATAN


1. Muhammad Radzi bin AbdullahTimbalan Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
2. Ruzana binti Jajuri Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Sumber Manusia

Urus Setia

BIL. NAMA JAWATAN


1. Datin Seri Aslinah binti Mohd Penolong Pegawai Tadbir Tinggi Sektor
Arifin Pengurusan
2. Muhamad Roslan bin Khalid Penolong Pegawai Tadbir
Sektor Pengurusan
3. Rosli bin Badron Akauntan Kanan (Pencatat Minit) Sektor
Pengurusan

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat.

1.2 Pengerusi memaklumkan perkara-perkara berikut:

1.2.1 Tarikh sambutan hari guru peringkat Negeri Selangor yang dijadualkan
pada 25 Jun diawalkan kepada 23 Jun 2020.

1.2.2 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat pada 9 Jun 2020
dan disambung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
bermula 10 Jun 2020.
Makluman

1.2.3 Fungsi agihan Elaun Murid Khas diserahkan semula kepada Sektor
Pendidikan Khas daripada Sektor Pembangunan Murid.
Tindakan : SPM dan SPK

2
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI BIL. 4/2020

2.1 Minit Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bil.4/2020 diterima dan disahkan tanpa
pindaan.

3.0 MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI BIL. 4/2020

3.1 Maklum balas mesyuarat Bil.4/2020 adalah seperti di Lampiran 1.

4.0 PERBINCANGAN

4.1 Laporan Oleh Sektor dan Pejabat Pendidikan Daerah

4.1.1 Sektor Perancangan & Pengurusan PPD (SPD)

a) Memohon penghantaran laporan program utama Sektor dan PPD


Selangor pada setiap bulan beserta nama pegawai pelapor. (Rujuk
surat/memo JPNS.SPD 100-1/9/2 JLD.2 (32) bertarikh 19 Mei 2020.

Tindakan : Semua Sektor / PPD

b) Memohon menghantar Penarafan Kendiri secara softcopy dan Penarafan


Kecemerlangan PPD (PKPPD) Tahun 2020 (data Tahun 2019) kepada
Unit Perancangan dan Transformasi SPD pada atau sebelum 30 Jun
2020.

Tindakan: Semua Sektor / PPD

c) Analisis Pencapaian Objektif Kualiti (APOK), Proses Kerja hendaklah


dihantar berdasarkan surat /memo JPNS.SPD 100- 14/1/2 ( 7) bertarikh
17 Mac 2020 kepada Encik Zakaria bin Abd Hamid melalui emel
zakaria.abdhamid@moe.gov.my

Tindakan: Semua Sektor / PPD

4.1.2 Sektor Pendidikan Islam (SPI)

a) Program anjuran SPI sepanjang tempoh PKP adalah seperti berikut :-


 Program Bacaan Yasin disertai oleh lebih 1200 orang
 Program Imarah Ramadan disertai oleh lebih 4000 orang
 Kem Pemantapan Akidah bertema Proud to Be Mukmin
berjaya menarik lebih 5500 orang
3
b) SPI berharap setiap sektor menyediakan sudut Quran Corner.

Makluman

4.1.3 Sektor Penilaian & Peperiksaan (SPP)

SPP bercadang untuk mengadakan taklimat peperiksaan melibatkan pegawai


seramai 75 orang pada 23 Julai 2020. Berikutan norma baharu, SPP bercadang
untuk menggunakan dewan yang besar bagi mematuhi penjarakan sosial
dalam kalangan pegawai. Mesyuarat memutuskan supaya SPP mendapatkan
kebenaran pihak polis sebelum menganjurkan taklimat berkenaan selewat-
lewatnya tiga minggu sebelum tarikh pelaksanaan.

Tindakan : SPP

4.1.3 PPD Petaling Perdana (PPDPP)

PPDPP memohon ruang pejabat di SSTP bagi menempatkan pegawai PPD.


Mesyuarat memutuskan agar PPDPP membuat permohonan rasmi kepada
pengarah untuk pertimbangan.
Tindakan : PPDPP

5.0 PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN / KERTAS KERJA

5.1 SPK membentangkan kertas cadangan Program Pendidikan Inklusif (PPI) Negeri
Selangor seperti di Lampiran A. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat
berkaitan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di Sekolah- Sekolah. PGB
masih belum memahami sepenuhnya pelaksanaan PPI.

5.2 Mesyuarat memutuskan kertas cadangan ini diterima dan jerayawara dilaksanakan
dalam kadar segera.
Tindakan : SPK

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Bekerja Dari Rumah (BDR)


SP memohon penjelasan berkenaan kelulusan BDR berikutan PKPP yang
dilanjutkan sehingga Ogos 2020. Pengerusi memaklumkan kelulusan sedia ada
kekal sehingga bulan Jun. Kelulusan permohonan BDR baharu bagi bulan Julai dan
Ogos adalah tertakluk kepada budi bicara Pengarah. Hanya permohonan yang
memenuhi kriteria 1 dan 2 sahaja akan dipertimbangkan.
Makluman
4
6.2 Senggaraan Pejabat
SP memohon pegawai skim J membantu Unit Pentadbiran dalam menguruskan
penyelenggaraan pejabat memandangkan pegawai sedia ada tidak mempunyai
kepakaran dalam bidang elektrikal dan senggaraan.

SIP mencadangkan agar dilantik kontraktor penyelenggaraan bangunan secara


kontrak bagi menyenggarakan bangunan Jabatan. Kaedah ini telah diguna pakai
di premis kerajaan lain terutama di Putrajaya.

Mesyuarat mengambil maklum dan cadangan SIP boleh dipertimbangkan. Unit


Kewangan dipohon menyemak implikasi kewangan dan membuat bidaan
peruntukan agar kontraktor penyelenggaraan dapat dilantik pada masa akan
datang. Dalam masa yang sama, skim J adalah skim guna sama, SIP dipohon
membantu Unit Pentadbiran dalam urusan penyelenggaraan bangunan pejabat
sebelum kontraktor penyelenggaraan dapat dilantik selewat-lewatnya November
2020.

Tindakan: SP (Unit Kewangan) / SIP

7.0 PENUTUP

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat.


7.2 Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bil.5/2020 ditangguhkan pada jam 4.30
petang.
7.3 Tarikh mesyuarat kali ke-6 akan dimaklumkan kemudian.

Format Teknikal
Pada asasnya, penulisan minit mesyuarat perlu menepati format teknikal minit
mesyuarat seperti yang berikut:

i. Jenis fon (font): Arial

ii. Saiz fon (font): Minimum 12

iii. Langkau antara barisan: Minimum 1.15

iv. Kedudukan teks: Justified

v. Istilah Bahasa Inggeris: Italic (Sekiranya minit


mesyuaratdisediakan dalam Bahasa Melayu)

You might also like