You are on page 1of 4

BAB 2 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TARIKH : 30.3.

2022
Tajuk 2.1 : Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan (b/teks m/surat
22-24)
1. Perlembagaan –undang-undang tertinggi /teras pemerintahan sesebuah negara.
2. Sebelum British- negara diperintah berdasarkan pemerintahan beraja.Raja
Memerintah berdasarkan undang-undang & peraturan yg digubal.
3. Zaman British, raja terus diterima sebagai pemerintah berdaulat. Zaman merdeka-
Negara mempunyai perlembagaan.
4. Asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan 2 perkara;
a. Nilai tradisi Kesultanan Melayu Melaka /Undang-undang Negeri Melayu

 Raja sebagai pemerintah


 Rakyat memberi ketaatsetiaan
 Raja menentukan undang-undang & sistem pemerintahan
 Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka zaman
Kesultanan Melayu Melaka (KMM) mempengaruhi kandungan
undang-undang bertulis di negeri Melayu lain. Contohnya Hukum
Kanun Pahang / Undang-undang Kedah / Undang-undang 99 Perak.
 Sebelum Barat, negara mempunyai undang-undang & adat Melayu
Sebagai asas perlembagaan.
 Undang-undang ini mengalami perubahan sehingga muncul undang-
undang dari Barat pada awal abad ke-19.
b. Undang-undang Inggeris

 British perkenalkan undang-undang dikenali Charter of Justice di


Negeri-negeri Selat (NNS).
 Ia diambil drp undang-undang yg digubal di England. Piagam terpilih
Yg bersesuaian dengan NNS diguna pakai.Contoh Charter of Justice
1807.
 Sarawak –ada The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949
( The Commom Law of England). / Sabah –ada Sabah Application of
Laws Ordinance 1951.
 Matlamat Charter of Justice di NNS ; melindungi penduduk asal
daripada penindasan & ketidakadilan.
 Charter of Justice – ada 3 ;iaitu ; Charter of Justice 1(1807)/ Charter of
Justice II (1826)/ Charter of Justice III (1855).
 Perlembagaan Sarawak (Ogos 1956) memberikan kuasa kpd Council
Negeri(Malis Negeri)-badan pembuat undang-undang.Ada 45 ahli,
Dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha.
 Majlis Tertinggi – dipengerusikan oleh Gabenor; anggotanya ialah
Ketua Setiausaha / Setiausaha Kewangan/Peguam Negara .
 Perlembagaan Sarawak (1959) memberikan kuasa pentadbiran negari
Kpd Majlis Tertinggi & Council Negeri.
 1950, penubuhan Majlis Undangan & Majlis Kerja di Sabah.Gabenor
diberi kuasa oleh Malis Undangan utk menggubal undang-undang
dalam pentadbirannya.
5. Institusi pemerintahan beraja diteruskan- disesuaikan dengan konsep Raja
Berperlembagaan & Demokrasi Berparlimen. Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957 diperkenalkan & menjadi asas perlembagaan hari ini.

LATIHAN OBJEKTIF 1 (BAB 1) TARIKH : 30.3.2022


ARAHAN : BULATKAN jawapan yang betul.
1. Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Arab ?
A. Negara yg bebas dan merdeka
B. Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan
C. Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara
D. Negara mempunyai kuasa yg penuh terhadap pemerintahan
2. Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu ?
I Bebas dan merdeka
II Kuasa penuh terhadap pemerintahan
III Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara
IV Kewibawaan sesebuah negara yg merdeka
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
3. Antara berikut,yg manakah berkaitan takrif kedaulatan mengikut pandangan Ibnu
Khaldun?
A. Kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan
B. Kekuatan semangat kekitaan
C. Prinsip kebebasan dan keadilan
D. Hak mengatur urusan negara
4. Maklumat berikut berkaitan jenis kedaulatan yang diamalkan.

 Kedaulatan moden
 Kedaulatan undang-undang
 Kedaulatan antarabangsa
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat ? KBAT
A. Negara berhak menentukan bentuk kedaulatannya
B. Kedaulatan hak mutlak raja sesebuah negara
C. Kedaulatan menjamin kemakmuran negara
D. Kedaulatan memudahkan campur tangan asing

5. Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara ?


A. Menjadi kuasa politik unggul di dunia
B. Menunjukkan kekuatan angkatan tentera
C. Mewujudkan keberkesanan sistem pentadbiran
D. Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa
6. Mengapakah kedaulatan undang-undang penting bagi negara kita ?
I Melindungi rakyat
II Menerima pengiktirafan negara lain
III Menggunakan persamaan rumpun bangsa
IV Menjadikan negara aman dan stabil
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
7. Maklumat berikut berkaitan ciri negara yang berdaulat .

 Sistem Raja Berperlembagaan


 Demokrasi Berparlimen
 Yang di-Pertuan Agong
Maklumat ini merujuk kepada
A. Rakyat C. Perundangan
B, Sempadan D. Pemerintahan
8. Bagaimanakah rakyat pelbagai kaum di negara kita disatukan ?
A. Menghormati agama kaum lain
B. Memupuk semangat patriotisme
C. Menjamin kestabilan politik
D. Menggunakan bahasa kebangsaan
9. Apakah langkah yang boleh diambil oleh anda sebagai pemerintah bagi mengekalkan
kedaulatan negara ? KBAT
A. Menjauhi amalan rasuah C. Mengurangkan aset ketenteraan
B. Mengutamakan keluarga D. Mengabaikan kebajikan rakyat

You might also like