You are on page 1of 13

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/306392012

KONSEP KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL, KEPIMPINAN


DAN TRANSFORMASI SEKOLAH KEPADA KOMUNITI
PEMBELAJARAN PROFESIONAL

Conference Paper · August 2015

CITATIONS READS
0 32,255

2 authors:

Mohd Faiz Mohd Yaakob Jamal Nordin Yunus


Universiti Utara Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
97 PUBLICATIONS   199 CITATIONS    77 PUBLICATIONS   111 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

School Culture View project

Manajemen pendidikan tinggi berbasis Pandemi Covid-19: Survey dampak timbal balik antara Covid-19 dan Kesenjangan Digital di Asia
tenggara. View project

All content following this page was uploaded by Mohd Faiz Mohd Yaakob on 23 August 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


KONSEP KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL,
KEPIMPINAN DAN TRANSFORMASI SEKOLAH KEPADA
KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL

Mohd Faiz bin Mohd Yaakob


Dr. Jamal@Nordin bin Yunus
Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) diiktiraf sebagai komuniti di sekolah


yang bersama-sama berusaha secara profesional dalam melakukan aktiviti
penambahbaikan pembelajaran dan prestasi sekolah. KPP merupakan salah satu
inisiatif untuk meningkatkan kualiti guru di negara-negara maju. Pembelajaran
profesional dalam kalangan pendidik dilihat sebagai usaha yang dapat
meningkatkan profesionalisme guru. Konsep utama Komuniti Pembelajaran
Profesional di negara-negara tersebut adalah kolaboratif antara pihak sekolah
dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak
berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan
kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan menjalankan aktiviti kolaboratif antara
pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian
pendidikan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar. Berdasarkan senario
tersebut, kertas kerja ini akan membincangkan (i) kerangka konsep untuk membina
komuniti pembelajaran profesional, (ii) komuniti pembelajaran profesional dari
segi kepimpinan sekolah, dan (iii) transformasi sekolah kepada komuniti
pembelajaran profesional.

Kata Kunci: komuniti pembelajaran profesional, kepimpinan

PENGENALAN

Menerusi Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB, 2014),


Kementerian Pendidikan Malaysia secara jelas mencadangkan aktiviti yang
sepatutnya dijalankan untuk meningkatkan profesionalisme di sekolah adalah
melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) .

Komuniti pembelajaran profesional merujuk kepada amalan kolaboratif


dalam kalangan pendidik dan pemimpin sekolah yang komited secara bersama-sama
menetapkan matlamat dan membina wawasan secara kolektif untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan. Kerjasama ini menggalakkan rasa kesepunyaan nilai,
matlamat, visi dan misi, kejelekitan dan memberikan peluang kepada guru dan
pemimpin sekolah untuk melibatkan diri dalam meningkatkan pembelajaran mereka
sendiri. Hasilnya pembangunan profesionalisme dapat ditingkatkan secara
berterusan sepanjang kerjaya (KPM, 2014) .

1 / 12
Keadaan hakikat pendidikan pada hari ini menghadapi tranformasi organisasi
pembelajaran yang menuntut ke arah pembentukan sebuah komuniti sekolah yang
berkesan dan berani melakukan perubahan bagi memantapkan sistem pendidikan
negara. Kerancakan perubahan yang berlaku ini kesan daripada tuntutan dan
cabaran globalisasi, liberalisasi. perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi.

Menurut Fechter dan Horowitz (1991), perubahan tetap akan berlaku walau
bagaimana keadaan sekalipun. Justeru, komuniti sekolah perlu sentiasa berusaha
secara berterusan untuk melakukan pelbagai pendekatan baru dari segi governance
yang berasaskan birokratik iaitu 'top-down' kepada perkongsian bersama ke arah
inovasi pendidikan secara menyeluruh (Huffman & Hipp, 2003).

KPM sendiri menyasarkan transformasi amalan profesionalisme berterusan


meningkat kepada 60% menjelang 2025. Merujuk kepada Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025, amalan inisiatif kendiri yang berasaskan sekolah
sudah berada pada tahap 16%. Kini, menjelang gelombang kedua PPPM 2013-2025,
sepatutnya amalan pelaksanaan profesionalisme berterusan sudah berada di
peringkat 40% iaitu pada 2016. Salah satu aktiviti dalam amalan profesionalisme
berterusan ini adalah KPP dengan inisiatif kendiri iaitu dengan memberi autonomi
dan keupayaan kepada guru dan pemimpin sekolah (PPPB, 2014).

Bagi memastikan usaha ini berlaku dengan jayanya, persediaan pemimpin


sekolah dan guru untuk menghadapi perubahan amat diperlukan melalui amalan
komuniti pembelajaran profesional. Kerangka model ini adalah hasil cetusan idea
Senge (1990) yang berpendapat pembentukan organisasi pembelajaran yang telah
memberi kesan positif terhadap dunia korporat dan komuniti pendidikan. Menurut
beliau, organisasi pembelajaran yang terbentuk di sekolah telah dapat memudahkan
pembelajaran setiap ahlinya dan mengubah diri individu itu secara berterusan.

Oleh itu, ahli-ahli organisasinya mempunyai kapasiti yang tinggi untuk


belajar. Mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku sama ada
di dalam atau di luar organisasi untuk terus belajar di samping bekerja. Peter Senge
dalam bukunya The Fifth Discipline menggambarkan komuniti pembelajaran di
sekolah digunakan untuk meningkatkan prestasi sekolah dan profesionalisme
pemimpin sekolah dan guru. Senge (1990) memberi fokus kepada kerjasama
organisasi pembelajaran di sekolah untuk meningkatkan prestasi sekolah.

Beliau menerangkan lima disiplin pembelajaran yang sepatutnya diikuti


secara berkesan untuk membina kejayaan organisasi: (1) Penguasaan Kendiri (2)
Model pemikiran (3) Pembelajaran berpasukan (4) Membina visi bersama dan (5)
sistem. Dalam mengimplementasi setiap prinsip ini, komuniti dalam organisasi
tersebut perlu belajar antara satu sama lain untuk pembangunan yang lebih
berkesan.

2 / 12
KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL

Istilah komuniti pembelajaran memberikan pelbagai makna. Roland Barth (1990)


menerangkan komuniti pembelajaran adalah tempat antara murid dan guru bersama-
sama mempelajari secara aktif tentang kepentingan bersama dan setiap satu antara
mereka sentiasa belajar. Myers dan Simpson (1998) menerangkan komuniti
pembelajaran sebagai budaya setiap individu sentiasa belajar dan responsif antara
satu sama lain.

Speck (1999) pula menerangkan sekolah sebagai komuniti pembelajaran


adalah sesuatu yang mempromosikan nilai pembelajaran berterusan, kolaborasi aktif
menerusi dialog antara pemimpin sekolah, guru, murid, kakitangan, ibu bapa dan
keseluruhan komuniti sekolah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah.
Pada pendapat Zuraidah (2010), KPP ditakrifkan sebagai melahirkan budaya belajar
untuk belajar. Guru belajar, murid-murid juga belajar.

Seluruh komuniti di sekolah sama-sama belajar. Bagi Carpenter, Peter dan


Sundin (2009) pula, mereka memberi maksud profesional sebagai seseorang yang
sentiasa berterusan belajar agar dapat mengadaptasi kepada perubahan yang sentiasa
berlaku. Waters (2009) pula mendapati guru-guru di sekolah yang mengamalkan
KPP dapat membantu mengubah amalan pengajaran dan memberi fokus kepada
keperluan pembelajaran murid dan pengajaran yang berkesan.

Smith, Wilson dan Corbett (2009) menyatakan bahawa KPP merupakan


platform untuk berbincang dan berforum yang bertujuan untuk perkembangan
pembelajaran guru Apabila guru berpeluang berkongsi idea dan membuat refleksi
amalan pengajaran mereka secara jelekit, ia akan menjadikan komuniti
pembelajaran lebih menarik. Perkara ini bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh
seorang lagi sarjana iaitu Sergiovanni (2001).

Kejelekitan ini diertikan sebagai hubungan antara individu yang tidak


mementingkan diri, memberi lebih perhatian terhadap norma dan nilai yang
menyatukan guru sebagai sebuah komuniti pembelajaran yang mempunyai
komitmen yang sama. Kesimpulannya, komuniti pembelajaran profesional merujuk
kepada usaha para pemimpin sekolah dan pendidik yang komited dan bekerja secara
kolaboratif serta berterusan untuk membuat usaha sama dengan komuniti bagi
mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker, &
Many, 2006).
.
Kerangka konsep komuniti pembelajaran profesional

Kerangka konsep komuniti pembelajaran profesional boleh dibahagikan kepada tiga


iaitu; (1) Asas yang kukuh meliputi kolaborasi yang dibina dengan berkongsi misi,
visi, nilai dan matlamat; (2) Sebuah pasukan yang berkolaborasi dalam bekerja serta
saling bergantung (Interdependently) untuk mencapai matlamat; dan (3) fokus
kepada hasil sebagai bukti komitmen untuk meneruskan peningkatan berterusan

3 / 12
(Eaker & Dufour, 2002). Konsep ini telah diperincikan lagi oleh Lloyd (2012)
dengan membahagikan KPP kepada lima iaitu: (1) perkongsian Misi, Visi dan
Matlamat; (2) Budaya Berkolaboratif; (3) Keadaan yang menyokong; (4)
kepimpinan berkongsi dan menyokong; dan (5) Fokus kepada Hasil pencapaian.

Model Komuniti Pembelajaran Profesional

Model KPP dalam kertas kerja ini adalah menurut Lloyd (2012) yang mengkaji
penilaian KPP di Amerika Syarikat. Menurut Lloyd (2012), model KPP ini
dibahagikan kepada lima dimensi: (i) perkongsian visi, misi dan matlamat; (ii)
budaya berkolaboratif; (iii) sokongan keadaan; (iv) perkongsian dan sokongan
kepimpinan; dan (v) fokus kepada hasil pencapaian.

Dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional

(i) Dimensi Perkongsian Visi, Misi dan Matlamat

Sergiovanni (2001) memberi penekanan kepada perkongsian nilai, matlamat, misi


dan visi akan menjadi pelekat bagi menghubungkan individu dengan cara yang
lebih bermakna. Untuk itu, apabila matlamat telah ditetapkan dan perkongsian nilai
ditanam ke dalam diri, ini akan mengembangkan idea yang menggalakkan guru
untuk bertindak balas terhadap perasaan bertanggungjawab yang kemudiannya
diterjemahkan oleh tingkah laku.

Norhayati Ab Wahab (2009) berpendapat bahawa nilai dan kepercayaan


menjadi panduan kepada tingkahlaku individu tidak kira dalam apa-apa bidang
kerja dan apa-apa yang diusahakan. Hal ini merupakan perkara asas utama yang
menyumbang kepada KPP dan perkongsian misi dan matlamat yang dilihat oleh staf
sebagai milik bersama. Selain itu, ia juga berkaitan dengan cara mereka
menyepadukan matlamat, bagaimana mereka menerangkan peranan masing-masing
dalam menyempurnakan matlamat. Menentukan mereka akan mengkonstruk visi
mereka seperti yang diharapkan dan menentukan mereka bekerja bersama-sama. Di
samping itu juga, komuniti akan mengkonstruk matlamat sepunya untuk
penambahbaikan, dan mereka akan bekerja bersama-sama ke arah meningkatkan
pembelajaran murid. Justeru, kesepunyaan matlamat adalah imej pemikiran yang
penting kepada individu dan organisasi.

(ii) Dimensi Budaya Berkolaboratif

Golongan guru dan pemimpin sekolah mesti bekerja bersama-sama dan


berkolaborasi secara semulajadi (natural) untuk melaksanakan perkongsian visi,
misi dan nilai. Begitu juga fokus kepada matlamat untuk meningkatkan pedagogi
pembelajaran dan meningkatkan pencapaian murid. Golongan ini perlu menerima
hakikat tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka untuk meningkatkan
kemenjadian murid (DuFour et al., 2008).

4 / 12
Kolaboratif adalah mempercayai belajar dengan melakukan adalah langkah
yang terbaik untuk aktiviti luar bilik darjah iaitu tidak tertumpu kepada bangunan
sekolah semata-mata. Aktiviti ini perlu diperluas hingga ke luar bangunan sekolah
(Borrero, 2010). DuFour et al. (2008) membincangkan bahawa pengasingan adalah
musuh kepada peningkatan prestasi sekolah. “Isolation is the enemy of school
improvement”. Justeru, kolaboratif adalah penting untuk menjayakan KPP ini.

(iii) Dimensi Sokongan Keadaan

Kajian tentang KPP menunjukkan bahawa apa, bila, di mana dan bagaimana guru
boleh sering dan sentiasa berada bersama sebagai satu kumpulan untuk membuat
refleksi, bersoal jawab dan belajar, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
mengenai ciri-ciri matlamat bersama. Bagi sekolah yang jumlah gurunya ramai,
guru dipecahkan kepada kumpulan yang kecil (Norhayati Ab wahab, 2009).

Amalan ini terbahagi kepada dua iaitu dari segi perhubungan manusia dan
struktur kejelekitan sesebuah organisasi sekolah. Jalinan perhubungan dan
kejelekitan ini merujuk kepada lima ciri iaitu, penyayang, percaya mempercayai,
hormat menghormati, pengiktirafan dan meraikan kejayaan, berani mengambil
risiko dan melakukan perubahan secara usaha bersama yang tertanam dalam
organisasi (Zuraidah Abdullah, 2010).

Guru harus saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain. Ini
akan memperlicinkan KPP dengan berkesan. Di samping itu, kepercayaan menjadi
perkara penting yang membolehkan guru saling memberi dan menerima maklum
balas dalam usaha penambahbaikan sekolah. Pengetua turut menyumbang kepada
pembentukan hubungan dan sikap jelekit dengan memupuk kapasiti hubungan
manusia yang diperlukan oleh KPP dalam budaya kerja. Pengetua berperanan
membina jati diri dalam kalangan guru. Memupuk dan mengeratkan perpaduan
dalam organisasi demi mencapai matlamat utama organisasi.

(iv) Dimensi Perkongsian dan Sokongan Kepimpinan

Hord (1997) berpendapat adalah sangat jelas bagi sebuah organisasi sekolah
membuat satu perubahan kepada komuniti pembelajaran yang hanya dapat
dilakukan oleh pemimpin yang membuat keputusan untuk berubah dan yang
bersedia memupuk pembangunan kakitangan. Banyak kajian mula memberikan
perhatian kepada kepemimpinan yang menyokong dan meluaskan penyertaan dalam
membuat keputusan secara kolaboratif yang memberi fokus kepada pencapaian
murid.

Sehubungan dengan itu, faktor kepemimpinan dilihat satu perkara penting


dalam usaha penambahbaikan sekolah berasaskan KPP di Malaysia. Dalam hal ini,
Hord dan Sommers (2008) berpendapat bahawa pengetua bertanggungjawab dan
menghadapi cabaran yang besar untuk menerima, menghargai dan memupuk

5 / 12
sebarang perubahan yang berlaku di sekolah. Oleh yang demikian salah satu ciri
KPP iaitu kepemimpinan berkongsi dan menyokong.

Kepimpinan berkongsi dan menyokong merujuk kepada pengetua bersedia


untuk berkongsi kuasa, autoriti dan membuat keputusan bersama-sama dengan
guru-guru di sekolah. Sudah jelas apa yang diperkatakan oleh Hord dan Sommers
(2008), semua perubahan di sekolah mesti diterima, dihargai dan dibangunkan oleh
pengetua sekolah. Dalam KPP, menerima, menghargai dan membangunkan
perubahan menjadi agak sukar kerana memerlukan persefahaman, kesepunyaan dan
sokongan dalam menggunakan kuasa, autoriti dan membuat keputusan oleh semua
guru.

Hal ini berlaku kerana struktur di sekolah adalah pembelajaran dewasa,


justeru, kolaborasi yang erat, penyertaan secara demokrasi dan kata sepakat dalam
membangunkan persekitaran kondusif dan budaya sekolah secara berterusan sukar
dicapai. Dalam amalan sebelum ini, perkongsian kuasa dan autoriti ini akan menjadi
sukar kepada pengetua dan guru. Begitu juga penerimaan selama ini bahawa
pengetua mempunyai kuasa penuh, penuh kebijaksanaan dan sangat kompeten.

(v) Dimensi Fokus kepada Hasil Pencapaian.

Kejayaan kepada program KPP diterjemahkan melalui hasil kemenjadian murid


(DuFour et al., 2008). Data diperlukan daripada ujian termasuk juga aktiviti sekolah
untuk menilai kepada hasil pencapaian murid untuk membolehkan penambahbaikan
dilakukan (Borrero, 2010). Menerusi kolaborasi guru-guru dan pemimpin sekolah,
mereka boleh berbincang dengan cara yang terbaik apakah tahap kefahaman murid
dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka (Nelson et al., 2010).

Kefahaman ini boleh dinilai melalui penilaian sumatif dan formatif. Hasil
pencapaian murid ini dapat memberikan gambaran yang jelas setakat mana
pencapaian murid dalam bilik darjah (DuFour et al., 2008). Dengan memberikan
fokus kepada hasil pencapaian murid ini, guru dan pemimpin sekolah mampu
menghasilkan pelbagai cadangan penambahbaikan untuk aktiviti KPP yang akan
datang.

KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL MELALUI KEPIMPINAN

Komuniti pembelajaran profesional melalui kepimpinan sekolah adalah penting


dalam menjayakan KPP. Pemimpin sekolah yang berkesan adalah pemimpin yang
memberikan sedikit kuasa mereka kepada guru (DuFour & Eaker, 1998). Sebagai
contoh, pemimpin sekolah melibatkan guru dalam pembuatan keputusan secara
kolaborasi menerusi usaha berikut iaitu; (i) menggalakkan guru mengambil risiko
dan mencuba perkara baru; (ii) menyediakan pengukuhan dan motivasi yang positif;
(iii) menyokong peluang guru untuk meningkatkan kompetensi diri; dan (iv)
menyediakan guru masa untuk mereka menyelia dan berefleksi (DuFour et al.,

6 / 12
2008; Haberman, 2004; Hord, 2004). Sehubungan dengan itu, bermula dengan
pemimpin sekolah, KPP lebih tersusun untuk dilaksanakan.

Kepimpinan dalam komuniti pembelajaran

Menurut S.M Robert dan Eunice Z. Pruitt (2003) dalam bukunya Schools as
Professional Learning Comunnities mencadangkan beberapa model yang
menerangkan tingkahlaku kepimpinan dalam komuniti pembelajaran seperti
Kepemimpinan Fasilitatif (Facilitative Leadership) dan kepemimpinan konstruktif
(Constructive Leadership).

(i) Kepemimpinan Fasilitatif (Fasilitative Leadership)

Kepemimpinan Fasilitatif ialah bagaimana pemimpin sekolah memimpin tanpa


menguasai. Kepemimpinan Fasilitatif dibuktikan dengan tingkah laku pemimpin
sekolah itu sendiri. Tingkah laku pemimpin sekolah yang sentiasa mempromosikan
pembangunan misi bersama guru dan memelihara guru yang mempunyai
kepimpinan di sekolah.

Keberkesanan Kepemimpinan Fasilitatif menyediakan peluang kepada


kakitangan sekolah untuk berkongsi maklumat dan perhubungan (networking)
antara sekolah mereka dengan yang di luar sekolah. Pemimpin sekolah ini bekerja
untuk menyediakan guru untuk berubah menerusi aktiviti seperti perbincangan idea,
lawatan dan aktiviti profesional bersama komuniti. Pemimpin sekolah berkolaborasi
bersama guru dalam membuat keputusan dan mencari jalan terbaik untuk
menggunakan sumber yang sedia ada untuk meningkatkan kualiti dan prestasi
sekolah.

(ii) Kepemimpinan Konstruktif (Constructive Leadership)

Kepemimpinan Konstruktif merupakan pemimpin yang belajar bersama dan


membina pengetahuan secara kolektif dan berkolaborasi. Menurut Barth’s (1990)
semua guru boleh memimpin dan pemimpin sekolah perlu mengetahui peranannya
sebagai ketua pemimpin dalam komuniti pembelajaran.

Cara-cara untuk meningkatkan kepimpinan dalam komuniti pembelajaran


profesional

Jadual 1: Cara-cara meningkatkan kepimpinan dalam komuniti pembelajaran profesional

 Membina bersama visi, misi dan nilai bersama


 Berbincang mengenai visi
 Membina kepercayaan
 Melakukan kemahiran berkomunikasi yang melibatkan kolaborasi dan
komitmen
 Merancang dan bersedia untuk perubahan

7 / 12
 Mempromosikan pembangunan guru secara kolaboratif menerusi
pembelajaran antara pemimpin dan guru
 Memastikan peningkatan akademik dapat dikekalkan

Strategi untuk meningkatkan kepimpinan dalam komuniti pembelajaran

Jadual 2: Strategi meningkatkan kepimpinan dalam komuniti pembelajaran

Pemimpin Memilih jawatankuasa melibatkan guru, ibu bapa, murid


sekolah dan keahlian daripada komuniti dari luar sekolah untuk
bersama-sama membina visi. Pemimpin sekolah juga
bersama-sama dalam jawatankuasa.
Jawatankuasa Menyediakan cadangan dan maklumbalas dari setiap ahli
jawatankuasa yang boleh digunakan untuk menjadi sekolah
yang mereka impikan pada masa akan datang.
Ahli Bertindak daripada perbincangan yang dibincangkan
jawatankuasa sebelum ini berdasarkan visi, dan indikator yang ingin
dicapai.

Aktiviti yang dicadangkan untuk pembangunan komuniti pembelajaran


menerusi kepimpinan
Jadual 3: Cadangan aktiviti

1. Membina soal selidik berbentuk tinjauan untuk mendapatkan maklumat


dan menggunakan hasil soal selidik untuk meningkatkan kolaborasi guru
di sekolah
2. Melawat sekolah yang telah menjalankan Komuniti Pembelajaran
Profesional dan menjalankan temubual kepada guru mengenai tingkah
laku kepimpinan.
3. Berbincang dengan beberapa guru untuk mengenal pasti model
pemikiran kepimpinan yang mampu diaplikasikan di sekolah
4. Temubual dengan guru di sekolah mengenai transformasi di sekolah
dengan mengumpul maklumat seperti:
a) Bagaimanakah sekolah ini boleh ditransformasikan?
b) Apakah yang menghalang transformasi ini?
c) Siapakah yang patut terlibat dalam transformasi ini dan apakah yang
patut dilakukan kepada mereka yang terlibat dalam tranformasi ini.
d) Adakah terdapat percanggahan idea di antara guru dan pemimpin
sekolah dan apakah implikasi daripada percanggahan ini?

8 / 12
TRANSFORMASI SEKOLAH KEPADA KOMUNITI PEMBELAJARAN
PROFESIONAL

Komuniti pembelajaran profesional adalah harapan untuk mentransformasikan


budaya sekolah. Transformasi ini berlaku bermula dari pemimpin sekolah dan
seterusnya kepada beberapa peringkat yang telah dicadangkan sebelum ini. Elemen
yang penting dalam mentransformasikan budaya sekolah yang tradisi kepada
komuniti pembelajaran profesional ialah: a) Kolaborasi, b) Membina misi, visi, nilai
dan matlamat; c) Fokus kepada pembelajaran; d) Kepemimpinan, e) Fokus kepada
perancangan peningkatan prestasi sekolah; f) Penghargaan, dan g) Tabah dan Tekun
(Eaker & duFour, 2003).

Jadual 4: Elemen transformasi Komuniti Pembelajaran Profesional

Komuniti Pembelajaran
Elemen Tradisi Sekolah
Profesional
Kolaborasi Pengasingan guru Bersama berkolaborasi
Membina misi, visi, Kenyataan seperti “ kita Kenyataan seperti “
nilai dan matlamat percaya semua murid Bagaimana kita tahu murid
boleh belajar boleh memahami pelajaran?”
Fokus kepada Fokus kepada mengajar Fokus kepada pembelajaran
pembelajaran
Kepemimpinan Pemimpin sekolah Pemimpin sekolah dilihat
melihat guru sebagai sebagai ketua pemimpin dan
pengikut guru dilihat sebagai
kepemimpinan
transformasional
Fokus kepada Perancangan berjalan Peracangan sekolah sebagai
perancangan seperti yang dirancang alat yang memacu kepada
peningkatan prestasi dan melupakan peningkatan prestasi sekolah
sekolah perancangan tersebut dan refleksi secara
berterusan
Penghargaan Kejayaan dilihat dengan Sekolah membina kejuaraan
pencapaian murid semata- dan menghargai kejayaan
mata. Hari anugerah yang dicapai tersebut.Hari
hanya kepada murid anugerah kepada murid dan
guru
Tabah dan Tekun Usaha berlaku secara Berlaku secara konsisten dan
bermusim atau mengikut semua memahami
trend tanggungjawab masing-
masing

9 / 12
KESIMPULAN

Negara dan masyarakat kita memerlukan pendidikan yang berkualiti untuk bersaing
dengan cabaran globalisasi. Pemimpin sekolah dan guru perlu berubah. Perubahan
berlaku secara kendiri, secara diri sendiri mahu berubah setelah pelbagai cadangan
diterima. Pemimpin sekolah perlu melakukan sesuatu untuk kejayaan sekolah yang
bermula dari jiwanya sendiri. Begitu juga guru, guru perlu melihat pelbagai dasar
dan perancangan pendidikan yang diterjemahkan melalui PPPM 2013-2015, PPPB
2014 dan banyak lagi cadangan kepada guru.

Pemimpin sekolah dan guru perlu bertindak dengan inisiatif sendiri untuk
melaksanakan semua cadangan tersebut. Jiwa pemimpin sekolah dan guru perlu
menjiwai dasar dan perancangan pendidikan. Pemimpin sekolah dan guru
hendaklah bersama-sama melakukan cadangan tersebut bukan kerana diarah, tetapi
secara sukarela dan inisiatif sendiri. Justeru, amalan-amalan KPP untuk pemimpin
sekolah boleh difikirkan bersama dan dilaksanakan dari hati sanubari pemimpin
sekolah.

RUJUKAN

Barth, R.S. (1990). Improving schools from within. San Francisco: Jossey-Bass.

Borrero, N. (2010). Urban school connections: A university-K-8 partnership.


Catholic Education. A Journal of Inquiry and Practice, 14(1), 47-66.

Carpenter, Peter & Sundin (2009). Professional learning communities: A case study
of three elementary schools. Ed.D. dissertation, Wilmington University
(Delaware), United States -Delaware. Retrieved May 18, 2009, from
Dissertations & Theses: Full Text database. (Publication No. AAT 3342825).

Dufour, R., & Eaker, R. E. (1998). Professional Learning Communities at Work.


North Richland Hills, Texas: Solution Tree Press.

Fechter, W.F., & Horowitz, R.B. (1991). Visionary leadership needed by all
managers. Industrial Management, 33 (4), 2-5.

Dufour, R., & Eaker, R. E. (2002). Getting started reculturing schools to become
Professional Learning Communities. Texas: Solution Tree Press.

DuFour, R., DuFour, R., & Eaker, R. (2008). Revisiting professional learning
communities at work: New insights for improving schools. Bloomington, IN:
Solution Tree Press.

Haberman, M. (2004). Can teachers create learning communities? Educational


Leadership, 61(8), 52–56.

10 / 12
Hord, S. M. (1997). Professional learning communities: Communities of continuous
inquiry and improvement. Austin, TX: Southwest Educational Development
Laboratory.

Hord, S. M. (2008). Evolution of the professional learning community. Journal of


Staff Development, 29(3), 10-13.

Huffman, J. B. & Hipp, U. K. (2003). Professional Learning Community Organizer,


in J. B. Huffman and K.K. Hipp (eds.) Professional Learning Communities:
Initiation to Implementation. Lanham, MD: Scarecrow Press.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (PPPM) 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan pembangunan profesionalisme


berterusan guru dan pemimpin sekolah. Putrajaya: Kementerian pendidikan
Malaysia.

Lloyd, T. (2012). A program evaluation of a Professional Learning Community.


Walden University.

Myers, C. B., & Simpson, D. J. (1998). Re-creating schools: Places where everyone
learns and like it. Thousand Oaks, CA; Corwin Press

Nelson, T., LeBard, L., & Waters, C. (2010). How to create a professional learning
community. Science & Children, 47(9), 36-40.

Norhayati Ab Wahab (2009). Amalan-amalan komuniti pembelajaran profesional di


sebuah sekolah menengah daerah Sepang. Institut Pengajian Kepengetuaan,
Universiti Malaya.

Purkey, S., & Smith, M. (1983). Effective schools: A review. Elementary School
Journal, 83(4), 427-452.

Reynolds, R., & Ablett, A. (1998). "Transforming the Rhetoric of Organisational


Learning to the Reality of the Learning Organization." The Learning
Organization, 5(1), 24-35.

Roberts, S. M. & Pruitt, E. Z. (2003). Schools as Professional Learning


Communities. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Senge, P. (1990). The leader's new world: Building learning retention. Educational
Leadership, 47, 84-88.

Sergiovanni, T. J. (2001a). The Principalship; A reflective practice perspective.


Needham Hight: Allyn & Bacon.

11 / 12
Smith (1999). The learning organization ten years on: A case study. The Learning
Organization, 6(5), 217-223.

Speck, M. (1999). The principalship: Building a learning community. Upper Saddle


River: Prentice-Hall.

Zuraidah Abdullah (2010). Pembentukan profil Komuniti Pembelajaran Profesional


sekolah menengah di Malaysia. Tesis Master yang tidak diterbitkan. Institut
Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya.

** Salah satu kertas pembentangan dalam Seminar Nasional Pengurusan dan


Kepimpinan Pendidikan ke-22, yang telah diadakan di Institut Aminuddin Baki,
Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan mulai 18 hingga 21 Ogos 2015.

12 / 12

View publication stats

You might also like