You are on page 1of 1

Perkhidmatan perubatan kecemasan (Bahasa Inggeris: emergency medical services, EMS) ialah

sejenis perkhidmatan kecemasan yang berperanan menyediakan penjagaan perubatan akut di luar
hospital atau dalam perjalanan ke hospital, kepada pesakit yang mengalami penyakit atau
kecederaan yang dipercayai oleh pengamal perubatan atau pesakit itu sendiri sebagai kecemasan
perubatan.[1]

Tujuan perkhidmatan perubatan kecemasan biasanya adalah memberikan rawatan yang memuaskan
kepada sesiapa yang memerlukan jagaan perubatan segera, ataupun membawa pesakit ke titik
jagaan definitif yang seterusnya (jabatan kecemasan di hospital atau suatu tempat yang adanya
pakar perubatan), tepat pada masanya. Istilah "perkhidmatan perubatan kecemasan" berubah untuk
mencerminkan perubatan daripada sistem ambulans ringkas yang hanya memberikan
pengangkutan, kepada suatu sistem yang memberikan jagaan perubatan sebenar di tempat kejadian
dan juga dalam pengangkutan. Di sesetengah negara membangun, istilah ini tidak digunakan,
ataupun disalah guna, kerana tiadanya rawatan kepada pesakit, sebaliknya sekadar mengangkut
pesakit ke titik jagaan.[2]

Di kebanyakan negara, perkhidmatan perubatan kecemasan dipanggil oleh orang awam (atau
khidmat kecemasan lain, perniagaan atau pihak berkuasa) melalui nombor telefon kecemasan yang
menghubungkan mereka dengan kemudahan kawalan yang kemudiannya mengutuskan pihak yang
sesuai untuk berhadapan dengan situasi berkenaan.[3]

Di sesetengah negara, unit EMS boleh menjalankan operasi penyelamatan teknikal seperti operasi
mencari dan menyelamat.[4] Tahap latihan dan kelayakan untuk ahli-ahli dan kakitangan
perkhidmatan perubatan kecemasan adalah berbeza-beza dari negara ke negara. Setidak-tidaknya,
ahli-ahli yang hadir hanya layak untuk memandu ambulans tanpa latihan perubatan.[2] Akan tetapi,
kebanyakan sistem ada kakitangan yang mempunyai pengetahuan pertolongan cemas yang asas,
seperti bantuan hayat asas (BLS). Sistem EMS yang lebih lengkap pula dilengkapi dengan kakitangan
bantuan hayat lanjutan (ALS) seperti paramedik, jururawat ataupun pakar perubatan.[5]

You might also like