Nota Tatabahasa

You might also like

You are on page 1of 18

KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK

STANDARD KANDUNGAN

5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang.

STANDARD PEMBELAJARAN

DSKP KSSM BM Tingkatan 4 DSKP KSSM BM Tingkatan 5


5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan 5.1.1 Mengaplikasi bentuk kata tunggal
bentuk kata tunggal dan kata dan kata majmuk dalam pelbagai
majmuk dengan betul mengikut laras bahasa dengan betul
konteks. mengikut konteks.

Kata Tunggal
Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami
proses penggandaan dan perangkaian.Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata, dua atau
lebih suku kata. Contoh: bah, ubi, pelajaran.Kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

I. Kata tunggal yang merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat.
Contoh: Siapa?, Sudah, Gitar.
II. Kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang- kurangnya
satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh: Di, dari, pada, untuk.
III. Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan
beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Contoh: NATO, cerpen,
pawagam.

Kata Majmuk
Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
perkataan baharu yang terbentuk membawa makna tertentu.Contoh : lampu isyarat, pejalan kaki,
jalan raya

IV. Contoh kesalahan umum penggunaan kata majmuk

Salah Betul Penjelasan


kenalpasti kenal pasti Kata majmuk lazimnya
dieja terpisah.
dikemas kinikan dikemaskinikan Apabila kata majmuk
menerima imbuhan apitan,
ejaannya dirapatkan.

penguatkuasa penguat kuasa Apabila kata majmuk


dayaserapan daya serapan menerima imbuhan awalan
campuradukkan campur adukkan atau akhiran, ejaannya kekal
dijarakkan.
tanda tangan tandatangan Merupakan salah satu daripada
15 perkataan yang tergolong
dalam kata majmuk yang sudah
dianggap mantap dan dieja
sebagai satu perkataan yang
utuh. Contoh lain:
antarabangsa, beritahu,
bumiputera, jawatankuasa,
kakitangan, kerjasama,
olahraga, matahari, setiausaha,
sukarela, suruhanjaya,
tanggungjawab, warganegara,
pesuruhjaya..

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
Yang berusaha, Tuan Haji Kuswandi bin Tayen, Pengetua, Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Jauhari, barisan guru penolong kanan, guru kanan mata
pelajaran, guru cemerlang, guru- guru, dan rakan-rakan yang dikasihi.
Bersempena dengan Hari Air Sedunia yang akan disambut pada 22 Mac setiap
tahun, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Kepentingan Sukan
Air”.

Hadirin yang dihormati,

Aktiviti sukan, khususnya sukan air, merupakan suatu aktiviti yang


sangat menyeronokkan. Saya percaya hadirin gemar berkelah dan bersantai di
badan air seperti di tepi pantai, jeram, dan taman tema air, bukan? Namun,
selain menghirup udara segar dan berenang di tepi pantai, pernahkah hadirin
mengambil bahagian dalam aktiviti sukan air.

Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks


Tingkatan 4, DBP, 2019.

[6 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata tunggal dan dua kata majmuk.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukar imbuhan atau mengubah perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
Kerjasama semua pihak sangat penting dalam mengekalkan warisan sejarah
negara kita supaya tidak lenyap dibawa arus masa. Arkib Memorial merupakan
institusi yang dikendalikan oleh Arkib Negara untuk menempatkan, memulihara hak
cipta dan mempamerkan apa-apa bahan bersejarah untuk memperingati sesuatu
peristiwa, seseorang atau aspek sejarah lain yang ditempatkan di dalamnya.
Sehingga kini, terdapat 11 buah arkib Memorial di bawah tanggungjawab
pengurusan dan seliaan Jabatan Arkib Negara. Pelbagai maklumat dan fakta
sejarah penting negara dipamerkan dengan cara dan konsep tersendiri.

Dipetik dan diubah suai daripada Arkib Memorial Memori Negara,


Oleh Nurzuliana binti Kamaruzaman,
Dewan Siswa, Bil 10/2019.
[6 markah]
KATA TERBITAN
STANDARD KANDUNGAN

5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang.

STANDARD PEMBELAJARAN

DSKP KSSM BM Tingkatan 4 DSKP KSSM BM Tingkatan 5


5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan 5.1.2 Mengaplikasi pelbagai kata
pelbagai kata terbitan dengan terbitan dalam pelbagai laras
betul mengikut konteks. dengan betul mengikut
konteks.

Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses
yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan pula dibahagikan kepada empat jenis,
iaitu:
I. awalan, yang hadir sebelum kata dasar
II. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar
III apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di
awal dan di akhir kata dasar.
IV sisipan, yang hadir di celah kata dasar, seperti -el-, -em-, -er-, -in

Contoh kata terbitan :

Imbuhan Awalan Imbuhan Apitan Imbuhan Sisipan Imbuhan Akhiran


membawa melakukan gemilang ciptaan
sekata pelancaran hadapan
mengangkat menyatukan gerakan
bermula kebangsaan nyanyian
bersatu perarakan sayangi
berbilang perbarisan
kemerdekaan
kepimpinan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata terbitan awalan dan dua kata
terbitan apitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

Sukan rekreasi memainkan peranan yang penting dalam melahirkan modal insan minda kelas
pertama yang seimbang. Oleh itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah.
Sukan rekreasi menjadi satu daripada komponen penting dalam Pendidikan Jasmani. Oleh
sebab itu, setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk
pelajar. Sekiranya para pelajar sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, mereka
dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat.

Dipetik dan diubah suai daripada Kepentingan Sukan dan Rekreasi dalam
Kurikulum, oleh Nurusaf, Dewan Siswi, Bil 3 Mac 2008.

[8 Markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan dua kata kerja
terbitan. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa dan nama khas.

Kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan pemain industri sangat diperlukan dan penting
bagi memberikan nafas segar untuk meningkatkan sektor pelancongan di Perlis. Pihak swasta
juga wajar memikul tanggungjawab yang lebih berat untuk membantu memasarkan sektor
pelancongan. Hal ini disebabkan terlalu banyak inisiatif yang boleh dilaksanakan bersesuaian
dengan norma baharu dalam memperkasakan industri pelancongan.

Dipetik dan diubah suai daripada


Kerjasama Tingkat Pelancongan Perlis
Utusan Malaysia, 1 September
2020

[8 markah]
KATA GANDA DAN AKRONIM
STANDARD KANDUNGAN

5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang.

STANDARD PEMBELAJARAN

DSKP KSSM BM Tingkatan 4 DSKP KSSM BM Tingkatan 5


5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan 5.1.3 Mengaplikasi bentuk kata ganda
bentuk kata ganda dan akronim dan akronim dalam pelbagai
dengan betul mengikut konteks. laras bahasa dengan betul
mengikut konteks.

Kata Ganda
Kata ganda ialah perkataan yang terbentuk melalui proses mengulang atau menggandakan kata
dasar. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh,
penggandaan separa dan penggandaan berentak.

Akronim
Kata akronim ialah perkataan yang terbentuk dengan
i. menggabungkan huruf awal suku kata, atau
ii. menggabungkan huruf awal dan suku kata, atau
iii. menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkaian kata sehingga
terbentuk perkataan baharu yang ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan
yang utuh.
Kata akronim tergolong sebagai kata tunggal.

CONTOH
pepohon
jejari
menari-nari
berenang-renang
lagu-lagu
Kata tanah-tanih
Ganda melambai-lambai
menari-nari
sebebas-bebas
perlahan-lahan
sendiri-sendiri

Penggandaan penuh

lagu-lagu, sendiri-sendiri
Penggandaan separa
jejari, pepohon, berenang-renang,
melambai-lambai, menari-nari,
sebebas-bebas, perlahan-lahan
Penggandaan berentak

tanah-tanih

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata akronim.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan nama khas.

Industri filem Malaysia mutakhir ini, seolah-olah mendapat “suntikan” luar biasa.
Sepanjang 2010, banyak filem karya tempatan berjaya menarik orang ramai ke
pawagam. Sokongan penonton dapat diukur menerusi jualan tiket pecah panggung
yang memecah tradisi kutipan filem tempatan. Kecemerlangan filem tempatan bukan
sahaja diukur dari segi jumlah penayangan, tetapi angka-angka kutipan kasar tiket
bagi setiap filem secara puratanya mencatatkan perkembangan positif. Statistik yang
dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
menunjukkan bahawa meskipun jumlah penonton yang berkunjung ke pawagam
merosot, iaitu dari 44.13 juta orang pada tahun 2009 kepada 43.91 juta orang pada
2010. Jumlah tersebut ternyata tidak menjejaskan jumlah kutipan filem tempatan.

Dipetik dan diubah suai daripada Cabaran Filem Pecah Panggung, oleh Azmi Ibrahim
Dewan Masyarakat, Bil 6/2012

[8 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan kata akronim dan dua kata ganda. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Menurut mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin langkah menjadikan
prasekolah sebagai dasar pendidikan negara mampu mengatasi isu kemunduran murid.
Sebelum ini memang tiada satu sistem, untuk prasekolah sedangkan ada bermacam-
macam prasekolah yang disediakan oleh pihak swasta serta Jabatan Kemajuan Masyarakat
(Kemas). Apabila wujud sistem yang seragam ini, pastinya lebih 200,000 lagi kanak-kanak
dijangka dapat mengikut pendidikan prasekolah menjelang 2021 hasil perincian Bidang
Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) ketiga yang mahu memperluas akses pendidikan
berkualiti dan berkemampuan. Setiap tahun kira-kira 500,000 kanak-kanak mendaftar
memasuki tahun satu, tetapi lebih kurang 200,000 yang belum menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M).

Dipetik dan diubah suai daripada "Koleksi Rencana Umum untuk Rujukan Karangan SPM
dan STPM Jilid 2" oleh Hj. Samat Buang.

[8 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Perkembangan pesat dalam sektor pertanian belakangan ini dengan penglibatan


agensi-agensi yang berkaitan adalah untuk memastikan sektor ini berupaya
menarik keluar kaum tani daripada kepompong kemiskinan sejak bertahun-tahun
lamanya. Menerusi penjanaan pertumbuhan ekonomi yang berlaku dalam sektor
ini, sudah pasti dapat meningkatkan taraf hidup golongan petani di kawasan luar
bandar. Dengan ini, dapatlah disimpulkan bahawa kemajuan mutakhir dalam
sektor pertanian mampu menggalakkan generasi muda menceburi bidang
pertanian dengan bersungguh-sungguh.

Dipetik dan diubahsuai daripada Sektor Pertanian Ke Arah DAN 2.0


Dewan Ekonomi Bil. 2/2019

[6 markah]

GOLONGAN KATA NAMA


STANDARD KANDUNGAN

5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang.

STANDARD PEMBELAJARAN

DSKP KSSM BM Tingkatan 4 DSKP KSSM BM Tingkatan 5


5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan 5.2.1 Memahami dan
golongan kata nama dengan betul menggunakan golongan kata
mengikut konteks. nama dalam pelbagai laras
bahasa dengan betul
mengikut konteks.

Golongan Kata Nama

i. Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti
dalam binaan frasa nama dan lazimnya golongan kata ini menamakan orang,
haiwan, tempat, benda atau konsep.

ii. Golongan kata nama dibahagikan kepada:


a. Kata nama khas
b. Kata nama am
c. Kata ganti nama

iii. Cara mengenal pasti golongan kata nama:

a. Kata nama didahului oleh kata bilangan, penjodoh bilangan atau kedua-duanya.

Kata Bilangan/Penjodoh Kata Nama


Bilangan
tiga hari
dua ekor kucing

b. Kata nama diikuti oleh kata ganti nama tunjuk ini atau itu.

Kata Nama Kata Ganti Nama Tunjuk


rumah ini
peristiwa itu

c. Kata nama didahului oleh kata sendi nama atau didahului oleh kata sendi
nama dan kata arah.

Kata Sendi Nama Kata Nama


di sekolah saya
pada Hari Isnin

Kata Sendi Nama Kata Arah Kata Nama


dari - Kuala Lumpur
dari selatan Kuala Lumpur

Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama


a. tapak a. Selangor mereka
b. pameran b. Perdana Menteri
c. tempat c. YAB Tun Dr. Mahathir
d. makanan Bin Mohamad
e. produk d. Pameran Pertanian,
f. negara Hortikultur dan
(mana-mana contoh Agropelancongan Malaysia
lain daripada petikan) (MAHA)

GOLONGAN KATA KERJA

STANDARD KANDUNGAN
5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang.
STANDARD PEMBELAJARAN
DSKP KSSM BM Tingkatan 4 DSKP KSSM BM Tingkatan 5
5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan
golongan kata kerja dengan
betul mengikut konteks.

Golongan kata kerja

Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menyatakan makna
perbuatan atau perlakuan. Kata kerja biasanya didahului oleh kata bantu.

i. Kesalahan umum penggunaan kata kerja


ii. Kesalahan umum penggunaan kata kerja
iii. Kesalahan umum penggunaan kata kerja

Kesalahan umum penggunaan kata kerja:

Salah Betul Penjelasan


Amni Zakirah sedang Amni Zakirah Kata kerja transitif
pandang lukisan itu. sedang memerlukan imbuhan
memandang lukisan meN-.
itu.
Shahril Aiman Shahril Aiman Kata kerja transitif
memahami akan memahami mesti terus diikuti oleh
kehendak kakaknya. kehendak kakaknya. kata nama sebagai
penyambut (objek).
Iqbal Haraz telah Iqbal Haraz telah Kata kerja transitif
menendang kuat-kuat menendang bola mesti terus diikuti oleh
bola itu. itu kuat-kuat. kata nama sebagai
penyambut (objek).

Salah Betul Penjelasan


Intan Sabrina akan Intan Sabrina akan Kata kerja tak transitif
berjumpa Cikgu berjumpa dengan berpelengkap, iaitu
Amiruddin. Cikgu Amiruddin. “berjumpa” mesti diikuti
kata sendi nama.
Perompak itu Perompak itu Imbuhan -kan dalam
bersenjatakan dengan bersenjatakan perkataan
sebilah pisau. sebilah pisau. “bersenjatakan”
berfungsi sebagai kata
sendi nama.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan atau perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Teknologi hijau atau lebih dikenali sebagai teknologi mesra alam menggariskan pelbagai
kaedah untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar. Secara ringkasnya, teknologi
hijau ialah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semula jadi
bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Selain itu, teknologi hijau memastikan
pembangunan mapan dan pemuliharaan alam sekitar untuk generasi akan datang, dan
meningkatkan pendidikan, serta kesedaran awam terhadap teknologi hijau.

Dipetik dan diubah suai daripada Teknologi Hijau Melestarikan Alam


Oleh Haji Samat Bin Buang
Koleksi Rencana Umum, Jilid 6

[6 markah]
GOLONGAN KATA ADJEKTIF

STANDARD KANDUNGAN

5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang.

STANDARD PEMBELAJARAN

DSKP KSSM BM Tingkatan 4 DSKP KSSM BM Tingkatan 5


5.2.3 Mengenal pasti dan menggunakan
golongan kata adjektif dengan
betul mengikut konteks.

Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti
dalam binaan frasa adjektif. Kata ini dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama
atau kata kerja yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Berdasarkan kriteria
makna, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu

i. kata adjektif sifatan atau keadaan


ii. kata adjektif warna
iii. kata adjektif ukuran
iv. kata adjektif bentuk
v. kata adjektif waktu
vi. kata adjektif jarak
vii. kata adjektif cara
viii. kata adjektif perasaan
ix. kata adjektif pancaindera
i. Kesalahan umum dalam penggunaan kata adjektif

a. Meletakkan imbuhan teR- serentak dengan kata penguat paling dan sekali.

Kesalahan Penggunaan
Ayat yang betul Penjelasan
Kata Adjektif
Datuk Lee Chong Wei Datuk Lee Chong Wei Kata penguat sekali dan paling
dikenali di seluruh dikenali di seluruh dunia sudah menunjukkan darjah
dunia sebagai pemain sebagai pemain badminton penghabisan. Oleh itu, suatu
badminton yang paling yang paling handal.
kata adjektif itu hanya boleh
terhandal sekali. Datuk Lee Chong Wei
dikenali di seluruh dunia menggunakan teR- atau sekali
sebagai pemain badminton atau paling. Kedua-duanya
yang handal sekali. atau ketiga-tiganya tidak boleh
Datuk Lee Chong Wei digunakan serentak.
dikenali di seluruh dunia
sebagai pemain badminton Di samping itu, satu lagi bentuk
yang terhandal.
darjah penghabisan ialah
amat/
sangat/ sungguh + kata
Negara Indonesia mendapat Negara Indonesia mendapat adjektif + sekali. Dengan
kutipan pingat emas yang kutipan pingat emas yang adanya darjah penghabisan
sangat terbanyak sekali di sangat banyak sekali di
ini,
Sukan ASEAN baru-baru Sukan ASEAN baru-baru
ini. ini. imbuhan teR- yang membawa
Negara Indonesia maksud paling sudah tidak
mendapat kutipan pingat diperlukan.
emas yang banyak sekali di
Sukan ASEAN baru-baru * Namun begitu, perlu juga
ini.
Negara Indonesia ditegaskan bahawa frasa paling
mendapat kutipan pingat terkenal atau terkenal sekali
emas yang terbanyak di adalah gramatis kerana
Sukan imbuhan teR- dalam konteks ini
ASEAN baru-baru ini. tidak mendukung makna paling.

Sungguh amat terindah Sungguh amat indah Kata penguat bebas sungguh,
pemandangan di taman pemandangan di taman amat dan sangat yang
rekreasi pada petang rekreasi pada petang digunakan dua serentak
secara berderetan dalam ayat
itu. itu.
sudah menunjukkan darjah
penghabisan. Oleh itu, kata
adjektif tidak boleh
menggunakan imbuhan teR-,
dan juga tidak boleh diikuti
kata penguat belakang seperti
“sekali”.
Contohnya:
Sungguh amat indah
sekali (salah)
Kesalahan Penggunaan
Ayat yang betul Penjelasan
Kata Adjektif
Walaupun Ahmad ialah Walaupun Ahmad ialah anak Kata penguat bebas seperti
anak sejarawan negara, sejarawan negara, dia amat amat, sangat dan sungguh
dia amat tersopan sangat sopan sangat apabila yang hadir serentak di
apabila bertemu dengan bertemu dengan orang yang
hadapan dan di belakang
orang yang lebih tua. lebih tua.
kata adjektif sudah
menandakan darjah
penghabisan. Dalam situasi ini,
kata adjektif tersebut tidak
boleh menerima imbuhan teR-
yang membawa maksud
paling lagi.
Sepandai Wahab menipu Sepandai-pandai Wahab Sepandai membawa maksud
pihak berkuasa, akhirnya menipu pihak berkuasa, sama pandai dengan. Dalam
terbongkar juga akhirnya terbongkar konteks ini, awalan se- dan
perbuatannya itu. juga perbuatannya itu.
gandaan perlu digunakan
sebagai penanda darjah
penghabisan.
Mak Limah begitu kasihkan Mak Limah begitu kasih Kata sendi nama akan
suaminya yang hilang akan suaminya yang hilang hendaklah digunakan selepas
ketika menangkap ikan di ketika menangkap ikan di kata adjektif emotif
laut dua laut dua (perasaan).
tahun yang lalu. tahun yang lalu.
Rozaida membeli Rozaida membeli perisian Awalan teR- + sangat/ amat
perisian komputer yang komputer yang tersangat merupakan penanda darjah
tersangat murah sekali murah itu secara dalam talian. penghabisan. Oleh sebab itu,
itu secara dalam talian.
kata penguat belakang sekali
tidak boleh digunakan serentak.
Walau bagaimanapun, perlu
ditegaskan bahawa
penggunaan perkataan
tersungguh harus dielakkan
kerana bukan kelaziman dalam
kalangan
penutur jati.
Penduduk kampung Penduduk kampung Awalan memper- digunakan
menggesa kerajaan menggesa kerajaan dengan kata adjektif untuk
memperlebarkan jalan memperlebar jalan masuk ke membawa maksud menjadikan
masuk ke kampung kampung mereka untuk sesuatu lebih atau bertambah.
mereka untuk mengelakkan kesesakan jalan Dalam hubungan ini,
mengelakkan kesesakan raya. penggunaan apitan memper-
jalan raya. …- kan untuk kata adjektif
adalah
tidak tepat.
Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata adjektif terbitan sisipan dan
satu kata adjektif terbitan awalan dan satu kata adjektif penggandaan berentak. Kemudian
anda dikehendaki membina ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau kata nama khas.

Bayangkan suatu temasya sukan, kesepian tanpa sorakan dan bunyi gemuruh
sudah pasti amat membosankan. Sebenarnya, pasukan yang gemilang dan terpuji ialah
pasukan yang ada sorak-sorai yang kreatif dan mempunyai unsur kecindan. Setiap
pasukan akan memastikan atlet yang disokong berjuang “agi idup agi ngelaban” dengan
sorak-sorai yang menggabungkan gerakan badan dengan seruan dan ungkapan
pembakar semangat. Oleh itu pasukan sorak memang relevan.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Kitalah Juara” Buku Teks Bahasa
Melayu Tingkatan 4, Hal 3,
Kementerian Pendidikan
Malaysia.

[8 markah]
GOLONGAN KATA TUGAS
STANDARD KANDUNGAN
5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang
STANDARD PEMBELAJARAN
DSKP KSSM BM Tingkatan 4 DSKP KSSM BM Tingkatan 5
5.2.4 Mengenal pasti dan
menggunakan golongan kata
tugas dengan betul mengikut
konteks.

Kata Tugas

Kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa dan mendukung sesuatu tugas sintaksis
tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas,
penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain

Empat Kelompok 17 Jenis Contoh


Kata Tugas Kata Tugas
Kata penyambung Kata hubung dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil,
ayat kemudian, yang, bahawa, untuk, kerana, sekiranya,
jikalau, agar, semoga, andai kata, hingga, meskipun,
supaya, kendatipun, semasa, sementara, ketika,
walaupun, setelah, tatkala,sungguhpun, sebab,
apabila
Kata Praklausa Kata seru cis, aduh, celaka, wahai, aduhai, amboi, oh, eh, wah,
syabas
Kata tanya mengapa, bila, kenapa, berapa, bagaimana, siapa

Kata perintah jangan, usah, tak usah, sila, jemput, minta, harap,
tolong
Kata pembenar ya, benar, betul
Kata pangkal ayat maka, hatta, adapun, kalakian, sebermula, arakian,
alkisah, syahadan
Kata Prafrasa Kata bantu telah, pernah, akan, sudah, sedang, mula, baru,
dan Kata masih, belum, hendak, mahu, enggan, harus, mesti,
Pascafrasa patut, boleh, dapat, mungkin
Kata penguat terlalu, paling, makin, agak, cukup, kurang, sekali,
betul, benar, nian, amat, sangat, sungguh

Kata penegas -kah, -lah, -tah, juga, jua, pun, sahaja, memang, lagi,
hanya, cuma
Kata nafi bukan, tidak
Kata pemeri adalah, ialah
Kata sendi nama di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi,
tentang, mengenai, seperti, bagai, umpama,
laksana, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga,
antara, untuk, dengan, dalam, sampai, selain
Kata arah atas, bawah, antara, tepi, belakang, tengah, dalam,
luar, sisi, penjuru, sudut, selatan, samping, timur,
barat, hadapan, utara, segi
Kata bilangan tiga, berkotak-kotak, banyak, para, semua,
setengah, lima ribu, keempat-empat,
seperlima
Kata adverba jarang-jarang, sentiasa, kerap kali, sekali gus,
begitu, agaknya, diam-diam, berhari-hari, tergesa-
gesa, selama-lamanya, kecil-kecilan, mati-matian,
(sakit) kuat, sering (di kedainya), (terbang) meninggi
Kata Pascakata Kata penekan sesungguhnya, nampaknya, sebetulnya,
sebaik- baiknya, seandainya, sekiranya,
bahawasanya
Kata pembenda lajunya, pentingnya, datangnya, perginya, berdirinya,
sakitnya, turunnya, lantangnya

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata hubung gabungan dan dua kata
hubung pancangan. Kemudian anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Itulah pegangan individu yang bijak, mempunyai
pandangan jauh, dan mengamalkan perbelanjaan berhemah sehingga berjaya melahirkan
jutawan. Amalan menabung merupakan satu amalan yang baik berlandaskan kesedaran
untuk memastikan kedudukan kewangan kukuh. Pada zaman pascaglobalisasi ini, tabiat
menabung atau menyimpan pada lahiriah memang sukar diamalkan lantaran godaan iklan
daripada serata pelosok media, jati diri. Namun begitu, jati diri yang ampuh mampu
menangkis godaan negatif ini.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jadikan Menabung Amalan’,


www.beritakampus.usm.my

[8 markah

You might also like