You are on page 1of 9

SUKAN PERMAINAN

BOLA BALING

DISEDIAKAN OLEH
PN NURSHUHADA BINTI AMAT
KETUA GURU PENASIHAT BOLA BALING

FASA 1:PENGETAHUAN
SEJARAH BOLA BALING
• Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah.
• Permainan ini telah diubah suai daripada permainan-permainan asak
seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di
Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular
di negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu.
• Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh
orang pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball.
• Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam permainan ini diubah
menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak.
• Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula
dikenali sebagai handball.
• Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan)
telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov.
PENGENALAN
• Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau
luar dewan.
Syarat:
a) padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka)
b) sebiji bola baling
c) 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan).
d) Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal
permainan
GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN
PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN)
• Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang
yang digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di
padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket
di dalam dewan yang tertutup.
• Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40
meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan
gol.
• Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian
yang sama luas oleh satu garisan tengah.
GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN
PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN
• Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan gol yang berjejari
6 meter dari tepi dalam tiang gol.
• Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari
tepi dalam tiang gol.
• Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah
garisan gol.
• Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah
garisan gol ialah 4 meter.
• Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan
panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter.
• Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan
ukuran selebar 5 cm.
BOLA
• Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah
berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap
kategori pemain adalah seperti berikut :

1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g
sehingga 475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.

2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12
tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g.
Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm

3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8


tahun hingga 12 tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan
antara 50 cm hingga 52 cm.
TIANG GOL
• Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah
garisan gol.
• Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak
yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter.
• Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang
palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter.
• Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan
sintetik yang serupa dan dicat dengan warna
yang sama dengan ukuran 28 cm.
• Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.
PEMAIN DAN PAKAIAN
• Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri
daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek,
stoking dan kasut biasa atau but.
• Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa
(seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna
pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya
dan pemain pasukan lawan.
• Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang
pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang
penjaga gol.
• Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1
orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol
sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-
pemain gelanggang.
TAMAT

You might also like