You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

31150 HULU KINTA, PERAK

GPP 1063 PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

LATIHAN TUTORIAL 9

Jawab semua soalan.

1. Keberkesanan organisasi sesebuah institusi pendidikan sangat bergantung kepada ciri-


ciri organisasi pendidikan.
Bincangkan. [20 markah]

Sekolah adalah sebagai satu organisasi formal yang di dalamnya terdapat input,
iaitu pengetua/guru besar, staf sokongan, pekerja am, dan pelajar, computer,
peralatan, prasarana, material, dan padang. Setiap individu dalam sekolah adalah
kunci dalam elemen system social di sekolah. Murid, guru, dan guru
besar/pengetua mempunyai keperluan, matlamat dan kepercayaan masing-
masing untuk membangunkan inteleks dan menguruskan peranan masing-
masing.
Sebagai sebuah organisasi, sekolah mempunyai bahagian yang
bertanggungjawab untuk mengurus dan melicinkan urusan rutin di sekolah.
Pentadbir perlu memastikan pentadbirannya teratur dan menjamin hubungan
kakitangan dan jabatan berjalan lancar. Sebagai organisasi sekolah mempunyai
ciri-ciri tersendiri. Sekolah perlu mempunyai matlamat, peranan, pentadbiran
birokratik (sistem pemerintahan dan pentadbiran yang dikendalikan oleh
pegawai-pegawai kerajaan) dan organisasi pembelajaran.
Pentadbir sekolah perlu memastikan supaya bahagian pentadbiran yang
diuruskan bcrjalan dengan teratur menjamin hubungan kakitangan dan jabatan
berjalan dengan lancar. Hierarki antara jabatan dengan jawatan dan kuasa yang
ada adalah berbeza dan berperingkat mengikut kedudukan masing-masing.
Jaringan hubungan yang ada ini akan berlaku secara formal dan tidak formal.
Secara umumnya, sebagai sebuah organisasi, sekolah mempunyai ciri-ciri
berikut: iaitu keahlian yang tetap dan benar, struktur sosial yang formal, interaksi
sosial yang padu, kekitaan, budaya yang tersendiri, standardisasi, stabil dan
bersatu, peranan umum dan peranan khusus. Dalam sebuah organisasi
memerlukan aspek-aspek ini bagi membangunkan organisasi yang cekap.
Sebuah organisasi sekolah merupakan keahlian yang tetap dan benar
adalah kerana dalam mengajar, teknik serta pengetahuan tentang matapelajaran
adalah amat diperlukan. Hal ini memerlukan kelayakan dalam mengajar kerana
konsep mengajar ini merupakan aspek yang penting dalam mendidik anak
bangsa generasi akan datang. Jika dalam organisasi disekolah tidak mempunyai
keahlian yang tetap dan benar maka akan runtuhlah masa depan anak bangsa
yang dididik melalui organisasi sekolah.
Selain itu, organisasi sekolah mempunyai struktur sosial yang formal iaitu
terdapatnya carta alir struktur organisasi. Hal ini dapat dibuktikan melalui jawatan
yang ada di dalam sebuah sekolah. Contohnya, guru besar, guru penolong
kanan, dan guru biasa. Dengan adanya struktur sosial ini akan memberikan
sekolah dapat dijalankan berdasarkan format yang betul.
Akhir sekali, standardidasi juga merupakan ciri organisasi sekolah. Hal ini
kerana dalam sistem di sekolah, perlunya ada srandardisasi agar menyelaraskan
tahap pengajaran serta tahap kepentingan yang lain. Ini membuatkan suatu
organisasi tidak melanggar aturan yang telah ditetapkan.

2. Adakah guru seorang yang professional?

Bincangkan.

[20 markah]

Guru adalah seorang yang professional. Sesuatu profesion yang sebenar adalah
sesuatiu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepenyingan kemahiran inteleks,
Latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat,
menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,
mempunyai tatasusial perkhidmatan atau kod etika, dan mempunyai organisasi
tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan
(Lieberman, 1956).
Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, dapat dirumuskan
bahawa guru yang profesional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan
dalam pengetahuan pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam
pengajaran & pembelajaran. Di samping itu, guru yang profesional perlu
mempunyai sahsiah yang baik dan boleh diteladani pelajar. Mengikut Mohamad
Sani (1998), guru yang profesional mempunyai atribut seperti mana sebagai guru
yang berwibawa.
Guru adalah seorang yang profesional iaitu berilmu. Hal ini dapat dibuktikan
melalui pdp yang diajarkan guru kepada murid-murid. Setiap guru mestilah
mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam berkenaan subjek atau
matapelajaran yang diajarkan agar apa yang diajarkan kepada murid tidak
terpesong dari fakta dan bukti yang sahih. Guru akan mendapat ilmu pengetahuan
melalui pengalaman dan pembelajaran mereka yang mereka tempuhi sebelum
menjadi insan yang dikenal sebagai warga pendidik. Para guru akan menjalani
latihan dalam menjadi seorang guru melalui lepasan Institut Pendidikan Guru,
ataupun Universiti yang mempunyai bidang perguruan seperti Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI). Dalam menyampaikan ilmu yang bermakna, guru mestilah
mempunyai ilmu tentang isi kandungan, matapelajaran, pengetahuan kandungan,
pedagogi, bahan, kaedah, dan teknologi. Elemen-elemen ini penting dalam
mengajar di sekolah. Oleh itu, dapat diungkapkan bahawa guru merupakan
seorang yang profesional kerana merupakan seorang yang berilmu dalam mata
pelajaran mahupun kaedah mengajar mereka.
Selain itu, guru adalah seorang yang profesional ialah sahsiah yang terpuji.
Sebagai seorang yang profesional, tingkah laku merupakan aspek yang penting
dalam membentuk jati diri dan melahirkan insan yang berkualiti di masa akan
datang. Guru yang berakhlak mulia akan dipandang tinggi oleh semua orang,
kerana ramai orang menyukai perilaku ini. Guru yang mempunyai sahsiah yang
terpuji mestilah bertaqwa kepada tuhan. Hal ini kerana guru yang berpegang
dengan agama, akan mudah bersandar kepada tuhan apabila mengalami
sebarang kesusahan. Guru yang mempunyai sahsiah juga mestilah mempunyai
komitmen yang tinggi dalam melakukan suatu perkara. Contohnya, dalam
menghiaskan kelas atau menghadiri mesyuarat. Hal ini adalah penting untuk
memberi komitmen dengan teman sekerja mahupun anak murid. Guru yang
bersopan santun merupakan antara sahsiah yang terpuji yang menonjolkan
bahawa seorang guru yang profesional. Contohnya, bersopan santun dengan
memberi salam apabila berjumpa dengan orang lain. Tambahan juga, guru yang
mempunyai sahsiah yang terpuji ialah guru yang bersikap positif, berkebolehan
memimpin, dan mengamalkan budaya ilmu. Hal ini menunjukkan bahawa seorang
guru itu merupakan seorang yang profesional dalam profesion keguruan.
Akhir sekali, guru adalah seorang yang profwesional boleh dibuktikan
melalui keterampilan yang dimiliki. Guru dapat merancang proses Pembelajaran
dan Pengajaran (P&P). Dalam menampaikan suatu ilmu, perlulah adanya
perancangan dalam menyampaikan maklumat, agar dapat mengfokuskan ilmu
yang operlu diajarkan kepada murid-murid berdasarkan tahap mereka. Selain itu,
guru juga perlu mempunyai keterampilan dengan menguruskan P&P dan memilih
strategi P&P. Keterampilan ini berbeza mengikut seseorang itu. Oleh itu, cara
pengajaran juga akan berbeza mengikut seseorang itu, dan setiap guru mestilah
mempunyai keterampilan ini untuk mengajar agar proses pdp ini lebih mudah
dimengerti oleh pelajar. Seterusnya kemahiran teknologi juga merupakan satu
keterampilan yang penting di zaman sekarang, dan menunjukkan bahawa seorang
guru itu profesional. Hal ini kerana penggunaan peranti elektronik kini merupakan
sebahagian daripada pembelajaran kepada murid.
Oleh itu, dapat ditunjukkan bahawa guru merupakan seorang yang
profesional dengan sahsiah yang terpuji, keterampilan terhadap pelbagai aspek
dan berilmu pengetahuan.

You might also like