You are on page 1of 4

Kertas Kerja Cadangan Program

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEMPENA BULAN

KEMERDEKAAN TAHUN 2012

ANJURAN BERSAMA PANITIA PENDIDIKAN MORAL DAN

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU

1.0 Tarikh : 19 September 2012 (Rabu)


2.0 Tempat : Muzium Tentera Port Dickson
3.0 Anjuran : Panitia Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

4.0 PENGENALAN

Pendidikan Moral merupakan subjek yang bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta
masyarakat global. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan pula bertujuan bagi membentuk pelajar
cintakan negara dan mempunyai semangat patriotisme dalam diri.

5.0 OBJEKTIF

 Menanam semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam diri pelajar

 Memberi pendedahan sebenar tentang perjuangan wira dan wirawati yang telah

berkorban demi menuntut kemerdekaan pada suatu ketika dahulu

 Memberi pendedahan kepada pelajar untuk mempelajari sesuatu perkara melalui

pengalaman sebenar

 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah

melalui program lawatan

 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali sesama ahli secara informal
6.0 SASARAN PESERTA

40 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan.

TINGKATAN BIL LELAKI BIL PEREMPUAN JUMLAH

2 ALPHA 10 20 30

2 BETA 5 5 10

JUMLAH KESELURUHAN 40

7.0 GURU PENGIRING


1. Encik Goh Hock Lye
2. Puan N. Sumathy
3. Puan Chitra
4. Puan Rohani
5. Puan Hayati

8.0 TENTATIF PROGRAM

Rabu (19 September 2012)

12.00 – 12.30am Pelajar Berkumpul dan Taklimat ringkas


12.30 – 1.00pm Bertolak dari SMK Rantau
1.00 – 3.30pm Lawatan ke Muzium Tentera
3.30 – 4.00pm Bertolak pulang
9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

PERBELANJAAN

1. Pengangkutan Bas (pergi dan balik) RM250

2. Hari Rabu :
Makan Tengahari: RM 4.50 x 45 orang RM 202.50
- Nasi Ayam + Air Kotak
Minum Petang: RM 2.50 x 45 orang RM 112.50
- Kuih + Air Kotak

2. Hadiah dan Cenderahati RM265.50


- Folder (RM5.90 x 45 orang)

JUMLAH PERBELANJAAN RM830.50


PENUTUP

Adalah diharapkan semoga program ini dapat membantu pelajar untuk memupuk semangat

patriotisme, membina keyakinan diri untuk terus mencapai kecemerlangan, membentuk sahsiah dan

motivasi diri pelajar. Lawatan yang diadakan ini akan memberikan nilai positif dan mampu

membentuk generasi berwawasan yang bakal memimpin negara suatu masa kelak. Justeru,

diharapkan segala perancangan dan pelaksanaan nanti akan memberikan hasil dan mencapai

objektif yang dikehendaki khususnya kepada murid-murid yang terlibat dalam lawatan ini.

Disediakan oleh Disahkan oleh

……………………………………. …………………………………...
(HAYATI BINTI HUSSAIN) (PN. ST. RUHANA BT. ARIFFIN)
Guru Mata Pelajaran Pengetua Cemerlang
Pendidikan Moral SMK Rantau
SMK Rantau

You might also like