You are on page 1of 1

Jawab soalan-soalan berikut.

1. Situasi di bawah berkaitan kes penipuan yang dilakukan oleh pelanggan terhadap penghantar
makanan melalui aplikasi Food Panda.

Seorang pelanggan memesan makanan melalui aplikasi Food Panda dan meminta penghantar makanan
untuk menghantar pesanan ke alamat rumah yang diberikan. Apabila penghantar makanan tiba di alamat
rumah yang diberikan, dia mendapati bahawa rumah pelanggan tersebut ialah rumah terbiar dan tidak
berpenghuni. Dia cuba menelefon pelanggan tersebut tetapi panggilannya tidak dijawab. Perkara ini
menyedarkan penghantar makanan itu bahawa pelanggan tersebut menggunakan aplikasi Food Panda
untuk memesan makanan dengan membekalkan maklumat palsu tentang nama pengguna dan alamat
rumah. Penghantar makanan itu berasa sangat sedih kerana dia mengalami kerugian wang akibat
pembelian makanan yang dipesan dengan menggunakan wang sendiri terlebih dahulu.

(a) Apakah perasaan anda, apabila mengetahui pelanggan tersebut menggunakan maklumat palsu
semasa membuat pesanan makanan? Jelaskan perasaan anda berdasarkan nilai universal yang
dipelajari. [10 markah]

(b) Jelaskan langkah menangani masalah pesanan makanan palsu. [10 markah]

2. Foto di bawah menunjukkan infografik yang disabotaj oleh individu yang tidak bertanggungjawab
untuk mengelirukan orang ramai tentang bilangan kes jangkitan Covid-19, bilangan kes sembuh,
bilangan kes yang masih aktif dan bilangan kematian terkini.

a) Apakah perasaan anda, apabila mengetahui terdapat individu yang mensabotaj infografik
kes jangkitan virus Covid-19 di Malaysia? [2
markah]

b) Nyatakan tindakan yang boleh dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah
mensabotaj infografik perkembangan jangkitan virus Covid-19 yang dibuat pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). [2 markah]

c) Ramalkan dua kesan jika infografik palsu perkembangan jangkitan virus Covid-19 disebarkan
secara meluas dan berterusan. [2 markah]

I. ___________________________________________________________________________
II. ___________________________________________________________________________

c) Bagaimanakah cara orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kes
semasa jangkitan virus Covid-19? [4 markah]

You might also like