You are on page 1of 3

BIL ACARA SKRIP CATATAN

1 Murid-murid dan Sireh Berlipat Sireh Pinang, Diharapkan


guru berkumpul Sireh Dari Pulau Mutiara, semua murid
Pemanis Kata Selamat Datang, bersedia dan
Awal Bismillah Pembuka Bicara. senyap
kerana
upacara
majlis akan
bermula

2 Alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim.
Pengacara Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.
Majlis.

Yang Berusaha,
Encik Mohd Zabir bin Abd Karim, guru besar SK Kota
Kemuning,

Yang Dihormati,
Pn Zakiah binti Ismail, guru penolong kanan hal ehwal
murid SK Kota Kemuning

Yang Dihormati,
Pn Noor Hasrizan Binti Mohamed Noor, Guru
Penolong Kanan Petang SK Kota Kemuning

Yang Dihormati,
Rakan-rakan guru, serta murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t


kerana dengan izin dan limpah rahmatNya dapat kita
berkumpul pada petang ini, dalam melaksanakan
Majlis Pelantikan Pengawas, Ketua Kelas dan
Penolong Ketua Kelas bagi tahun 2021.

3 Nyanyian Lagu Hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan 3 buah lagu


iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu
Sekolah.

……….nyanyian…………
4 Bacaan Doa Dari Perlis puspa ku mohon,
Puspa dipilis buat azimat,
Tangan ditadah doa dipohon,
Semoga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadhil
Ustaz Zaid Zulkifli untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan..

…………………….Bacaan Doa………………

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima


kasih kepada Ustaz Zaid Zulkifli atas bacaan doa itu
tadi, semoga majlis kita akan lebih diberkati dan
dirahmati Allah s.w.t.

5 Ucapan Aluan Hadirin dipersilakan duduk. MC


Pengacara Majlis
Hadirin Sekalian,

Tujuan majlis pelantikan pengawas, ketua kelas dan


penolong ketua kelas ini diadakan adalah untuk
mengiktiraf peranan pemimpin pelajar dalam
menyumbang kepada kejayaan sekolah disamping
menyemai sikap bertanggungjawab terhadap tugasan
yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Semoga
dengan penyerahan tugas ini nanti, akan menjadikan
mereka pemimpin pelajar yang berdedikasi dan
amanah dalam menjalankan tugas.

6 Ucapan Guru Besar Bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis Guru Besar
dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha
Encik Mohd Zabir bin Abd Karim, Guru Besar SK Kota
Kemuning untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

………….Ucapan guru besar………………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan


Guru Besar atas ucapan beliau itu tadi.

7 Penyampaian Meneruskan acara, kini tibalah sudah waktu yang Guru Besar
watikah pelantikan dinanti-nantikan, iaitu penyampaian watikah
pelantikan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua
kelas SK Kota Kemuning bagi tahun 2021.

Majlis dengan ini menjemput Encik Mohd Zabir bin


Abd Karim, Guru Besar SK Kota Kemuning, untuk
menyampaikan watikah pelantikan.

Dipersilakan.

……………….penyampaian watikah…………………

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas


penyampaian watikah pelantikan itu tadi.

8 Ikrar Pengawas Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan lafaz ikrar daripada


badan pengawas, barisan ketua kelas dan penolong
ketua kelas SK Kota Kemuning yang akan diketuai oleh
adik Muhammad Aqil Ziyad. Semua murid diminta
berdiri.

……………….bacaan ikrar…………………

Terima kasih diucapkan atas bacaan lafaz ikrar


sebentar tadi. Mudah-mudahan barisan pemimpin di
sekolah ini lebih komited dalam menjalankan tugas
mereka.

9 Penutup Dengan lafaz ikrar itu tadi, maka berakhirlah majlis


pelantikan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua
kelas SK Kota Kemuning bagi tahun 2021. Pihak majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada
jawatankuasa serta semua yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah ke penghujung acara,
Tahun depan kita bersua lagi.

Sekian wabillahitaufik walhidayah,


assalamualaikum wbt.

You might also like