You are on page 1of 5

BAHAGIAN A

(REFLEKSI JOB SHADOWING)

NAMA: SARAVANAN A/L KARAPAYAH


KUMPULAN/AMBILAN: AMBILAN MEI 2021 (SRBE 4)
SEKOLAH ASAL: SJK (T) CONVENT, SEREMBAN
SEKOLAH PERANTISAN 1: SJK (T) LDG SHANGHAI SEREMBAN
NAMA PGB SEKOLAH PERANTISAN 1: EN. SARAVANAN A/L NADASON
TARIKH PERALAKSANAAN P1: 02.08.2021 HINGGA 06.08.2021
CIRI – CIRI PERIBADI
SUBCIRI: MENCIPTA MATLAMAT PERIBADI

Seorang PGB yang baru dilantik ataupun yang berpindah ke sekolah baru perlu mencipta
matlamat peribadi dengan mengambil kira persekitaran sekolah yang akan diterajuinya. Sifat ini
akan membantu seorang pemimpin untuk fokus kepada mencapai matlamat jangka panjang
serta memberi inspirasi kepadanya untuk terus komited dalam mencapai matlamatnya.
Melalui Job shadowing yang telah dijalankan terhadap PGB En. Saravanan Nadason,
beliau yang kini sudah 3 tahun berkhidmat di sekolah berkenaan telah menetapkan matlamat
peribadi untuk memberikan pendidikan berkesan serta meningkatkan peratus murid celik
membaca. Dapatan daripada data SKPMg2 menunjukkan Aspek 1.1 PGB Sebagai Peneraju,
menunjukkan purata skor minima 94%-96% untuk 3 tahun terakhir.
Hasil temubual saya bersama barisan GPK dan sebilangan guru membawa dapatan,
beliau membuat banyak perubahan dari segi fizikal sekolah dan peningkatan kemahiran pdpc
guru untuk mencapai matlamatnya. Selain itu, beliau telah menaiktaraf Pusat sumber sekolah
dengan kelengkapan peralatan ICT dan menambahkan sumber membaca untuk mencapai
matlamatnya iaitu, “No Child Left Behind”.
Sekolah beliau juga telah menyediakan Perancangan Strategik Sekolah untuk
jangkamasa 5 tahun dan PGB ini amat dalam pengetahuannya dalam memimpin sekolah
walaupun tidak melalui NPQEL. Beliau tahu dan memahami intipati SKKSM dan sentiasa
mengamalkannya. En.N.Saravanan juga sentiasa memastikan matlamatnya difahami dan dipikul
bersama oleh subordinatnya. Ini saya dapat pastikan apabila ditemubual dengan subordinatnya
secara berasingan, masing-masing menyentuh mengenai matlamat PGB mereka iaitu, tiada
murid ketinggalan dalam pdpc khasnya sewaktu PdPR ini. Berikutan pendekatan beliau berbeza
dengan PGB sebelumnya, maka kemenjadian murid berlaku dan yang ketaranya enrolmen
Murid dari tahun ke tahun kian meningkat walaupun ada Sekolah Kerajaan bantuan penuh
berdekatan dengan sekolah ini.
Beliau mempunyai pasukan Lembaga Pengurus Sekolah dan Persatuan Ibubapa dan
Guru yang sangat komited. Saya selaku bakal PGB, amat tertarik dengan ciri peribadi beliau ini
yang bermatlamat jelas dan fokus terhadap keperluan pemegang taruhnya. Keutamaan beliau,
setiap murid wajib mendapat pendidikan dan aktif dalam kokurikulum harus dicontohi.
CIRI – CIRI HUBUNGAN
SUBCIRI: BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN

Komunikasi berkesan adalah suatu kompetensi penting untuk PGB untuk memahami dan
menerima idea daripada pelbagai pihak dan menyampaikan maklumat secara lisan dan bertulis,
di samping menyesuaikan mesej dengan pelbagai situasi dan matlamat.
Dapatan saya melalui job shadowing bersama En.N.Saravanan melalui panggilan telefon,
Google Meet dan temubual subordinatnya mendapati beliau mempunyai kompetensi
berkomunikasi secara berkesan dengan warga sekolah dan pihak luar. Jadi, seperti yang
terkandung dalam SKKSM, perwatakan beliau yang sentiasa tenang dan ceria amat
mempengaruhi ibubapa , PIBG dan badan korporat untuk kewujudan komunikasi yang berkesan.
Sebagai contoh, selepas beliau ditempatkan di sekolah ini, beliau terpaksa bertanggungjawab
untuk menaiktaraf bangunan lama sekolah menjadikan prasekolah sedangkan, tiada peruntukan
yang turun daripada KPM.
Namun, dengan keterampilannya berkomunikasi beliau berjaya menghubung jalin dan
mengeratkan jaringan dengan pemaju perumahan terbesar Iringan Bayu yang bersebelahan
dengan kawasan sekolah untuk membaik pulih dengan kosnya ditanggung oleh syarikat
tersebut. Selain itu, staf-staf pemaju juga turun padang untuk aktiviti gotong-royong sekolah.
Pada masa yang sama, PIBG sekolah nampaknya mengambil inisiatif dalam akademik, fizikal
sekolah dan sumber kewangan untuk membantu aktiviti sekolah. Dengan ciri komunikasi
berkesan ini En.N.Saravanan menjaga reputasinya dengan dunia luar untuk kebaikan sekolah.
Ciri berkemahiran komunikasi beliau turut menepati, aspek 1.3.1 dalam SKPMg2 iaitu,
PGB mendorong warga sekolah dengan menjadi suri teladan secara profesional dan terancang
dengan memperlihatkan komunikasi yang berkesan secara tekal. Dalam temubual dengan
seorang guru sekolah berkata PGB ini akan bermesyuarat mengikut takwim ataupun
kesegeraan. PGB akan hadir dengan penuh bersedia untuk menyampaikan mesej dan tiada
penyelewangan masa. Selain itu, beliau sentiasa meminta pandangan dan idea daripada
subordinanya sebelum suatu aktiviti diteruskan. Disebabkan gaya kepimpinanya berbentuk
demokratik, maka guru-guru berpeluang menyuarakan pendapat mereka.
Enrolmen SJK(Tamil) Ladang Shanghai Seremban yang melonjak dari tahun ke tahun
jelas menunjukkan bahawa komunikasi beliau bersama ibubapa dan PIBG amat berkesan. Pada
waktu pandemik ini, PGB dengan kerjasama PIBG dan orang perseorangan membantu
golongan ibubapa yang memerlukan bantuan.
Dalam khidmat saya sepanjang 21 tahun, saya amat sedar dan melalui beberapa PGB
yang membinasakan matlamat sekolah disebabkan kelemahan kompetensi berkomunikasi
secara berkesan. Tetapi, ciri yang ada pada PGB ini harus disanjungi dan diteladani. Banyak isu
dapat diselesaikan sekiranya kompetensi komunikasi interpersonal wujud.
CIRI – CIRI ANALITIKAL
SUBCIRI: MENGENALI STATUS DAN KUASA

PGB SJKT Ldg Shanghai Seremban, En.Saravanan Nadason, mempunyai ciri analitikal
yang penting iaitu, pemahaman pemimpin terhadap saling hubungan antara identiti untuk
meningkatkan kejelasan tentang identiti dan kuasa serta meningkatkan hubungan. Antara 16
orang guru di sekolah ini, hanya PGB dan Penolong kanan HEM sahaja warga lelaki. Bakinya
termasuk AKP adalah golongan wanita.
Sewaktu temubual, beliau menceritakan ketika bermula bertugas di sekolah ini,
En.N.Saravanan berasa tidak selesa kerana kesemua subordinatnya wanita, dan beberapa
tugasan yang memerlukan tenaga lelaki, beliau terpaksa turun padang. Keadaan ini amat ketara
dalam bidang Ko-kurikulum. Apabila aktiviti ataupun sukan melibatkan murid lelaki, contohnya
perlawanan bola sepak, Guru besar terpaksa mengharapkan pertolongan daripada PIBG
ataupun beliau sendiri melatih.
Data pencapaian Kokurikulum selain daripada koakademik tidak menunjukkan sebarang
peningkatan ketika beliau mengambil alih tugas daripada bekas PGB bernama Pn.Rajeswary
yang lebih fokuskan akademik semata-mata. Jadi, apabila En.N.Saravanan mengisi jawatan
PGB sekolah ini, rungutan daripada ibubapa dan PIBG untuk mencemerlangkan bidang
kokurikulum yang semakin popular dan meningkatkan prestasi PAJSK keseluruhan murid.
Berikutannya, PGB ini menghadapi dua cabaran utama iaitu, beliau terpaksa menangani
isu berkaitan Kokurikulum (SKKSM) dan keduanya memastikan sumber manusia diurus secara
terancang(SKPMg2). Setelah meneliti data pada pengisian SKPMg2 dan laporan bergambar di
Facebook sekolah, nampaknya En.N.Saravanan berjaya menangani masalah dengan
melaksanakan program peningkatan profesionalisme dan mengambil tindakan susulan secara
berterusan.
PGB ini mendampingi sekolah berhampiran yang boleh memberikan khidmat bantu serta
menjalankan penanda aras ke sekolah lain seperti SJKT Bandar Sri Sendayan yang berjaya
dalam mengaplikasikan Program Transformasi Sekolah 2025. Pertubuhan IRC yang mempunyai
padang bola sepak dengan jurulatihnya sendiri di SJKT Bandar Sri Sendayan memberikan
khidmat bantu untuk latihan bola sepak. Beliau memaklumkan kini di sekolahnya ada pasukan
pemain bola sepak murid lelaki dan murid perempuan. Pada masa yang sama, guru-guru wanita
juga cukup mahir dalam melatih dan membuat persediaan padang untuk acara balapan dan
sukan tahunan sekolah.
Saya amat tertarik dengan ciri beliau yang memahami kewujudan perbezaan identiti yang
dikendalikan dengan menggunakan kuasa yang ada padanya demi mengeratkan lagi hubungan
persefahaman dalam organisasi. Sekiranya PGBnya lelaki, maka perlulah berwas-was sentiasa
ketika berurusan dengan guru-guru wanita dan urusan ini atas perkhidmatan sahaja.
CIRI – CIRI STRATEGIK
SUBCIRI: MENANGANI ISU

‘Experience is the mother of wisdom’ begitulah perumpamaan yang bererti, pengalaman


itu membawa kepada kejayaan. Dalam hal perantisan sekolah yang saya pilih, jelas bahawa
PGB yang berpengalaman selama 12 tahun di 3 buah sekolah yang berbeza iklim mempunyai
ciri strategik dan kompetensi membuat keputusan bagi menangani isu dan cabaran di
sekolahnya. Sifat ini berkaitan keupayaan pemimpin untuk mengenal pasti dan mengambil
langkah yang sesuai dalam memberi respon kepada soalan mahupun cabaran yang datang.
“Kepimpinan secara amnya bermakna satu seni atau proses mempengaruhi manusia
supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat bersama” begitulah
definisi yang diberikan oleh Koontz (1984) untuk kepimpinan. Temubual bersama ketiga-tiga
Penolong kanan bersetuju dengan pernyataan bahawa En.N.Saravanan adalah seorang
pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik. Selain menurunkan kuasa untuk
membuat keputusan dalam bidang masing-masing, beliau juga sentiasa bersedia untuk
mendengar pandangan subordinatnya dalam menangani isu yang timbul.
PGB ini juga mempunyai toleransi yang tinggi dalam semua situasi. Organisasi sekolah
dapat dipimpin dengan baik apabila adanya situasi ‘win-win’. Ini di mana pentadbir dapat
mencapai matlamatnya manakala guru pula puas hati di atas permintaan mereka ditunaikan.
Jadi, kompetensi yang merujuk kepada SKKSM ini dipraktikkan oleh En.N.Saravanan dalam
memimpin organisasinya. Sebagai contoh, untuk memastikan kemenjadian murid berlaku
sepanjang tahun, beliau mengaturkan strategi ‘beli waktu’ kepada guru-guru yang tidak dapat
hadir ke sekolah.
Apabila disoal pada seorang guru, strategik yang digunakan oleh PGB ini untuk
menangani isu ketika menjumpainya lebih menjurus kepada alat 5Whys. PGB ini biasanya akan
menanyakan, “Kenapakah isu tersebut timbul?”, “Kenapakah masalah tersebut tidak dikenalpasti
lebih awal?” dan seterusnya sehingga akar kepada isu tersebut dikenalpasti bersama. Untuk
mendapatkan kepastian, saya menghubungi PGB tersebut semula dan menanyakan mengenai
perkara ini. Penjelasan beliau membuatkan saya amat terharu.
Apabila kita menjadi ‘Pengurus’ kepada suatu organisasi, semua masalah akan dibawa
untuk pengetahuan dan penyelesaian kita. Ini bermulalah daripada Pengawal di pintu hadapan
sekolah sehingga pekerja pembersihan yang mengatakan tandas tersumbat. Apatah lagi,
dengan guru-guru yang mendidik murid daripada pelbagai lapisan masyarakat. Jadi, PGB akan
menerima segala aduan tanpa ada cadangan penyelesaian. Jadi dengan cara menanya balik
kepada pengadu, PGB ini yakin dan berjaya menyelesaikan pelbagai isu dan cabaran apabila
akar isunya dapat dikenalpasti dan isu ini diselesai bersama. Di sini kita dapat saya dapat
kaitkan SKPMg2, (1.1.7) di mana PGB SJKT Ladang Shanghai dapat menangani masalah
secara professional dan terancang.

Zairi bin Zainal Abidin

You might also like