You are on page 1of 4

BANTUAN PENGAJIAN IPT DALAM DAN LUAR NEGARA

Objektif

1. Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang


mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.

2. Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak


mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

3. Membuktikan keprihatinan Yayasan Pendidikan Maidam (YPM) ke atas umat


Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu
pengetahuan.

Asnaf
1. Fisabilillah dan Miskin.

Syarat – Syarat Umum Bantuan Am & Dermasiswa


1. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri
Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga
(3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
2. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
3. Pemohon adalah seorang yang diterima belajar atau telah belajar di IPT awam
atau swasta dalam dan luar negara.
4. Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat
pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
5. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang
melalaikan.

6. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.


7. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-
mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada
MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.
8. Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan
bagi pengajian dalam dan luar negara.
Syarat Khusus Bantuan Am Diploma & Ijazah Sarjana Muda.

1. Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja.

2. Para pelajar di bawah kategori sinf miskin adalah tanpa mengambil kira Purata
Nilai Gred (PNG).

3. Para pelajar di bawah kategori sinf fisabilillah pula yang mendapat pinjaman
PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/penaja pengajian
yang memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point Average (GPA) 3.00 ke
atas dalam semester pertama sesi akademik semasa.

4. Kadar bantuan bagi Bantuan Am adalah seperti berikut:

Peringkat Tempoh Layak Memohon Kadar Bantuan


Diploma RM 800.00
• 3 tahun
Ijazah Sarjana Muda RM 1000.00
• 4 tahun (selain
pengajian perubatan)

• 5-6 tahun (pengajian


perubatan)
*tempoh layak memohon bergantung kepada surat tawaran asal pemohon

Syarat Khusus Bantuan Am Sijil, Sarjana & PHD.

1. Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja.

2. Hanya layak dipertimbangkan bagi para pelajar di bawah kategori sinf miskin
sahaja.

3. Tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran,


tajaan/biasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-
badan pembiaya bantuan lain.

Peringkat Tempoh Layak Memohon Kadar Bantuan


Sijil 2 tahun RM 600.00
Sarjana 3 tahun RM 1500.00
PHD 5 tahun RM 2000.00
*tempoh layak memohon bergantung kepada surat tawaran asal pemohon
Syarat Khusus Bantuan Dermasiswa.

1. Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di luar negara sahaja.


2. Tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran,
tajaan/biasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-
badan pembiaya bantuan yang lain.

3. Kadar bantuan yang diberi bergantung kepada penilaian pihak YPM


berdasarkan keputusan peperiksaan serta status pengiktirafan universiti
pemohon.

4. Bantuan ini hanya layak dipertimbangkan kepada pemohon-pemohon yang


melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi atau universiti awam atau
swasta yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia / pihak berkuasa Malaysia.
Senarai Semak Dokumen

1. Surat tawaran belajar yang rasmi


2. Surat Pengesahan tahun semasa dari Attase Pendidikan Negeri
Terengganu/ Jabatan Penuntut Malaysia/ Kedutaan Besar Malaysia/
mana-mana pertubuhan yang dibenarkan oleh YPM bagi pelajar luar
negara.
3. Surat Pengesahan tahun semasa dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)
bagi pelajar dalam negara untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah
Sarjana Muda.
4. Surat Pengesahan tiada tajaan / pinjaman / elaun pengajian bagi tahun
semasa daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk peringkat pengajian Sijil,
Master dan PhD.
5. Salinan keputusan peperiksaan semester pertama tahun semasa
pengajian yang telah disahkan oleh Hal Ehwal Akademik (HEA).
6. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik
beradik dalam tanggungan.
7. Salinan sijil SPM/ STPM/ sijil berhenti sekolah.
8. Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/
Penjaga.
9. Salinan akuan pendapatan pemohon bagi pemohon bagi peringkat
pengajian Sarjana dan PHD.
10. Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar
Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak
kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
11. Salinan sijil kematian / cerai (jika berkaitan).
12. Slip permohonan.

*Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin


hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan
Pendidikan MAIDAM. Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh
pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/
Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB)

You might also like