You are on page 1of 6

Latihan Novel Jendela Menghadap Jalan

1. Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan yang anda pelajari, jelaskan perwatakan
watak utama dalam novel tersebut?

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak
utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat banyak perwatakan watak utama dalam novel ini. 

Perwatakan pertama watak utama ialah Lili seorang yang cekal. Contohnya, Lili cekal
menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
 
Selain itu, perwatakan kedua watak utama ialah Lili seorang yang bertanggungjawab.
Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che
Jah.
Akhir sekali, perwatakan ketiga watak utama ialah Lili seorang yang berani. Contohnya,
Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk
melihat kejadian matahari terbenam.

2. Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, huraikan nilai kemanusiaan yang terdapat
dalam novel tersebut?

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat banyak nilai kemanusiaan dalam novel ini. 
Nilai kemanusiaan yang pertama ialah nilai kecekalan. Contohnya, Lili cekal walau pun
dikurung oleh Haziq dan Rafiq di pondok di hujung kampung.
 
Selain itu, nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai bertanggungjawab. Contohnya, Lili
menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
  
Akhir sekali, nilai kemanusiaan yang ketiga ialah nilai keberanian. Contohnya, Lili berani
mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat
kejadian matahari terbenam.

3. Anda telah membaca novel Jendela Menghadap Jalan Karya Ruhaini Mardarin. Berikan
tiga sebab mengapa anda mengatakan bahawa novel itu adalah sebuah novel yang
menarik.
  
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Sebab-
sebab novel ini menarik ialah novel ini menunjukkan kecekalan seorang gadis dalam
mengharungi kehidupan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Contohnya,
Lili cekap menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
 
Selain itu, sebab yang kedua ialah novel ini menunjukkan ketinggian ilmu yang dimiliki
oleh seseorang. Contohnya, Tuan Haji Abdul Rahman, iaitu datuk Lili memiliki ketinggian
ilmu dalam bidang agama dan perubatan tradisional.

Akhir sekali, sebab yang ketiga ialah novel ini menunjukkan kerukunan dalam kehidupan
masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, Lili, Geetha dan Danel bersahabat baik
walaupun mereka berlainan agama, bangsa dan adat resam.
SOALAN 4 (a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan kasih
sayang berserta contoh sesuai seperti yang terdapat dalam novel tersebut.             

JENDELA MENGHADAP JALAN TINGKATAN 4


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya
Ruhaini Matdarin. Pengarang mengemukakan persoalan kasih sayang dalam novel ini.
Antaranya, persoalan kasih sayang anak terhadap ibunya. Contohnya, Lili amat
menyayangi ibunya kerana dia mempertahankan maruah ibunya apabila datuknya
memperkatakan sesuatu yang kurang baik tentang ibunya itu. Lili tidak setuju dengan
ungkapan yang dikatakan oleh datuknya lalu mempertahankan maruah ibunya.
Seterusnya, persoalan kasih sayang seorang sahabat. Contohnya, Danel sayang
akan Lili kerana dia sanggup bertindak seorang diri untuk menyelamatkan Lili yang dikurung
oleh Raik dan Haziq di dalam sebuah pondok usang pada suatu malam. Danel sanggup
menggadai nyawa untuk menyelamatkan Lili daripada tahanan Rafik dan Haziq.

SONGKET BERBENANG EMAS TINGKATAN 5


            Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang Emas hasil karya
Khairuddin Ayip. Pengarang mengemukakan persoalan kasih sayang dalam novel ini.
            Antaranya, persoalan kasih sayang seorang anak terhadap ibu. Contohnya, Dahlia
amat menyayangi ibunya kerana dia berusaha untuk mengunjungi ibunya, Saleha yang
sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan sanggup mengeluarkan
wang biasiswanya untuk membeli tiket bas dan membayar tambang teksi.
            Seterusnya, persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Contohnya,
Embong sangat menyayangi isterinya, Saleha yang sedang menerima rawatan di Hospital
Permai, Johor Bahru, akibat penyakit kemurungan. Dia sentiasa berdoa agar isterinya itu
sihat dan kembali dengan segera ke pangkuan mereka sekeluarga.
SOALAN 4 (b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran berkaitan dengan
semangat bekerjasama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.   
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya
Ruhaini Matdarin. Pengarang mengemukakan pengajaran berkaitan dengan semangat
bekerjasama dalam novel ini. Antaranya, kita hendaklah bekerjsama untuk membantu
masalah orang lain. Contohnya, Lili bersimpati dengan masalah keganasan rumah tangga
yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang telah dipukul dan dicemuh oleh suaminya
Seman. Lili bersetuju untuk menjadi saksi untuk kes keganasan tersebut. Dia bekerjsama
dengan Kak Mimah untuk menyelesaikan masalah rumah tangga Che Jah. Akhirnya, Seman
telah ditangkap oleh polis.
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang Emas hasil karya
Khairuddin Ayip. Pengarang mengemukakan pengajaran berkaitan dengan semangat
bekerjasama dalam novel ini. Antaranya, kita mestilah bekerjasama untuk menyelesaikan
masalah di tempat tinggal kita. Contohnya, rumah Embong musnah akibat dilanda banjir.
Haji Sulaiman dan penduduk kampung bekerjasama membina semula rumah Embong yang
roboh akibat dilanda banjir. Selain itu, penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan
wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran. Haji Sulaiman
bekerjasama dengan pihak Hospital Batu Pahat untuk membawa Saleha ke hospital
tersebut bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Latihan  2
Jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan dalam sebuah novel yang
anda pelajari.           

JENDELA MENGHADAP JALAN TINGKATAN 4


            Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya
Ruhaini Matdarin. Pengarang mengemukakan pengajaran tentang ketaatan dalam novel ini.
            Peristiwa pertama yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan ialah ialah
Lili taat akan perintah ibunya pulang ke kampung. Pada mulanya, Lili bercadang untuk
menghabiskan cuti sekolah bersama dengan rakan sekelasnya. Dengan permintaan ibunya
Lili bersetuju untuk menghabiskan cuti sekolah di kampung kelahiran ibunya, di Dungun
Terengganu bagi menggembirakan hati ibunya. Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kita
mestilah mentaati arahan ibu bapa.
            Peristiwa kedua yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan ialah Lili taat
akan perintah neneknya. Lili mahu pergi melawat Che Jah kerana bersimpati kepada Haziq
dan Rafik. Neneknya melarangnya dan tidak membenarkan Lili pergi ke rumah Che Jah
kerana risaukan keselamatannya. Nenek takut anak-anak Che Jah mengapa-apakan Lili.
Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kita mestilah mentaati arahan orang tua.
           
SONGKET BERBENANG EMAS TINGKATAN 5
            Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang Emas hasil karya
Khairuddin Ayip. Pengarang mengemukakan pengajaran tentang ketaatan dalam novel ini.
            Peristiwa pertama yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan ialah Dahlia
taat akan perintah ibu bapanya. Dahlia menunjukkan sifat taat akan suruhan ibu bapanya
apabila Dahlia sanggup mengetepikan kepentingan diri untuk memastikan adik-adiknya
mendapat penjagaan sempurna. Dahlia menjaga adiknya bongsunya Anggerik ketika ibunya
terlantar di hospital. Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah mentaati arahan
kedua-dua orang ibu bapanya.
            Peristiwa kedua yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan ialah Melati,
Mawar dan Kiambang taat akan suruhan bapa mereka dengan bergilir-gilir menjaga adik
bongsunya, Anggerik semasa ketiadaan ibu mereka yang sedang menerima rawatan di
hospital akibat penyakit kemurungan. Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kita mestilah
mentaati permintaan ibu bapanya.

SOALAN 4 (b)
Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
JENDELA MENGHADAP JALAN TINGKATAN 4
            Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya
Ruhaini Matdarin. Pengarang mengemukakan latar masyarakat dalam novel ini.
            Antaranya, masyarakat yang mengamalkan perubatan tradisional. Contohnya, Datuk
Lili, Tuan Haji Abdul Rahman merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Datuk
sedaya upaya membantu pesakit yang datang berubat dengannya menggunakan kaedah
perubatan tradisional yang berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun herba.
            Seterusnya, masyarakat yang bersimpati atas penderitaan orang lain. Contohnya, Lili
berasa simpati dengan nasib Che Jah yang selalu didera dan dimaki hamun oleh suaminya,
Seman sehingga Lili mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Lili bersetuju untuk menjadi saksi untuk kes keganasan rumah
tangga itu.
SONGKET BERBENANG EMAS TINGKATAN 5
            Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang Emas hasil karya
Khairuddin Ayip. Pengarang mengemukakan latar masyarakat dalam novel ini.
            Antaranya, masyarakat yang penyayang. Contohnya, Dahlia amat sayang akan
ibunya kerana Dahlia sanggup melawat ibunya yang sedang menerima rawatan di Hospital
Permai, Johor Bahru dengan mengeluarkan wang biasiswanya untuk membayar tambang
bas dan teksi.

            Selain itu, masyarakat yang tabah. Contohnya, Dahlia tabah berdepan dengan
pelbagai dugaan termasuklah ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat
untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghidap penyakit kemurungan. Di samping itu,
Dahlia tabah menghadapi kerenah neneknya, Nek Kiah yang sentiasa memandang serong
terhadap Dahlia sekeluarga.
MODUL
BAHASA MELAYU
Tingkatan 5

NOVEL
MODUL BAHASA MELAYU
NOVEL

Latihan Novel Jendela Menghadap Jalan & Songket


Berbenang Emas

1. Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan yang anda pelajari, jelaskan


perwatakan watak utama dalam novel tersebut?

2. Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, huraikan nilai kemanusiaan yang


terdapat dalam novel tersebut?

3. Anda telah membaca novel Jendela Menghadap Jalan Karya Ruhaini Mardarin.
Berikan tiga sebab mengapa anda mengatakan bahawa novel itu adalah sebuah
novel yang menarik.

4. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan kasih


sayang berserta contoh sesuai seperti yang terdapat dalam novel tersebut.

(Buat untuk dua novel Jendela Menghadap Jalan dan Songket Berbenang Emas)        

5. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran berkaitan


dengan semangat bekerjasama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.   

6. Jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran


tentang ketaatan dalam sebuah novel yang anda pelajari.     

7. Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda
pelajari.
(Buat untuk dua novel Jendela Menghadap Jalan dan Songket Berbenang Emas

SELAMAT MENJAWAB, TAK SABAR NAK


JUMPA KAMU SEMUA
      

You might also like