You are on page 1of 12

SULIT 1249/1

Zaman Paleolitik
Zaman Mesolitik

1. Antara berikut yang manakah mengambarkan ciri-ciri masyarakat kedua-dua zaman di


atas?

I hidup menetap
II hidup bercucuk tanam
III memungut hasil hutan
IV memburu binatang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2. Masyarakat ini mencipta alatan batu yang dilicinkan serta mempunyai pelbagai fungsi.
Masyarakat ini tinggal pada zaman

A Paleolitik
B Mesolitik
C Neolitik
D Logam

Tinggalan seperti stuktur bangunan


X atau lubang sampah yang tidak
boleh diubah

3. X ialah

A Artifak
B Feature
C Ekofak
D Arkeologi

· Kapak
· Beliung
· Tulang Mawas

4. Senarai di atas adalah alatan yang digunakan pada Zaman

A Paleolitik
B Mesolitik
C Neolitik
D Logam

1
SULIT 1249/1

· Jericho di Jordan
· Catal Huyuk di Turki

5. Apakah persamaan antara kedua-dua tempat di atas?

A Bandar purba
B Kawasan Pusat Keagamaan
C Kawasan pertanian
D Pusat pembinaan piramid

6. Cangkerang cowrie atau siput gerus dibentuk seperti rantai supaya mudah dibawa.
Apakah kegunaan cangkerang cowrie?

A Barang perhiasan
B Hasil eksport utama
C Hantaran perkahwinan
D Nilai tukaran dagangan

7. Manakah antara berikut merupakan ciri-ciri tamadun?

I Petempatan kekal
II Kehidupan mewah
III Pembinaan monumen
IV Bahasa dan sistem tulisan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8. Manusia memilih lembah sungai untuk petempatan mereka kerana

A Air banjir untuk mengairi tanaman


B Tanah yang subur untuk pertanian
C Sempadan menentukan pengaruh politik
D Lembah berpaya sesuai untuk pertahanan

9. Apakah sumbangan Raja Nebuchadnezzar dalam bidang seni bina?

A Membina zigurat
B Membina piramid
C Membina aqueduct
D Membina Taman Tergantung Babylon

2
SULIT 1249/1

10. Binaan pada gambar rajah di atas melambangkan dalam setiap negara kota di
Mesopotamia sebagai

A Lambang identiti negara kota


B Lambang kekayaan sesebuah negara kota
C Cara untuk membezakan negara kota.
D Langkah untuk mengelirukan musuh
11. Antara berikut yang manakah merupakan sumbangan tamadun Mesopotamia dalam
sejarah peradaban manusia?

I Kod undang-undang Hammurabi


II Sistem tulisan cuneiform
III Melahirkan saintis terkenal iaitu Imhotep
IV Penciptaan roda

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12. Kerajaan Assyria sangat memberi perhatian kepada ilmu perubatan. Apakah kepentingan
ilmu perubatan bagi mereka?

A Mencegah wabak penyakit


B Menitik berat kesihatan rakyat
C Mementingkan kesihatan tentera
D Ingin memonopoli ilmu perubatan

Berjaya menyatukan kesemua Nome dan


mengasaskan pentadbiran Mesir Purba di
bandar Thinis

13. Firaun yang berjaya berbuat demikian ialah

A Djoser
B Menes
C Ramses
D Tutankhamun II

3
SULIT 1249/1

Firaun Hatsheput telah dilantik untuk


menjadi salah seorang firaun dalam
tamadun Mesir purba

14. Apakah yang dapat disimpulkan daripada petikan di atas?

A Wanita tidak boleh dijadikan hamba


B Wanita boleh menjadi pembesar kerajaan
C Taraf wanita adalah tinggi dan mampu memerintah
D Wanita memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara

15. Apakah sumbangan terbesar Imhotep yang terbesar pernah disumbangkan kepada sejarah
Mesir?

A Memperkenalkan teknik membina bangunan


B Menyelamatkan nyawa firaun
C Membina piramid Sakkara
D Membina terusan

16. Apakah kegunaan pokok pada gambar rajah di atas bagi orang Mesir Purba?

A Baju
B Kertas
C Pakaian
D Makanan

17. Keruntuhan tamadun Indus masih belum jelas dan banyak menimbulkan spekulasi. Antara
berikut manakah pendapat yang mengatakan tentang keruntuhan tamadun Indus?

I Serangan orang Parsi


II Gempa bumi
III Kemarau
IV Letusan gunung berapi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4
SULIT 1249/1

5
SULIT 1249/1

18. Tamadun Indus mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antara berikut manakah benar
tentang ciri-ciri tamadun Indus

I Mempunyai sistem kumbahan yang terancang


II Bandar disusun berasaskan blok-blok bersegi empat
III Mempunyai sistem jalan raya yang bertar
IV Dikelilingi pagar kayu dan pintu gerbang yang cantik

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

19. Bagaimanakah Raja-raja Dinasti Chou mendapatkan taat setia daripada pemimpin
tempatan?

A Mengugut untuk membunuh keluarga pemimpin tempatan


B Mengahwinkan pemimpin tempatan dengan puteri raja
C Memberi pelbagai hadiah kepada pemimpin tempatan
D Meletakkan tentera untuk mengawal pemimpin tempatan

20. Apakah fungsi tulang oracle dalam tamadun China?

A Dijadikan makanan roh


B Tanda kekayaan di alam lain
C Bahan untuk memanggil roh
D Untuk meramal sesuatu keadaan

21. Polis ialah institusi politik yang merdeka di Yunani. Manakah antara berikut merupakan
ciri-ciri polis?

I Mempunyai acropolis
II Mempunyai agora
III Mempunyai tentera berkuda
IV Mempunyai undang-undang tersendiri

A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV

6
SULIT 1249/1

· Athens
· Sparta
· Corinth

22. Senarai di atas merupakan tiga buah negara kota yang masyhur di Yunani.Di manakah
letaknya kawasan pertanian di kedua-dua negara kota berkenaan?

A Di luar kota
B Di dalam kota
C Di sekitar kawasan kota
D Di luar kawasan rumah bangsawan

23. Bandar Pompei adalah bandar contoh semasa tamadun Rom kerana mempunyai pelbagai
kemudahan.Antara kemudahan yang ada di bandar ini ialah colloseum. Apakah fungsi
colloseum?

A Tempat mengutip cukai


B Bangunan pentadbiran beratap
C Tempat mandi awam berbentuk bulat
D Tempat pertandingan pahlawan Rom

24. Zaman Vedik ialah zaman yang membawa satu budaya dan tahap yang baru kepada
masyarakat Lembah Indus. Nama Vedik diambil sempena

A nama tuhan Hindu


B nama pemerintah Hindu
C kelahiran kitab-kitab Veda
D nama ibu kota tamadun Indus

25. Pihak manakah yang membantu konsul melaksanakan pentadbiran di Rom?

I Dewan Perhimpunan
II Dewan Senat
III Diktator
IV Majlis

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7
SULIT 1249/1

26. Sebelum sistem demokrasi diperkenalkan, Athens mengamalkan sistem beraja. Sistem ini
diketuai oleh raja. Apakah peranan raja?

I Ketua hakim
II Ketua tentera
III Ketua konsul
IV Ketua dewan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Sparta mengamalkan sistem pemerintahan


yang berbeza berbanding Athens

27. Apakah corak pemerintahan yang dijalankan di Sparta?

A Aristokrat
B Diktator
C Tentera
D Tirani

· Menamatkan sistem republik dan


menjadi diktator.
· Menguasai angkatan tentera dan Senat
Rom
· Menggunakan gelaran maharaja

28. Maklumat di atas dapat dikaitkan dengan

A Augustus
B Philip II
C Julius Caeser
D Alexander The Great

· Perang Kalinga meletus semasa


pemerintahan Maharaja Asoka
· Lebih 100 000 orang terbunuh dan
150 000 orang lagi tercedera

29. Manakah antara berikut merupakan kesan perang ini?

A Asoka menjadi lebih kejam


B Asoka memeluk agama Buddha
C Lebih banyak peperangan berlaku
D Asoka digulingkan oleh tenteranya

8
SULIT 1249/1

· Menjadi asas kepada


pengamalan undang-undang
Undang- pada hari ini.
undang · Terdiri daripada undang-
X undang sivil, undang-undang
rakyat dan undang-undang
natural.

30. Undang-undang X ialah

A Dharma Sastra
B Epik Gilgamesh
C Undang-Undang Rom
D Kod Undang-Undang Hammurabi

31. Plato dalam bukunya yang bertajuk Republic telah menyatakan bahawa negara harus
diperintah oleh ahli falsafah. Mengapakah Plato berpendapat sedemikian?

I Mereka cekap
II Mereka ada daya tarikan
III Mereka mempunyai kekuatan fizikal
IV Mereka boleh menggubal undang-undang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

32. Bagaimanakah falsafah legalisme dapat mengawal tingkah laku manusia menurut Han Fei
Tzu.

A Penekanan undang-undang yang tegas


B Menjaga keharmonian masyarakat
C Pengamalan unsur-unsur murni
D Kelonggaran undang-undang

33. Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan sresthin ditubuhkan di setiap
bandar di India? Apakah fungsi sresthin?

A Mengawal harga, kualiti dan gaji pekerja.


B Menjaga kebajikan golongan pemodal
C Menyuarakan masalah pekerja wanita

9
SULIT 1249/1

D Memastikan golongan miskin tidak dijadikan hamba

34. Bagaimanakah masyarakat China memajukan bidang pertanian.

I Penanaman bergilir diperkenalkan


II Membuat batas tanaman
III Penggunaan jentera moden
IV Membina baray

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

35. Sukan Olimpik telah diperkenalkan pada Zaman Yunani iaitu pada tahun 776 S.M. dan
diadakan di Olympia. Apakah tujuan utama sukan ini dijalankan?

A Bagi menghormati Tuhan Zeus


B Mencari lelaki yang gagah untuk menjadi tentera
C Melahirkan rakyat yang sihat
D Mencari lelaki yang gagah untuk menjadi tentera

36. Apakah syarat penting bagi memastikan seseorang mancapai tahap Moksya dalam agama
Hindu?

A Mendekati tuhan
B Banyak menderma
C Berbuat baik semasa hidupnya
D Menyucikan diri daripada perkara dunia

· Mempercayai dapat mencapai empat


kebenaran mulia melalui lapan jalan.
· Kebenaran yang ditemui dipercayai akan
melepaskan manusia daripada
kesengsaraan.

37. Agama yang dimaksudkan ialah

A Buddha
B Hindu
C Kristian
D Islam

10
SULIT 1249/1

Baginda telah mengisytiharkan agama


Kristian di Rom dan mengecualikan
individu yang terlibat dengan perancangan
dan kegiatan keagamaan daripada kerja
berat.

38. Tokoh tersebut ialah

A Justinian
B Augustus
C Constantine
D Alexander The Great

39. Antara berikut yang manakah merupakan teras dalam agama Islam.

I Akidah
II Politisme
III Kehormatan
IV Syariah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

40. Bagi pengikut ajaran Confucianisme, ketinggian moral dapat dicapai melalui

A kesengsaraan
B kesopanan
C kesusilaan
D pendidikan

KERTAS UJIAN TAMAT

DI SEDIAKAN OLEH

……………………………
(BASIRO BIN RAMLI)

11
SULIT 1249/1

Gmp SEJARAH

DI SEMAK OLEH

………………………….
(JAFRI BIN PAREH)
KETUA BIDANG KEMANUSIAAN

12

You might also like