You are on page 1of 1

Nota membina ringkasan

Soalan Bahagian C (Kertas 1 Bahasa Melayu PT3) – memindahkan maklumat

1. Ringkasan
2. Rumusan
3. Ulasan

Ringkasan
1. Pelajar akan disediakan petikan
2. Pelajar perlu membaca arahan dengan teliti
- Kerana pada arahan soalan terdapat kata kunci soalan ringkasan
3. Pelajar perlu memastikan kata kunci yang terdapat dalam soalan ringkasan
4. Pelajar perlu membaca petikan dengan teliti
5. Kenal pasti isi-isi penting yang berkaitan dengan kata kunci yang terdapat dalam soalan
6. Gariskan / highlghtkan isi-isi penting tersebut.
7. Membina sebuah ringkasan lengkap.

Ayat pendahuluan – petikan tersebut menceritakan __________ (ayat kata kunci yang terdapat dalam
soalan)__________________

Petikan tersebut menceritakan usaha-usaha menyamarakkan semangat patriotisme dalam


kalangan generasi muda masa kini. Antaranya ialah ibu bapa boleh membawa anak-anak ke tempat
bersejarah. Hal ini akan menyebabkan anak-anak dapat mengetahui tentang sejarah sesuatu tempat
dan tokoh. Selain itu, pihak sekolah boleh menganjurkan pelbagai program seperti sambutan Bulan
Kemerdekaan. Murid yang menyertai program seperti ini dapat meningkatkan imej kendiri serta
dapat menghargai jasa pejuang dan pasukan keselamatan negara. Di samping itu, kerajaan juga
boleh menganjurkan program sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Pahlawan dan sebagainya. Remaja
digalakkan untuk menjadi anggota tentera dan polis kerana mampu membantu mempertahankan
kedaulatan negara.

You might also like