You are on page 1of 73

RANCANGAN PERNIAGAAN

PERCETAKAN

KC-00045520-K

2018
Disediakan Oleh:
ABD SAFUAN
Pengurus
Empayar hang pena
Enterprise
hangpena@gmail.com
RINGKASAN
EKSEKUTIF

Empayar Hang Pena 1


Syarikat EMPAYAR HANG PENA ENTERPRISE. ditubuhkan pada tahun 2017
oleh pengasasnya Abd Safuan b Ab Samad. Beliau merupakan graduan di Kolej Restu dalam
jurusan seni iluminasi Al Quran dan berpengalaman di dalam bidang perniagaan dan reka cipta
digital. Sebelum berkecimpung dalam perniagaan, Beliau ada seorang bekas reka cipta dari 6 buat
syarikat percetakan dalam pelbagai percetakan seperti baner, sticker label, percetakan baju dan
seni cipta dalaman.

Syarikat ini ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan reka cipta.


Sasaran pelanggan utama adalah peniagga yang baru mula berniaga dan juga sesetengah syarikat
luar yang memerlukan reka cipta untuk logo ,poster, label dan sebagainya. Kemudian, syarikat ini
mengembangkan perniagaannya dengan peringkat seterusnya dengan perniagaan cetakan baju.
Dalam jangka masa 3-5 tahun, Syarikat ini turut berhasrat untuk menjalankan perniagaan sebagai
pusat percetakan terbesar dan membeli peluang kepada perniaga baru untuk memulakan
perniagaan dalam bidang cetak baju dengan menyewa peralatan untuk mencetak.

Secara kasarnya, pelbagai strategi di dalam pengurusan, pemasaran dan operasi


syarikat ini telah dirangka. Ia meliputi teknik dan kaedah perniagaan yang terkini untuk
memudahkan perjalanan syarikat di dalam pengembangkan perniagaannya. Strategi yang paling
diberikan penekanan ialah strategi pemasaran syarikat ini. Syarikat ini memikirkan cara
bagaimana untuk ‘menjual’ nama syarikat ini supaya lebih dikenali kerana syarikat ini masih baru
ditubuhkan. Pelbagai cara dan peracangan yang teliti telah diolah dan dicambah serta disatukan
supaya menjadi suatu resepi pemasaran perniagaan yang berkesan.

Perancangan kewangan juga turut dirangka dengan rapi bagi memastikan setiap aliran
keluar masuk wang syarikat berjalan lancar. Secara tidak langsung, perancangan kewangan yang
teliti ini perlu dirangka dengan baik bagi memastikan perjalanan syarikat tidak terganggu dan
berkembang maju. Syarikat ini sedar bukan mudah untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Setiap
perniagaan yang dijalankan adalah suatu perjuangan dan peperangan. Pihak syarikat ini sudah
pasti tidak akan menoleh kebelakang di dalam perjuangan dan peperangan ini.

Empayar Hang Pena 2


Isi Kandungan

Ringkasan eksekutif 1

BAHAGIAN 1 : Pengenalan 4

BAHAGIAN 2 : Tujuan 8

BAHAGIAN 3 : Latar Belakang Pemilik 10

BAHAGIAN 4: Skop Perniagaan 14

4.1 Aktiviti Perniagaan 15


4.2 Produk Yang Ditawarkan
4.3 Potensi perniagaan 16

BAHAGIAN 5 : Rancangan Pengurusan 17

5.1 Struktur Organisasi 8


5.2 Kewangan 19
5.3 Gaji dan Ganjaran
5.4 Belanja Pengurusan 20
5.5 Startegi pengurusan 21

BAHAGIAN 6 : Pengenalan Lokasim, Aset, Peralatan Dan kelengkapan 22

6.1 Rancangan Teknikal dan perkhidmatan 23


6.2 Pelan Pembangunan Dan Susun atur Pejabat 24
6.3 Peralatan Yang Dimiliki 25
6.4 Stok Awal, Peralatan dan Kelengkapan Yang Diperlukan 26
6.5 Senarai Pembekal 27
6.6 Anggaran Pembelian
6.7 Anggaran Pendapatan

Empayar Hang Pena 3


BAHAGIAN 7 : PEMASARAN 29

7.1 Sasaran Pelanggan 29


7.2 Kawasan Pasaran 31
7.3 Saiz Pasaran
7.4 Kos Pasaran 32
7.5 Pesaing 33
7.6 Startegi Perkhidmatan 35
7.6.1 Startegi Kualiti produk 35
7.6.2 Startegi Harga 36
7.6.3 Startegi Promosi 37
7.6.4 Startegi Kemanusiaan 38
7.6.5 Startegi Tempat

BAHAGIAN 8 : Kewangan 40

8.1 Kos Pelaburan Projek 41


8.2 Anggaran Aliran Tunai Tiga Tahun 42
8.3 Anggaran Penyata Untung Rugi Selama Tiga Tahun
8.4 Anggaran Kunci Kira-kira Selama Tiga Tahun

BAHAGIAN 9 : Penutup 43

BAHAGIAN 10 : Lampiran 40

Empayar Hang Pena 4


Bahagian 1

PENGENALAN

Empayar Hang Pena 5


Syarikat EMPAYAR HANG PENA ENTERPRISE telah berkecimpung dalam bidang
perniaggan salam bidang percetakan ini hamper 5 tahun.Syarikat ini telah didaftarkan pada tahun
2017 secara tetap oleh pengasasnya Abd Safuan b Ab Samad. Beliau merupakan graduan di
Kolej Restu dalam jurusan seni iluminasi Al Quran dan berpengalaman di dalam bidang
perniagaan dan reka cipta digital. Sebelum berkecimpung dalam perniagaan, Beliau ada seorang
bekas reka cipta dari 6 buat syarikat percetakan dalam pelbagai percetakan seperti baner, sticker
label, percetakan baju dan seni cipta dalaman

Setelah lama berkecimpung dalam kerjaya sebagai pekerja, pada tahun 2013.
Pengusaha syarikat ini mengambil keputusan untuk berkerja sambil berniaga dalam bidang
percetakan baju di rumah. Dari keputusan itu, satu peluang telah dibuka menjadikan bidang ini
satu kerjaya tetap sehingga ke hari ini .

Syarikat ini ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan reka cipta dan
percetakan. Bidang pertama syarikat ini jalankan adalah mencari peniagga yang baru mula
berniaga dan juga sesetengah syarikat luar yang memerlukan reka cipta untuk logo ,poster, label
dan sebagainya keran tubuhnya syarikat ini, adalah melalui perkhidmatan reka cipta atau lebih
mesra dengan designing. Kemudian, syarikat ini mengembangkan perniagaannya dengan
peringkat seterusnya dengan perniagaan percetakan dari pelabagai cetakan seperti banner, flyers,
Baju, dan sebagainya. Syarikat ini bertempat di :-
Berinduk di
1106 F KAMPUNG BATU HAMPAR,08400 MERBOK KEDAH DARUL AMAN
Cawangan di
NO 1270 TINGGKAT 2 JALAN BAGAN AJAM, TAMAN BAGAN AJAM
13400 BUTTERWORTH, PULAU PINANG

Visi EMPAYAR HANG PENA adalah untuk muncul sebagai salah sebuah syarikat
milik 100% bumiputera yang berjaya serta berkomitmen tinggi untuk memenuhi kehendak
pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan yang cekap dan cemerlang serta harga yang
kompetitif. Visi EMPAYAR HANG PENA ini juga bersandarkan Motto EMPAYAR HANG
PENA iaitu ‘Kepuasan Pelanggan, Matlamat Kami’.

Empayar Hang Pena 6


Misi EMPAYAR HANG PENA adalah untuk menjadi syarikat yang berdaya saing
dan mampu memberikan servis yang terbaik dalam bidang percetakan dan reka cipta. Misi
syarikat ini turut dipengaruhi oleh komitmen dan kejayaan para pekerja yang berkemahiran tinggi
dalam sektor ini. Secara tidak langsung, kualiti servis yang diberikan dapat dijaga dan
dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Matlamat EMPAYAR HANG PENA adalah untuk menjadi sebuah koperasi akan
dating dan dalam masa sama juga menjadi sebuat syarikat yang memberi peluang kepada
usahawan berkaitan dalam memulakan perniagaan mereka. Kejayaan syarikat ini turut
dipengaruhi oleh servis yang diberikan dan para pelanggan setianya. Di samping itu, syarikat ini
turut bermatlamat agar dapat mendidik dan memberikan informasi berguna kepada pelanggannya.

Objektif akhir EMPAYAR HANG PENA adalah untuk meraih keuntungan dalam
jangkamasa dua tahun. Sasaran kami adalah untuk menarik para pelanggan dengan memberikan
servis dan perkhidmatan yang cemerlang supaya dapat menjamin keuntungan syarikat akan dapat
dipertingkatkan dalam jangkamasa tersebut.

Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa para pelanggan adalah merupakan
salah satu kepentingan dalam perniagaan syarikat ini. Kesedaran ini adalah berdasarkan
pengalaman- pengalaman pengasas syarikat ini dan penasihat syarikat ini yang telah lama
berkecimpung dalam dunia perniagaan. Sasaran pelanggan syarikat ini adalah semua orang di
Malaysia.

Syarikat EMPAYAR HANG PENA juga mensasarkan, dalam jangkamasa 3-5


tahun, syarikat ini mampu mengorak langkah dalam mengembangkan perniagaannya kepada
perniagaan bercorakkan membantu peniaga baru dalam bidang in untuk memulakan perniagan
mereka. Syarikat ini yakin dengan tarikan para pelanggan yang sedia ada, Syarikat ini juga
berhasrat akan mempunyai kilang pemprosesan baju pada akan dating sebagai satu impian dan
hasrat besar syarikat ini.

EMPAYAR HANG PENA mampu meluaskan perniagaan kepada bidang ini yang
sangat penting bagi seluruh negara dan juga amat digemari oleh orang diluar sana. Peluang
terbaik ini tidak syarikat ini persiakan dan akan direbut oleh pihak lain jika EMPAYAR HANG
PENA terus bersikap sambil lewa dan tidak terus bersaing dalam industri ini.
Empayar Hang Pena 7
Di samping itu, EMPAYAR HANG PENA juga akan meningkatkan mutu
perkhidmatan dengan menjalinkan hubungan rakan perniagaan dengan pelbagai syarikat yang
telah lama bertapak dan lebih kukuh dalam industri ini. Dengan cara ini, syarikat ini bukan sahaja
dapat meningkatkan prestasi syarikat, malah akan lebih berdaya saing dalam industri ini bagi
jangkamasa panjang.

Kekuatan dan kelebihan yang ada pada EMPAYAR HANG PENA ialah pada tenaga
kerja yang berkemahiran tinggi dan juga pengalaman yang ada pada pengasas atau peneraju.
walaupun ciri-ciri itu ada pada setiap pesaing yang sedia ada, tetapi syarikat ini yakin dengan
kelebihan dan matlamat yang disasarkan oleh syarikat ini. Berdasarkan kenyataan ini,
EMPAYAR HANG PENA berharap ia dapat merealisasikan visi dan matlamat syarikat serta
mengekalkannya sehingga dapat menembusi pasaran luar negara.

Memandangkan bidang ini mempunyai potensi dan berdaya maju, EMPAYAR


HANG PENA bercadang untuk meningkatkan pengeluarkan perniagaannya dengan
menambahkan bilangan mesin serta modal pusingannya melalui pembiayaan MARA. Melalui
pembiayaan ini syarikat ini akan turut meningkatkan kapasiti perkhidmatan yang ditawarkan
dengan lebih luas terutama untuk pelbagaikan jenis percetakan dan qualiti percetakan.

Empayar Hang Pena 8


Bahagian 2

TUJUAN

Empayar Hang Pena 9


Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan
EMPAYAR HANG PENA meliputi aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan
syarikat kepada pihak MARA dan seterusnya memohon pembiayaan berjumlah RM65,000.00
(Ringgit Malaysia Enam puluh lima ribu Sahaja). Tempoh pembiayaan adalah selama 5 tahun dan
EMPAYAR HANG PENA turut memohon tempoh bernafas selama 3 bulan. Kos Pelaburan Projek
adalah sebanyak RM 58,500.00 di mana sebanyak RM6,500.00 adalah dibiayai dengan wang pemilik
sendiri.

Pengiraan Pembiayaan:
Nilai Pembiayaan : RM15,000.00
Kadar Keuntungan : 4% setahun
Keuntungan Pembiayaan : RM 9 @ 4 % @ 5 tahun
Jumlah Pembiayaan : RM 13,500.00 + RM 5,000.00
Bayaran Balik Bulanan : RM 225 / 60 bulan
Bayaran Bulanan : RM 234 sebulan

Nota: Pengiraan keuntungan pembiayaan kewangan adalah menggunakan Kaedah


Garis Lurus bagi memudahkan penyediaan Anggaran Aliran Tunai dan anggaran bayaran balik
pembiayaan. Bayaran bulanan sebenar adalah lebih kecil jika menggunakan kaedah baki
berkurangan.

Empayar Hang Pena 10


Bahagian 3

LATAR BELAKANG
PEMILIK

Empayar Hang Pena 11


ABD SAFUAN B AB SAMAD

ALAMAT TETAP:
1106 f Kampung Batu Hampar,
18400 Mebok,
Kedah Darul Aman
Tel: 013 4911975 (H/P)

e-mail:
hangpena@gmail.com

MAKLUMAT PERIBADI
Umur : 27 tahun
No. Kad Pengenalan : 910721-02-6503
Warganegara : Malaysia
Status Perkahwinan : Kahwin
Kesihatan : Baik
Lesen Pengangkutan : D dan B2
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Lelaki
Tarikh Lahir : 21-07-1991
Tempat Lahir : Kg Batu Hampar, Merbok, kedah
Height/ Weight : 175 m/ 90 kg

LATARBELAKANG AKADEMIK
Empayar Hang Pena 12
2009-2011 : Diploma Seni Mushaf, Kolej restu, Selangor
Tarikh Tamat : Ogos 2011
Bidang Pembelajaran :1. reka cipta islamik
2. Penulisan Kaligrafi Khat Dan Barat

2012-2015 : Kolej Universiti Insaniah, Kuala Ketil Kedah (Half Study)


Bidang Pembelajaran : 1. Multimedia
2. Seni Halus

PENGALAMAN KERJA
Yayasan Restu (2011)
Latihan Industri selama 5 bulan semasa cuti semester 2001 di Yayasan Restu ,Selangor. Semasa
menjalani latihan, saya terlibat dengan kerja-kerja yang melibatkan:-
• Rekabentuk digital
• Vedio Editor
• Pembangun web untuk Kolej Restu dan Yayasan restu

Cycom 2010-2012
Menjalankan baik pulih elektronik khususnya computer dan printer. Dan melibatkan kerja seperti:-
• Membaiki dan servis Komputer dan printer

Ikramuna enterprise (2012)


Menjalankan percetakan bermesin dan designer.
• design permintaan pelanggan
• mengendali mesin percetakan

Rapid Evo enterprise (2012-2013)


Menjalankan pemasaran dan designer syarikat.

Intanz Resources(2013)
Empayar Hang Pena 13
Berkidhmat sebagai pencetak dan designer. Melibatkan Kerja seperti:-
• mencetak baju
• Designer kepada syarikat

Yayasan Restu (2013-2018)


Berkidhmat sebagai pencetak dan designer. Melibatkan Kerja seperti:-
• mencetak baju
• Senior designer kepada syarikat
• Pemasaran

SKIL DAN KEBOLEHAN


Skil Komputer : Photoshop, Ilustrator, Shiloutte, Corel Draw, Maya
Sistem Pengoperasi : Windows Win 7/Win 8/Win 8.1 Win10.
Internet : HTML, Javascript, Mozila Firefox, Dreamweaver dan Flash
Pakej Perisian : Microsoft Office dan Adobe Photoshop
Bahasa : Bahasa Melayu (sangat baik)
Bahasa Inggeris (baik)
Sukan digemari : Bolasepak, eletronik dan memancing
Objektif Karier : Mengoptimakan daya kreativiti dan skil saya sepenuhnya
dalam bidang perniagaan dan gaya kerja yang dinamik serta
memberikan tumpuan dan komitmen sepenuhnya pada
syarikat saya yang berorientasikan kejayaan.

Empayar Hang Pena 14


Bahagian 4

SKOP
PERNIAGGAAN

4.1 Aktiviti Perniagaan


Empayar Hang Pena 15
Di antara aktiviti perniagaan utama yang dijalankan oleh EMPAYAR HANG PENA adalah:
 Percetakan
 Reka cipta @ design
 Makanan

4.2 Produk / Perkhidmatan yang ditawarkan

PERCETAKAN BAJU

Aktiviti perniagaan utama EMPAYAR HANG PENA adalah percetakan tshirt dan
pelbagai fabrik lain seperti poly bag, topi, dan pelbagai material lain yang bersesuaian dgn percetakan
jenis ini. Selain dari itu, syarikat kami juga menggunakan dari pelbagai jeni percetakan seperti
silkscreen, heatpress dan sulaman.Kami juga mempunyai dari pelbagai jenis baju, dari standart
kualiti sehingga ke high end kualiti bagi memnuhi permintaan pelanggan kami.

 REKA CIPTA LOGO SYARIKAT

Selain dari percetakan, syarikat kami juga menawarkan reka cipta logo atau pembahruan
logo didalam membantu usahawan diluar sana mendapat logo yang mengikut krateria ciptaan logo
yang diingini. Masalah pada hari ini logo yang sesetengah syarakit diluar sana adalah tidak
mempunyai hard copy atau vector. Hard copy dan vector adalah satu yang penting bgi memudahkan
syarikat tersebut mendapat quality yang sharp dalam menghasilkan ouput seperti banting, banner,
logo pada baju dan sebagainya

 REKA CIPTA DIGITAL @ DESIGNING

EMPAYAR HANG PENA juga menawarkan perkhidmatan rekacipta atau design untuk
sesetengah pihak mahupun syarikat luar sana untuk mereka cipta bahan yang mereka perlukan dari
pelbagai aspek. Selain itu juga, EMPAYAR HANG PENA juga menjalankan sesi perkhidmatan
mengajar dalam reka cipta digital atau design kepada sesiapa yang mahu mendalami ilmu ini.

 PENULISAN KALIGRAFI JAWI DAN ARAB

Empayar Hang Pena 16


Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan dan penjualan produk seni kaligrafi untuk
tuajuan orang diluar sana menggunakan perkhidmatan ini dari segi deco, cop personal, hadiah dan
sebagainya. Selain itu juga, syarikat ini menawarkan sesi pembelajaran atau bengkel untuk semua
lapisan sebagai satu sesi pembelajaran, dalam hal ini memjadikan syarikat ini unik dari syarikat-
syarikat lain diluar sana.

 MAKANAN DAN KUIH MUIH


Syarikat ini juga menjual makanan ringan seperti kacang parpu pedas dan maruku udang
serta kuih muih yang bermutu.

4.3 Potensi Perniagaan

Berdasarkan kepada analisa dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini mempunyai
potensi yang cukup besar untuk berkembang dalam setahun. Perniagaan masih di tahap awal
perkembangan dan mempunyai potensi cukup besar untuk dikembangkan di masa hadapan.

Melalui usaha berterusan, EMPAYAR HANG PENA ENTERPRISE kini semakin


mendapat tempat di hati pelanggan kerana kualiti perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa
dipastikan pada tahap yang tinggi. Lokasi pembuatan atau premis yang terletak di tepi jalan utama
jalan bagan ajam merupakan kawasan yang strategik dan memberi kelebihan kepada syarikat ini
kerana promosi mudah untuk diketahui oleh pelanggan.

Keadaan ekonomi negara yang terus berkembang positif turut menyumbang kepada
potensi perkembangan dalam bidang percetakan dan makanan ringan syarikat ini keadaan ini, telah
meningkatkan lagi saiz pasaran yang dimiliki oleh EMPAYAR HANG PENA ENTERPRISE .

Satu lagi faktor yang turut menyumbang kepada peningkatan potensi perniagaan adalah
tidak banyak perniagaan seumpama ini yang dimiliki oleh bumiputera di kawasan Butterworth
perniagaan menjalankan operasi. Keadaan ini akan memberi kelebihan kepada EMPAYAR HANG
PENA untuk menempatkan diri di dalam pasaran dan seterusnya memenangi hati pelanggan kerana
majoriti penduduk kawasan ini dan kawasan sekitarnya adalah bumiputera.

Empayar Hang Pena 17


Bahagian 5

RANCANGAN
PENGURUSAN

5.1 Struktur Organisasi

Empayar Hang Pena 18


Struktur organisasi yang dibentuk oleh EMPAYAR HANG PENA adalah
merangkumi keseluruhan aspek pengurusan sebagai sebuah entiti perniagaan. Secara
keseluruhannya, struktur organisasinya adalah seperti berikut di bawah.

EMPAYAR HANG PENA

PENGURUS/PEMILIK
Safuan Samad

PENASIHAT KEWANGAN PEKERJA

PENGARAH URUSAN

Abd Safuan B Ab Samad


H/P: 0134911975
hangpena@gmail.com

Bidang Tugas
 Menjalan dan menguruskan keseluruhan hal-ehwal syarikat termasuklah pentadbiran,
kewangan, operasi, dan lain-lain lagi.
 Menguruskan akaun syarikat dan perihal kewangan syarikat.
 Mengawal pengurusan sumber dan manusia syarikat.
 Menguruskan segala urusan mengenai projek-projek yang dijalankan dan tender-tender
yang dimasuki.

5.2 Kewangan

Empayar Hang Pena 19


Bidang Tugas
 Menguruskan bahagian pengoperasian syarikat termasuklah dari aspek teknikal dan
pengurusan syarikat.
 Merupakan pakar dalam kewangan dan target pemasaran
 Memastikan semua pengoperasian dan teknikal berjalan lancar dan teratur.
 Membantu pengarah urusan dalam urusan projek dan tender dimasuki

5.3 Gaji dan Ganjaran

Perniagaan EMPAYAR HANG PENA menyediakan pakej gaji yang berpatutan


kepada kakitangannya. Gaji dan ganjaran kakitangan adalah seperti jadual di bawah.

B Jawatan Bil Gaji Sebulan Jumlah Gaji


bil Pekerja

1 Pengarah 1 RM 1,500 RM 1,500


1 1

2 Kewangan 2 RM 1.000 RM 1,000


2 1

3 Pekerja 2 RM 1,000 RM 2,000


3 2

4 JUMLAH RM 4,500
4

Empayar Hang Pena 20


5.4 Belanja Pengurusan

Bagi tujuan pengurusan, Empayar Hang Pena menganggarkan perbelanjaan dalam


sebulan mengikut pelan peningkatan kapasiti perniagaannya adalah seperti berikut.

JENIS PERBELANJAAN PERBELANJAAN PERBELANJAAN


Bil
SEBULAN(RM) SETAHUN (RM)

1 Aset Tetap

Perabot 1,000.00 12,000

Peralatan Pejabat 500.00 500.00

2 Belanja Pengurusan @ pengoperasian

Gaji 4,500.00 54,000.00

Sewa kedai 1,500 18,000.00

Lesen Permit 500.00

Susut Nilai mesin 1147.50 13770.00

Ultilitis
Air 40.00 480.00
Elektrik 80.00 96.00
Telefon dan internet 150.00 180.00
Pengakutan 150.00 1800.00

Alat Tulis dan cetak 100.00 100.00

JUMLAH BESAR 8,543.84 101,426.00


Empayar Hang Pena 21
.

5.5 Strategi Pengurusan

Sebagai sebuah syarikat yang maju dan berdaya saing is perlu mempunyai
pengurusan yang sistematik, cekap dan berwawasan. Bagi menjayakannya kami
menyenaraikan beberapa strategi seperti:-
1. Mengambil pekerja yang mahir/separa mahir bagi memberikan kualiti
pengeluaran dan perkhidmatan yang cemerlang.
2. Mengadakan program apprentis bagi melahirkan pelapis-pelapis yang mahir
mengenai pengeluaran dan perkhidmatan serta dapat mengurangkan kos pengurusan di mana
apprentis hanya dibayar elaun.
3. Memotivasikan pekerja supaya bekerja dengan bersemangat, cekap, produktif
dan berpasukan bagi memastikan tahap kualiti pengeluaran dan perkhidmatan yang tinggi.

Empayar Hang Pena 22


Bahagian 6

PENGENALAN
LOKASI , ASET,
PERALATAN
DAN
KELENGKAPAN.
Empayar Hang Pena 23
6.1 RANCANGAN TEKNIKAL/PERKHIDMATAN

Lokasi tempat perniagaan syarikat ini ialah di Butterworth, Pulau Pinang. Tapak
perniagaan yang telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai pusat perniagaan adalah di Bagan
ajam yang terletak berhampiran dengan jalan utama dan persekitaran premis dan kawasan
orang ramai.

Tapak perniagaan yang dikenal pasti disewa oleh syarikat ini. Apabila perniagaan
syarikat bertambah maju dan baik, barulah syarikat ini bercadang untuk membeli sebidang
tanah di sekitar butterworet juga untuk mendirrkan bengkel . Secara puratanya, kadar sewa
ruang kedai adalah 1,500.00 (Ringgit Malaysia: Satu ribu lima ratus Sahaja) sebulan. Kadar
Sewa ini berpatutan dengan lokasi yang strategik, mudah dilawati dan mempunyai pelbagai
kemudahan-kemudahan lain seperti air, elektirk, telefon, dan sebagainya.

Empayar Hang Pena 24


5

Empayar Hang Pena 25


6.2 PELAN BANGUNAN DAN SUSUNATUR PEJABAT

Berikut pula adalah pelan bangunan perniagaan secara ringkas yang menerangkan
susunatur perabot, seksyen, dan sebagainya sebagai gambaran kawasan tempat kerja dan
perniagaan.

Empayar Hang Pena 26


6.3 Mesin dan peralatan yang dimiliki.

Sekian lama Empayar hang pena ditubuhkan, syarikat ini telah memiliki beberapa
mesin dan peralatan yang diperolehi secara satu per satu sehingga ke hari ini. Di bawah adalah
senarai mesin dan peralatan yang Empayar hang pena miliki berserta gambar di lampiran.

Mesin dan Peralatan Harga (RM)


Bil

MESIN

-Mesin mutoh vj 1324 63,000.00


-Heat Press 950.00
-CAMEO Plotter 1,400.00
-VICCUT Plotter 3,500.00

PERALATAN
-Meja print baju 4,00.00
-Lampu exposer 300.00
-Dryer 450.00
-Water jet 320.00
-Komputer 3,800.00

Lain-lain peralatan Percetakan 300.00

JUMLAH BESAR RM 74,740.00

Berdasarkan kepada jadual di atas jumlah mesin @ asset tetap mesin yang dimilik oleh
Empayar hang pena adalah bernilai RM 68,850.00 manakala perlatan sebanyak RMRM5,570.00
menjadikan kesseluruhan yang dimiliki RM74,740

Bedasarkan senarai, Empayar hang pena telah Lampiran senarai mesin dan peralatan di
bahagian 10 : LAMPIRAN 4 (PREMIS DAN PERALATAN)

Empayar Hang Pena 27


6.4 STOK AWAL,PERALATAN DAN KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN.
Di samping memiliki harta tetap dan peralatan kedai percetakan. Pihak Empayar hang
pena memohon pembiayaan kewangan ini adalah untuk digunakan untuk membeli stok bekalan dan
beberapa peralatan kedai. Anggaran keperluan bekalan dan peralatan tersebut adalah seperti berikut;

Bil Perkara/Keterangan Harga/Unit Jumlah (RM)


STOK AWAL
Canvas 1 roll 30x50 RM 1,200
Sticker Mirrorkote 1roll RM 800
Sticker Putih 1roll RM 660
Sticker Clear 1roll RM 660
Senthehtic paper 1 roll RM 1000
Printed vynil 1 set RM 500
Transfer tape 1roll RM 600
PERALATAN
Computer RM 2,000 X 3 set RM 6 ,000
printer a3 RM 1,500 1 unit RM 1,500
Heavy duty cutter Rm 650 X 1 unit RM 650
KELENGKAPAN
Meja Banquet RM 79 X 5 unit RM 395
Meja Banquet RM 90 X 5 unit RM450
Meja office RM 170 X 3 unit RM 510
Kerusi Pejabat RM 179 X 5unit RM 895
Rak heavy duty RM 190 X 3unit RM 570
JUMLAH BESAR RM 16,390.00
Berdasarkan senarai diatas, Empayar hang pena akan menggunakan pembiayaan dari MARA
bertujuan membeli perkara diatas. Ini adalah sangat penting bagi Empayar hang pena untuk
memudahkan pengoperasian syarikat serta meraih keselesaan pelanggan yang datang. Lebihan harga
dari senarai akan ditambah melalui modal di tangan pihak syarikat.

Bedasarkan senarai, Empayar hang pena telah Lampiran Sebut Harga dari syarikat-syarikat
berkenaan di bahagian 10 : LAMPIRAN 2 (SEBUT HARGA)

Empayar Hang Pena 28


6.5 Senarai Pembekal
Bekalan stok alat ganti EMPAYAR HANG PENA akan diperolehi daripada beberapa
pembekal yang sememangnya telah lama berurusan dengan pemilik perniagaan. Di antara pembekal
yang membekalkan stok ternakan adalah seperti jadual di bawah.
 Hong leong Sdn. Bhd.
 Heng leong Sdn. Bhd.
 Fabrico Sdn. Bhd.
 Ikhtisas kreatif Enterprise
 MD Textile Sdn. Bhd.

6.6 Anggaran Belian


Anggaran yang disediakan di bawah adalah meliputi stok material dan bahan
penyenggaraan yang biasa digunakan untuk kerja-kerja percetakan adalah menganggarkan hampir
RM 15,000 ke RM 78,000 setahun
*kos ini diambil dari Bahagian 6 Anggaran Pendapatan .

6.7 Anggaran Pendapatan

Syarikat ini menganggarkan perkhidmatan jualan dan percetakan ini akan meningkat purata
pendududuk dengan meluaskan startegi pernigaan setiap tahun bagi tahun-tahun berikutnya.
Syarikat ini turut yakin kerana industri ini merupakan sektor yang sentiasa berkembang
daripada semasa ke semasa. Untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan supaya terus
berkembang, kami akan memastikan strategi pemasaran akan diteruskan dan diperhebatkan di
samping memberikan kualiti servis yang terbaik kepada para pelanggan.

Anggaran jualan tahun 2018


Jumlah Penduduk 10000
% Pelawat 2%
Jumlah Pelawat 200
% Membeli 2%
Jumlah Pembeli 4
Purata Belian (RM) 300
Jumlah hari jualan 20
Jumlah Jualan harian(RM) 1200
Jumlah Jualan sebulan 24000
margin kos 65%
Kos Bahan mentah 15600

Empayar Hang Pena 29


Anggaran jualan tahun 2019

Jumlah Penduduk 20000 orang


% Pelawat 2%
Jumlah Pelawat 400 orang
% Membeli 2%
Jumlah Pembeli 8 orang
Purata Belian (RM) 300
Jumlah hari jualan 20 hari
Jumlah Jualan harian(RM) 1800
Jumlah Jualan sebulan 48000
margin kos 65%
Kos Bahan mentah 31200

Anggaran jualan tahun 2020

Jumlah Penduduk 50000 orang


% Pelawat 2%
Jumlah Pelawat 1000 orang
% Membeli 2%
Jumlah Pembeli 20 orang
Purata Belian (RM) 300
Jumlah hari jualan 20 hari
Jumlah Jualan harian(RM) 6000
Jumlah Jualan sebulan 120000
margin kos 65%
Kos Bahan mentah 78000

Empayar Hang Pena 30


Bahagian 7

PEMASARAN

Empayar Hang Pena 31


7.1 SASARAN PELANGGAN

Dari kajian ringkas yang telah dijalankan, sasaran pelanggan kami adalah lebih tertumpu
kepada golongan pelajar IPT dan sekolah-sekolah kerana bilangannya hampir mencecah 35%
daripada penduduk sekitar 10 km dari syarikat kami. Tidak dilupakan juga para pekerja dan
kakitangan kerajaan yang menguasai hampir 50% penduduk sekitar. Selebihnya pula adalah
lebih tertumpu kepada penduduk sekitar yang rata-ratanya terdiri daripada golongan
pertengahan. Secara tidak langsung, strategi pemasaran merupakan elemen terpenting dalam
sasaran pelanggan.

BIL KUMPULAN SASARAN UMUR (TAHUN)

1 Pelajar IPT dan Sekolah-Sekolah 16-22

2 Pekerja dan Agensi Kerajaan 18-50

3 Penduduk Setempat 20-60

PERATUSAN SASARAN PELANGGAN

Pelajar IPT & Sekolah-sekolah Pekerja Kilang & Agensi Kerajaan

Penduduk Setempat Lain-lain

Empayar Hang Pena 32


7.2 KAWASAN PASARAN

Sebagai permulaan perniagaan, syarikat ini mensasarkan kawasan liputan adalah lebih
terhad kepada kawasan sekitar dan berhampiran sahaja. Kemudian syarikat ini bercadang
untuk terus berkembang dengan menguasai pasaran di kawasan-kawasan lain di luar mukim
dan daerah. Sesuai dengan matlamat syarikat untuk menguasai pasaran global, syarikat ini
tidak perlu tertakluk kepada kawasan di sekitar sahaja untuk selama-lamanya. Ini penting
untuk menjamin syarikat ini supaya terus berkembang dengan jayanya.

Bil KAWASAN LIPUTAN JUALAN TAHUN

1 Penduduk sekitar Butterworth

Pelajar Pulau Pinang 2017-2018

Pekerja Sekitar Pulau Pinang

2 Negeri sekitarnya(kedah dan Perak) 2018-2019

3 Seluruh Malaysia 2019/2020

7.3 SAIZ PASARAN

Saiz pasaran adalah penting untuk kita menilai sama ada masih ada ruang untuk syarikat ini
menguasai pasaran dan terus berkembang. Saiz pasaran turut menentukan hala tuju syarikat ini
sentiasa berada di landasan perniagaannya.

Anggaran jumlah pelanggan yang disasarkan di kawasan sasaran adalah mencecah hampir
4,000 orang (termasuk pekan tikam batu). Mereka terdiri daripada golongan pekerja dan ajensi
kerajaan. Keperluan bagi setiap pelanggan adalah berbeza-beza. Sebagai contoh, golongan
pelajar lebih memerlukan baju untuk kegunaan kelas atau kelab sekolah.. Golongan dewasa
(Pekerja dan ajensi kerajaan) pula lebih cenderung kepada pengguna baju untuk persatuan atau
baju syarikat mereka. Permintaan baju untuk diri sendiri juga melonjak baik kerana qualiti
yang lebih memuaskan dan lebih pelbagai dengan keinginan mereka.

Empayar Hang Pena 33


ANALISIS RINGKAS PENGGUNA

Golongan Dewasa
Bekerja Pelajar IPT dan Sekolah

Penduduk Setempat Lain-lain

Secara puratanya, golongan dewasa atau pekerja dan agensi kerajaan lebih cenderung
untuk membelanjakan wang untuk mendapatkan baju untuk kegunaan mereka sendiri atau
kegunaan persatuan atau syarikat mereka. Secara tidak langsung, mereka adalah pelanggan
sasaran yang perlu diberi keutamaan. Secara kasarnya, hampir 40% - 65% perbelanjaan
mereka banyak dihabiskan pada percetakan baju.

7.4 Kos Pemasaran

Selain daripada kos-kos lain, empayar hang pena juga menggeluarkan kos bai pemasaran iaitu
promosi produk dan keraian dgn cara mempromosi secara diskaun. Selain itu, Empayar hang pena
juga memberi komisen kepada ajen kami diseluruh Negara. Iklan melalui facebook dan flyers juga
akan di buat baik meraih keuntungan syarikat.

B Perkara Nilai
il (RM)
1 Promosi & Keraian RM 500
r Komisyen Jualan RM 300
3 Iklan & Percetakan Pemplet & Brosure RM200
JUMLAH BESAR RM1000

Empayar Hang Pena 34


7.5 PESAING

Daripada kajian ringkas yang dijalankan pada kawasan sekitar 20 km daripada lokasi
perniagaan, terdapat beberapa pesaing yang telah lama dalam perniagaan ini. Terdapat
beberapa kekuatan dan kelemahan pada pesaing-pesaing ini yang boleh dijadikan pengajaran
dan panduan/contoh dalam menguruskan syarikat ini dan seterusnya untuk bersaing dalam
dunia perniagaan ini.

Bil Nama pesaing Kelebihan Kekurangan

1 Ikhtisas Printing Mempunyai stok baju Tidak mempunyai


yang banyak. staf berpengalaman
dalam bidang
percetakan

2 Custoom TEE Syarikat yang Pengeluaran yang


berpengalaman terhad

3 Hee printing Hanya mengeluaran Tiada pelbagai


produksi sulaman cetakan

3 All Print SDN BHD Tempat yang startegik Proses yang makan
masa sedikit
berbanding syarikat
lain.

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini berbanding dengan pesaing-
pesaing ini perlulah lebih baik dan berkualiti. Syarikat ini turut menawarkan perkhidmatan
24hour proses yang tidak ditawarkan oleh pesaing-pesaing ini. Selain daripada itu, pelbagai
promosi dan tawaran akan dilakukan bagi memenangi hati para pelanggan untuk bersaing
dengan pesaing-pesaing ini.
.

Empayar Hang Pena 35


Berikut adalah jadual analisis persaingan syarikat ini dengan syarikat-syarikat lain.
Dalam kolum yang terakhir iaitu Kepentingan Kepada Pelanggan, 1=kritikal; 5=tidak penting
langsung. Analisis ini dilakukan ringkas sepanjang pemilik syarikat ini pernah melakukan
perniagaan di sekitar kawasan lokasi pilihan syarikat ini.

Kepentinga
HANGPENA Pesaing 1 Pesaing 2 Pesaing 3 n
Faktor ENTERPRI (IKHTISA (CUSTOO (ALLPRIN Kepada
SE S) M TEE) T) Pelanggan

Produk Terbaik Terbaik Terbaik Terbaik 1

Tidak
Harga kompetitif kompetitif kompetitif kompetitif 1

Kualiti Tebaik Terbaik baik Baik 1

Terpili
h Ya Ya Ya Ya 3

Servis Terbaik Terbaik Terbaik Terbaik 1

Kepaka
ran Terbaik baik Baik Baik 2

Reputa
si
Syarika Terbaik Terbaik Baik Baik 2
t

Lokasi Terbaik Baik Baik Terbaik 1

Ketrampi
lan Terbaik Terbaik Terbaik Baik 2

Cara
Jualan Terbaik Baik Terbaik Baik 1

Imej Terbaik Terbaik Terbaik Terbaik 2

Jadual: Analisis Persaingan

Daripada jadual di atas, dapat disimpulkan, kekuatan syarikat ini masih ada dan mampu
bersaing dengan pesaing-pesaing lain.Syarikat ini akan mengambil peluang di atas kelemahan
pesaingnya untuk terus bersaing dan mula bertapak di dunia perniagaan. Antaranya adalah seperti
Empayar Hang Pena 36
dengan membuka perniagaan selama separuh hari pada hari ahad dan sepenuh hari pada cuti am.
Persaingan secara sihat ini penting bagi meningkatkan prestasi dan mutu perniagaan.

7.6 STARTEGI PERKHIDMATAN

Syarikat ini telah membuat beberapa kajian dan analisis ringkas bagi memasarkan
produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Konsep 5P telah dipraktikkan sebagai
pertimbangan dalam membuat analisis pasaran. Terdapat 5 pecahan strategi yang telah
digunakan iaitu Strategi Kualiti Produk/Perkhidmatan (Product), Strategi Harga (Price),
Strategi Promosi (Promotion), Strategi Kemanusiaan (People) dan Strategi Tempat/Saluran
Agihan (Place).

Setiap unsur-unsur pemasaran yang telah dikenal pasti ini, mempunyai


kepentingan sebagai eleman -elemen penting dalam pemasaran. Setiap elemen boleh
dikembangkan melalui beberapa penelitian dan kajian.

7.6.1 STRATEGI KUALITI PRODUK DAN PERKHIDMATAN (PRODUCT)

Kami menjalankan beberapa R&D untuk menentukan beberapa produk atau


perkhidmatan yang bermutu. Produk biasanya difahami sebagai nyata dan mempunyai bentuk
fizikal, manakala perkhidmatan merujuk kepada servis yang boleh diberikan kepada
pelanggan. Bagi syarikat ini, kami lebih menumpukan kepada perkhidmatan yang diberikan
selain daripada produk yang berkualiti. Pada zaman masyarakat pos-industri kini, sumber
ekonomi yang utama ialah dalam industri perkhidmatan seperti kewangan, penyelenggaraan
dan perundingan. Oleh kerana itu, syarikat ini lebih menumpukan kualiti perkhidmatan yang
diberikan.

Antara produk-produk yang ditawarkan adalah produk yang berkualiti dan


mempunyai keperluan di pasaran. Seperti contoh, bagi agensi-agensi kerajaan, cetakan
sulaman adalah yang terbaik untuk mereka guna pakai. Kami akan turut memasarkan jenis
high-end printing seperti printed vynil dan HD-Print untuk golongan ini bagi mendapat produk
dan klas antarabangsa serta tahan lebih lama.

Empayar Hang Pena 37


Selain daripada itu, syarikat ini juga akan memberikan surat jaminan untuk
sebarang percetakan high end yang dipasarkan sebagai daya penarik para pelanggan untuk
membeli produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini.

Melalui servis dan perkhidmatan seperti perundingan pula, tumpuan lebih


diberikan kerana ia merupakan suatu keperluan pasaran masa kini. Bukan sahaja unsur ini
adalah keperluan masyarakat masa kini, malahan ia juga merupakan sumber pendapatan utama
yang boleh diperolehi oleh syarikat ini. Malahan, kesan daripada servis dan perkhidmatan ini
adalah suatu peluang untuk syarikat ini mendekati dengan lebih rapat para pelanggangnya.
Pelbagai perancangan telah dirangka untuk melaksanakan strategi ini seperti perkhidmatan
seperti face to face dan juga perkhidmatan melalui talian telefon dan juga email akan
dilaksanakan.

7.6.2 STRATEGI HARGA (PRICE)

Strategi ini juga adalah penting untuk syarikat ini dapat memasarkan produk dan
memberikan perkhidmatan yang ditawarkan. Syarikat ini perlu meletakkan harga yang
kompetitif bagi bersaing dengan syarikat -syarikat lain. Bagi produk yang mempunyai pasaran
yang tinggi, kadar harga yang diletakkan perlulah lebih rendah kerana kadar harga yang tinggi
akan mengakibatkan para pelanggan pergi ke syarikat yang lain untuk membeli. Manakala bagi
produk yang mempunyai pasaran yang rendah, kadar harga perlulah tinggi sedikit kerana ia
lebih sukar untuk diperolehi. Selain daripada itu, strategi pelabelan turut disertakan untuk
memperkemaskan strategi harga syarikat ini.

Secara kasarnya, syarikat ini menggunakan 2 kaedah untuk meletakkan harga iaitu:
• Kaedah Kos Campur (Mark-up)

Peratusan mark-up akan diletakkan pada harga kos produk dibeli untuk
mendapatkan jumlah harga barang untuk dijual (contoh 10% daripada harga kos).
• Kaedah Berorientasikan Harga Pesaing
Harga yang diletakkan seiring dengan harga yang diletakkan oleh para pesaing.
Biasanya, kaedah ini agak sukar untuk diimplementasikan kerana harga pesaing-pesaing warga
Empayar Hang Pena 38
asing jauh lebih rendah dan sukar untuk disaingi. Ini mungkin disebabkan kerana faktor
pembekal-pembekal juga terdiri dan dikuasai oleh warga asing.

Dalam industri percetakan juga, kaedah perletakkan harga berorientasikan nilai


barangan mengikut tanggapan pengguna kadangkala tidak berkesan kerana material atau bahan
yang berjenama dan berkualiti tidak semestinya lebih mahal berbanding dengan yang tidak
berjenama. Oleh itu, syarikat ini tidak bercadang untuk menggunakan kaedah ini dalam
perniagaan.

7.6.3 STRATEGI PROMOSI (PROMOTION)

Strategi ini turut meliputi 2 strategi sebelum ini. Bagi syarikat ini, strategi promosi
perlu dilakukan bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada para
pelanggan.Pelbagai aktiviti promosi akan dilakukan seperti pengiklanan, promosi jualan,
publisiti, perhubungan pelanggan, tajaan dan sebagainya. Melaluinya, para pelanggan akan
diterangkan mengenai ciri-ciri dan kelebihan produk, jaminan produk dan sebagainya.

Pelbagai media pengiklanan turut akan dikenalpasti bagi menjalankan strategi


promosi ini. Antaranya adalah seperti surat khabar, majalah, dan juga media massa pelanggan
itu sendiri seperti majalah dan buletin universiti.

Melalui strategi ini, pelanggan bukan sahaja dapat diperkenalkan kepada produk
dan perkhidmatan yang ditawarkan, malahan akan dapat memberikan kesan pengaruh dan
ingatan kepada para pelanggan bahawa produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah amat
diperlukan oleh mereka.

7.6.4 STRATEGI KEMANUSIAAN (PEOPLE)

Empayar Hang Pena 39


Strategi ini amat penting dan berkesan pada masa kini kerana faktor persaingan
yang hebat dan pasaran global yang mempengaruhinya. Melalui strategi ini, syarikat turut
menerapkan elemen-elemen kemanusiaan seperti jaminan produk, kelebihan dan faedah yang
diperolehi kepada para pelanggan, penghantaran percuma dan sebagainya untuk membolehkan
mereka menilai kelebihan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Ini kerana, terdapat
ramai pelanggan yang mempunyai tahap-tahap keperluan, kehendak, kepuasan dan gelagat
yang berbeza-beza untuk hati mereka dimenangi oleh syarikat ini.

Antara unsur-unsur kemanusiaan positif yang diterapkan ialah:-

• Layanan terbaik dan memuaskan


• Jaminan produk
• Penajaan
• Kualiti material @ bahan cetakan
• Perhubungan dengan pelanggan (Public and Customer Relationship)
• Dan lain-lain lagi

Manakala antara unsur-unsur kemanusiaan negatif yang akan dielak ialah:-

• Layanan kurang baik dan tidak memuaskan


• Produk yang tidak berkualiti dan tiada jaminan

7.6.5 STRATEGI TEMPAT/SALURAN AGIHAN (PLACE)

Maksud tempat bukan sahaja sebagai tempat untuk berurusan dalam jual-beli
secara fizikal, bahkan ia juga termasuk sistem sokongan dan infrastruktur yang membolehkan
proses jual-beli dijalankan dengan mudah dan dapat memuaskan hati pelanggan. Ia juga
berkait rapat dengan bagaimana produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dapat sampai
kepada pelanggan melalui sistem agihan yang betul dan strategik.

Sistem Saluran Agihan:

Empayar Hang Pena 40


Pengeluar >>>> Agen >>>> Pengguna

Perkhidmatan sokongan yang membolehkan produk/ perkhidmatan sampai kepada


pengguna akhir ialah perkhidmatan promosi yang diberikan oleh pengeluar/ pengedar melalui
media massa itu sendiri. Melalui promosi yang dijalankan di facebook dan blog website. ini
akan mengamalkan kekuatan jualan sendiri (pembahagian zon kawasan) tanpa melibatkan
perlantikan agen jualan. Selain daripada itu, syarikat ini juga akan melibatkan diri pada tender
dan sebutharga. Oleh kerana itu, sedikit peruntukan khusus akan diberikan pada bahagian
tender dan sebutharga kerana ia melibatkan kos untuk membeli dokumen tender atau
sebutharga tersebut.

Empayar Hang Pena 41


Bahagian 8

ASPEK KEWANGAN

8.1 Kos Pembiayaan Projek


Empayar Hang Pena 42
Seprti yang sudah termaklum, pihak syarikat ini memermulakn pembiayaan daripada MARA
bertujuan membeli stok mentah, peralatan dan kelengkapan kedai untuk membesarkan kapasiti
pelanggan dan juga produksi syarikat. Disini dilampirkan semula kos pemohonan pembiayaan .

Bil Perkara/Keterangan Harga/Unit Jumlah (RM)


STOK AWAL
Canvas 1 roll 30x50 RM 1,200
Sticker Mirrorkote 1roll RM 800
Sticker Putih 1roll RM 660
Sticker Clear 1roll RM 660
Senthehtic paper 1 roll RM 1000
Printed vynil 1 set RM 500
Transfer tape 1roll RM 600
PERALATAN
Computer RM 2,000 X 3 set RM 6 ,000
printer a3 RM 1,500 1 unit RM 1,500
Heavy duty cutter Rm 650 X 1 unit RM 650
KELENGKAPAN
Meja Banquet RM 79 X 5 unit RM 395
Meja Banquet RM 90 X 5 unit RM450
Meja office RM 170 X 3 unit RM 510
Kerusi Pejabat RM 179 X 5unit RM 895
Rak heavy duty RM 190 X 3unit RM 570
JUMLAH BESAR RM 16,390.00

Berdasarkan lampiran diatas menunjukan bahawa jumlah keseluruhan pembiayaan projek ini
memerlukan RM 16,424.00. Dari lampiran harga telah menunjukan lebihan jumlah dari jumlah
pembiayaan dari MARA. Oleh itu, Pihak Empayar hang pena akan menggunakan modal sendiri
untuk menanpung kos lebihan pembiayaan projek atau modal ditangan yang menjadikan berjumlah
RM 7,924.

8.2 Penyata Aliran tunai


Empayar Hang Pena 43
Berdasarkan perancangan untuk melaksanakan Percetakan dan membesarkan kapasiti
perniagaan dan memohon pembiayaan ini, perniagaan telah menganggarkan Aliran Tunai untuk 3
tahun berturut-turut.

Segala maklumat dan Aliran tunai syarikat terdapat di Bahagian 10: LAMPIRAN
BAHAGIAN 1 (AKAUN).

8.3 ANGGARAN PENYATA UNTUNG/ RUGI UNTUK 3 TAHUN

Secara kasarnya, syarikat ini secara anggaran memperolehi keuntungan mencecah hampir
RM28,000.00 (termasuk cukai) pada tahun pertama perniagaan dan makin bertambah untuk
tahun kedua dan ketiga. Keuntungan dijangka akan bertambah pada tahun seterusnya dan
adalah diharapkan sasaran syarikat untuk mewujudkan bahagian khusus untuk sewaan
peralataan lebih banyak pada 5 tahun mendatang akan tercapai setelah perolehan kewangan
semakin kukuh.

Segala maklumat dan perancangan kos projek terdapat di Bahagian 10: LAMPIRAN
BAHAGIAN 1 (AKAUN)..

8.4 ANGGARAN PENYATA KUNCI KIRA-KIRA UNTUK 3 TAHUN

Anggaran jumlah ekuiti pemilik yang dijangkakan adalah RM 68,759.40 pada tahun
pertama dan makin bertambah untuk tahun kedua dan ketiga perniagaan syarikat ini.
Jumlahnya dijangka akan bertambah pada tahun-tahun berikutnya sejajar dengan
perkembangan syarikat ini.

Segala maklumat dan perancangan kos projek terdapat di Bahagian 10: LAMPIRAN
BAHAGIAN 1 (AKAUN)..

Empayar Hang Pena 44


Bahagian 9

PENUTUP

EMPAYAR HANG PENA merupakan sebuah syarikat yang berpengalaman bergiat


dalam bidang perkhidmatan dan membekal, justeru itu syarikat ini akan berusaha

Empayar Hang Pena 45


dengan gigih bagi menjayakan setiap proses yang diamanahkan bagi menjamin
kredibiliti dan akuntabiliti syarikat.

Berdasarkan perkara di atas, pihak kami amat mengharapkan kerjasama yang


sewajarnya dari pelbagai pihak yang telibat bersama-sama dengan perniagaan ini untuk
bergading bahu bagi merealisasikan setiap perancangan yang telah ditetapkan demi
kepentingan semua. Memandangkan usaha murni tersebut dapat membantu melahirkan
idea proaktif yang sama-sama menjurus ke arah melaksanakan program-program yang
sehaluan dengan hasrat dan wawasan kerajaan.

Sehubungan itu, Empayar hang pena mengucapkan ribuan terima kasih atas kerja
sama yang diberikan untuk menyiapkan rancangan perniagaan ini sejurus tamat kursus
latihan pembentukan usahawan LPU pada tahun 2018. Selain Itu, Pihak Empayar hang
pena memohon waktu bernafas untuk memulakan perniagaan. Pada sistem berkala
selama 3 bulan yang telah dirancang oleh syarikat kami.

Ini menjelaskan lagi tujuan dan niat syarikat untuk terus maju jaya dalam bidang
yang ceburi dan bangun bersama MARA. Sekian ini ribuan terima kasih kepada
pengarah dan pegawai yang tidak jemu membalas persoalan demi persoalan untuk
menerangi dari apa yang kabur. Kini fakta telah terungkai, kata-kata telah disemai.

Sekian, terima kasih.

Empayar Hang Pena 46


Bahagian 10

LAMPIRAN
BAHAGIAN 1

AKAUN
Penyata aliran tunai pada tahun pertama
Penyata untung rugi pada tahun pertama
Penyata kiunci kira-kira pada tahun pertama

HARGA SUSUT
ASET TETAP ASET BELIAN NILAI NILAI SEMASA

PREMIS 2594 518.8 2075.2


MESIN 68850 13770 55080
PERALATAN 8150 1630 6520
KENDERAAN 0 0 0
jumlah 79594 15918.8 63675.2

ASET SEMASA TUNAI -42262


DEPOSIT 0
STOK AKHIR 15600
JUMLAH -26662

jum aset tetap jumlah aset semasa


JUMLAH ASET 63675.2 + -26662 37013.2

Dibiayai oleh: MODAL 5000


UNTUNG RUGI BERSIH 21213.2
LOAN 13500
BAYARAN BALIK 2700
37013.2 37013.2

Penyata aliran tunai pada tahun Kedua


Penyata untung rugi pada tahun kedua
Penyata kunci kira-kira pada tahun kedua

HARGA SUSUT
ASET TETAP ASET BELIAN NILAI NILAI SEMASA

PREMIS 2594 648.5 1945.5


MESIN 68850 17212.5 51637.5
PERALATAN 8150 2037.5 6112.5
KENDERAAN 0 0 0
jumlah 79594 19898.5 59695.5

ASET SEMASA TUNAI 62102


DEPOSIT 0
STOK AKHIR 31200
JUMLAH 93302

jum aset tetap jumlah aset semasa


JUMLAH ASET 59695.5 + 93302 152997.5

Dibiayai oleh: MODAL 5000


UNTUNG RUGI BERSIH 133597.5
LOAN 18000
BAYARAN BALIK 3600
152997.5 152997.5
Penyata aliran pada tahun ketiga

Penyata untung rugi pada tahun ketiga


Penyata kunci kira-kira pada tahun kedua
HARGA
ASET TETAP ASET BELIAN SUSUT NILAI NILAI SEMASA

PREMIS 2594 864.6666667 1729.333333


MESIN 68850 22950 45900
PERALATAN 8150 2716.666667 5433.333333
KENDERAAN 0 0 0
jumlah 79594 26531.33333 53062.66667

ASET SEMASA TUNAI 364502


DEPOSIT 0
STOK AKHIR 78000
JUMLAH 442502

jum aset tetap jumlah aset semasa


JUMLAH ASET 53062.66667 + 442502 495564.6667

Dibiayai oleh: MODAL 5000


UNTUNG RUGI BERSIH 476164.6667
LOAN 18000
BAYARAN BALIK 3600
495564.6667 495564.6667
BAHAGIAN 2

SEBUT HARGA

STOK AWAL
Canvas, Taoupolin @ Baner, Sticker label, Senthethic paper, printed vynil, transfer tape, ink refill

PERALATAN
KELENGKAPAN
BAHAGIAN 4

PREMIS DAN PERALATAN


Hadapan kedai Ruang kerja silkscreen
Meja silkscreen
Mesin heatpress
Exposer lamp Meja silkscreen

BAHAGIAN 5

PROJEK KEDAI
Projek Khat @ kaligrafi
Koleksi Produk lain

You might also like