You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SUNWAY SEMENYIH

43500 SEMENYIH
SELANGOR DARUL EHSAN
Email : bba4061@btpnsel.edu.my

Rujukan Kami : SKBSS-600-5/1/18 ( )


Tarikh : 24 September 2021
Kepada :
Ibu bapa/Penjaga
Murid Pemulihan Khas
SK Bandar Sunway Semenyih

Tuan,

PENYERAHAN MODUL ASAS LITERASI DAN NUMERASI UNTUK MURID


PEMULIHAN KHAS SK BANDAR SUNWAY SEMENYIH SESI 2021

Sukacita dimaklumkan Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM) telah menyediakan Modul Asas Literasi dan Numerasi untuk kegunaan semua murid dan guru
Pemulihan Khas di semua sekolah rendah seluruh Malaysia. Modul ini terdiri daripada Modul Asas
Literasi (Bahasa Melayu) dan Modul Asas Numerasi (Matematik).

2. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar ibu bapa/penjaga atau wakil untuk
mengambil modul tersebut mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 25.09.2021 (Sabtu) hingga 28.09.2021 (Selasa)


Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Balai Pengawal SK Bandar Sunway Semenyih
Lain-lain : Sila tandatangan pada dokumen yang dilampirkan

3. Sebagai langkah pencegahan COVID-19, wakil yang hadir disarankan mematuhi SOP yang
telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

4. Semoga dengan usaha ini akan dapat membantu anak tuan menguasai kemahiran asas 3M
dengan lebih berkesan.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah :

...... .........................
SABARUDIN BIN ABU BAKAR
Guru Besar
SK Bandar Sunway Semenyih

You might also like