You are on page 1of 4

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM SECARA DALAM TALIAN BIL 4/2021

Tarikh : 11 Ogos 2021

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Lokasi kediaman masing-masing

Pengerusi : Puan Thanaletchumy A/P Ganasarum

Kehadiran :
1. Thanaletchumy A/P Ganasarum 13. Nur Syahira bt Maruding
2. Ainaaul Mardhiyah bt Shamsuddin 14. Nizar Helmy bin Ramli
3. Chandreswary A/P Kupusamy 15. Shaidatul Akhmar bt Ahmad
4. Kesavarrtiny A/P Sinnasamy 16. Shazrina bt Md Shah
5. Khairul Naim bin Jaafar 17. Siti Norina bt Omar
6. Lilywati binti Mohd Yusof 18. Wan Athirah Anith bt Wan Ariffin
7. Mohd Azzual bin Razali 19. Noranisa bt Ahmad
8. Mohd Zazuki bin Sidek 20. Norazizan bt Ahmad
9. Muhammad Hasif Asyraf Bin Nasir 21. Noreha bt Danuri
10. Nik Khadijah bt Nik Hassan 22. Nur Ayuni bt Zunaidi
11. Nor Amirah bt Hashim 23. Nurakmal bt Mohd Nor
12. Nor Juliana bt Ismail 24. Nur Nabellah bt Mohd Husaini

TIDAK HADIR :

1. Ayu Malina binti Zainuddin (K)


2. Azyyati Farisah bt Abdul Rahman (K)
3. Idris Din bin Abu Bakar (K)
4. M Raadha Krishnan A/L Murugan (K)
5. Shahida bt Hussein (K)
6. Hashim bin Md. Yusoff
7. Muhammad Aiman bin Abdullah
8. Mohd Najib bin Nathari
9. Norhafizah bt Ahamad
10. Punitha Kasthurie A/P Anamalay
11. Yanti bt Mohd Yassin
12. Nurul Husna bt Junid
1 Kata-kata Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengharapkan guru dapat memberi
tumpuan agar segala intipati mesyuarat dapat difahami dan diambil tindakan.

Tindakan : Makluman

2 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kokurikulum bil 3/2021. Cadangan pengesahan
minit mesyuarat dibuat oleh Cikgu Nurakmal bt Mohd Nor dan disokong oleh Cikgu Nur
Nabellah bt Mohd Husaini.

Tindakan : Makluman

3. Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Tindakan : Makluman

4. Perbincangan Dialog Prestasi PAJSK 2020

4.1 Pengerusi menyatakan bahawa terdapat satu Dialog Prestasi PAJSK 2020 peringkat daerah
akan diadakan secara online minggu depan.
4.2 Beliau membentangkan peratus GPS PAJSK 2020 mengikut bidang dan keseluruhan untuk
membincangkan punca serta intervensi bagi isu peratus GPS yang masih di bawah 60%.

Kelab Persatuan : 55.75 %


Sukan Permainan : 51.50 %
Badan Beruniform : 52 %
Keseluruhan : 59 %

4.3 Guru-guru diminta memberikan pandangan mengenai punca dan pelan intervensi yang perlu
dilaksanakan supaya GPS PAJSK dapat ditingkatkan pada tahun ini.
4.4 Antara punca yang telah dinyatakan oleh guru-guru ialah,
 Ibu bapa kurang kesedaran tentang kepentingan PAJSK
 Pelaksanaan aktiviti atas talian yang terhad pada tahun 2020
 Murid kurang berminat untuk menyertai pertandingan luaran tanpa bimbingan guru
 Kurang sokongan daripada pihak ibu bapa.
 Ibu bapa tidak mengambil perhatian terhadap maklumat yang diberikan dan tidak
menyampaikan maklumat kepada murid.
 Sukan dan aktiviti yang dipilih oleh murid , tidak fokus kepada kekuatan mereka

4.5 Beberapa pelan intervensi yang telah dicadangkan ialah :


 memilih murid dan sukan yang bersesuaian dengan kebolehan murid
 meminjamkan peralatan yang diperlukan oleh murid dengan mengikut SOP yang telah
ditetapkan.
 Sentiasa membuat hebahan dan mengalakkan murid untuk menyertai aktiviti luar

4.6 Pengerusi mengharapkan supaya murid dapat memberikan penglibatan yang sepenuhnya dan
meningkatkan peratus GPS PAJSK 2021 sekolah melebihi 60%.

Tindakan : Makluman
5. Data PAJSK 2021

5.1 Pengerusi meminta guru-guru kelas tahap dua untuk mengisi Pentaksiran Kokurikulum (data
keahlian, jawatan, penglibatan murid) dan Pentaksiran Ekstra Kurikulum kecuali kehadiran
dalam sistem PAJSK.
5.2 Penglibatan dan pencapaian murid bagi penggal pertama (Januari hingga Julai) boleh diisi
oleh guru-guru kelas berdasarkan data yang telah disediakan dalam bentuk jadual di Excel
yang telah disedut dari pengisian murid melalui Google Form.
5.3 Pengerusi menyatakan guru-guru kelas harus mengisi bahagian sumbangan dan komitmen
untuk setiap murid dan bahagian ini tidak boleh ditinggalkan kosong.
5.4 Bahagian kehadiran perlu diisi setelah semua aktiviti kokurikulum bagi tahun 2021 telah
dilaksanakan.
5.5 Pengerusi turut menyatakan bagi bahagian ekstra kurikulum guru-guru kelas boleh
mendapatkan jawatan khas daripada murid, Guru Pengawas Sekolah atau Guru
Perpustakaan.
5.6 Guru PSS, Cikgu Chandres juga telah memaklumkan mengenai program Nilam dan program
Bicara Buku bagi pengisian bahagian Nilam dalam PAJSK.
5.7 Pengerusi mengingatkan tarikh akhir bagi pengisian data PAJSK penggal pertama adalah
pada 18 Ogos 2021.

Tindakan : Guru Kelas Tahap 2

6. Keperluan Peralatan Unit Kokurikulum dan Sukan

6.1 Pengerusi mengharapkan agar semua ketua unit mencadangkan peralatan yang diperlukan
dalam Google Form yang telah diedarkan sebelum 13 Ogos 2021 (Jumaat).
6.2 Ketua Unit Uniform, Pengerusi Persatuan dan Permainan perlu menyatakan bilangan
peralatan yang sedia ada dan bilangan baru yang diperlukan.
6.3 Pengerusi menyatakan semasa mengisi Google Form bagi peralatan, guru perlu menyatakan
spesifikasi peralatan sekiranya ada.

Tindakan : Ketua Unit Beruniform dan Pengerusi Kelab/Persatuan dan Permainan

7. Senarai Semak Eviden SKPMg2

7.1 Pengerusi menerangkan eviden SKPMg2 bagi Fasa 1 yang perlu ada ialah Minit Mesyuarat Bil
1/2021, Pelan Strategik/Tindakan/Operasi, Surat permohonan dan kelulusan 2021 dan senarai
AJK 2021 untuk setiap unit kokurikulum.
7.2 Pengerusi meminta semua ketua unit beruniform, pengerusi kelab serta permainan untuk
memuat naik semua eviden Fasa 1 ke dalam Google Drive yang akan diberikan.
7.3 Pengerusi menyatakan pada akhir tahun setiap unit beruniform, persatuan dan permainan
perlu menyediakan satu laporan program tahunan kokurikulum.

Tindakan : Ketua Unit Beruniform dan Pengerusi Kelab/Persatuan dan Permainan


8. Hal-hal Lain
8.1 Pengerusi memaklumkan terdapat pelanjutan tarikh pendaftaran dan penyertaan bagi MSSJ
secara dalam talian fasa pertama tahun 2021..
8.2 Setiausaha sukan, Cikgu Muhamad Hasif telah menyatakan bahawa bagi MSSJ 2021 Fasa 1,
sekolah telah memilih 4 sukan iaitu merentas desa, akuatik, badminton dan sepak takraw.
8.3 Pengerusi menyatakan bahawa sekolah mempunyai penyertaan bagi Karnival Bahasa
Inggeris di bawah bimbingan Cikgu Siti Norina dan pertandingan STEM di bawah bimbingan
Cikgu Lilywati.
8.4 Pengerusi mengingatkan semula tentang tarikh akhir bagi pengisian PAJSK penggal pertama
dan meminta guru-guru mula mengisi awal bagi mengelakkan masalah kesesakan dalam
sistem.
8.5 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas komitmen yang diberikan oleh guru-guru.

Tindakan :Makluman

9. Penutup

9.1 Pengerusi mengharapkan segala program yang dirancang akan berjalan mengikut ketetapan
serta guru-guru dapat memberikan dokumen serta data yang telah diminta .
9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 petang.

Disediakan oleh,

KESAVARRTINY A/P SINNASAMY


Penyelaras Kelab & Persatuan,
Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, .
Johor Bahru.

Tarikh :13 Ogos 2021

You might also like