You are on page 1of 1

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TINGKAT 1, 2, 5 - 13, BLOK E11
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
EXAMINATION SYNDICATE
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
LEVEL 1, 2, 5 - 13, BLOK E11
GOVERNMENT COMPLEX PARCEL E TEL: 03-88843330
FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE
62604 PUTRAJAYA FAKS: 03-88843344

SULIT KPM.LP.S.600-7/2/1 ( )
28/02/2022
Melalui Pengetua
SITI ZULIANI BINTI MUHAMED RAZALI (M2003)
SMK ST FRANCIS
JALAN PARAMESWARA
75000 MELAKA
MELAKA

Tuan/Puan,
MESYUARAT PENYELARASAN PEMERIKSAAN TEMPATAN
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2021
NAMA KERTAS: BAHASA MELAYU 1
KOD KERTAS: 1103/1
Dengan sukacitanya saya merujuk perkara di atas.
2. Lembaga Peperiksaan akan mengadakan mesyuarat bersama-sama pemeriksa untuk menyelaras
Peraturan Pemarkahan, Skrip Contoh dan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) SPM 2021. Mesyuarat ini akan
diadakan secara berperingkat; Mesyuarat Pra Konsul, Mesyuarat Penyelarasan dan Mesyuarat Tempatan sebelum
pemeriksa memulakan pemeriksaan Skrip Jawapan Peperiksaan. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah
dijemput untuk menghadiri mesyuarat seperti butiran berikut:

PERKARA TARIKH TEMPAT

Mesyuarat Penyelarasan
SMK Sultan Mansor Shah
Tempatan 17 - 20 Mac 2022 Pulau Sebang, 78000, Tampin

Pemeriksaan Skrip 21 Mac - 10 April 2022


Jawapan Peperiksaan
(SJP)

3. Tuan/Puan hendaklah memeriksa skrip jawapan peperiksaan yang telah diperuntukkan berdasarkan
kaedah Bekerja Dari Rumah (BDR) sepenuhnya serta dikecualikan daripada tugas-tugas hakiki di sekolah
sepanjang tempoh pemeriksaan. Walaubagaimanapun, tempoh pemeriksaan ini adalah tertakluk kepada
perubahan daripada Lembaga Peperiksaan. Pihak Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan dapat
melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

4. Tuan/Puan layak membuat tuntutan elaun perjalanan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharaan
yang sedang berkuatkuasa.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menjalankan amanah,

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Nota :
Surat ini adalah cetakan komputer. Tandatangan tidak diperlukan.
SULIT

You might also like