You are on page 1of 5

Kertas Kerja Karnival Kokurikulum

SK Batu Ferringhi 2022

NAMA PROGRAM
Karnival Kokurikulum

ANJURAN
Unit Kokurikulum SK Batu Ferringhi

TARIKH
13 Januari 2022 (Khamis)

MASA
8.30AM -11.30AM

TEMPAT
SK Batu Ferringhi
1.0 PENDAHULUAN
Hari Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memantapkan lagi minda murid dengan
ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas. Selain
itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid supaya aktif, bukan sahaja dalam bidang
kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan. Beberapa aktiviti yang
dianjurkan seperti Perlawanan Hoki, Bengkel Ikatan dan Pertandingan Menyanyi bagi murid tahun 4, 5 dan
6. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada murid yang
terlibat tetapi juga menguji dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja
berkumpulan. Para murid akan dibantu oleh guru-guru penasihat yang berpengalaman daripada Persatuan
Kelab, Sukan & Permainan dan Badan Beruniform masing-masing.

2.0 MATLAMAT
 Menanamkan sifat berkerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam kalangan murid dan guru-
guru.
 Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan dalam kalangan murid.
 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan muridmurid dalam usaha
melahirkan Budaya Sekolah yang unggul.
3.0 OBJEKTIF
Objektif Mini Karnival Kokurikulum adalah bagi menggalakkan murid aktif dan berminat dalam aktiviti-
aktiviti kokurikulum yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu. Antaranya ialah;
3.1 Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan sama ada persatuan, kelab atau unit
beruniform.
3.2 Melahirkan murid yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang
berkaliber.
3.3 Menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupukkan sikap disiplin
yang tinggi.
3.4 Menjadikan murid-murid sebagai individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam sebarang
tugas yang diberikan.

4.0 SASARAN
Murid Tahun 4,5 dan 6 SK Batu Ferringhi

5.0 CADANGAN AKTIVITI


1) Sukan/Permainan - Perlawan Hoki
2) Badan Beruniform- Bengkel Ikatan
2) Kelab/Persatuan- Pertandingan Menyanyi

6.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA KARNIVAL KOKURILULUM


7.0 ATURCARA PROGRAM
TENTATIF PROGRAM
KARNIVAL KOKURIKULUM
SK BATU FERRINGHI
8.30 - 8.40 : Murid Berkumpul
7.40 - 8.40 : Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan
8.40 - 9.00 : Murid diberi talkimat ringkas tentang Karnival Kokurikulum
9.00 - 9.30 : Aktiviti Pertama
9.30 - 10.00 : Aktiviti Kedua
10.00 -10.30 : Rehat
10.30 - 11.00 : Aktiviti Ketiga
11.00 - 11.30 : Majlis Penutup

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Aktiviti / Program Anggaran Perbelanjaan


1 Perlawanan Hoki (Sukan & Permainan)
2 Bengkel Ikatan ( Kelab & Persatuan)
3 Pertandingan Menyanyi (Unit Beruniform)

Jumlah Keseluruhan= RM

9.0 SUMBER KEWANGAN


Peruntukan Sekolah Yuran Kokuriulum murid sebanyak RM 506.00 telah digunakan untuk hadiah murid-murid

10.0 STRATEGI PELAKSANAAN


10.1 Mengemukakan proposal Program.
10.2 Melantik Ahli Jawatankuasa.
10.3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja.
10.4 Melaksanakan Program.
10.5 Pemantauan.
10.6 Penilaian.

11.0 PENUTUP
Mini Karnival Kokurikulum yang akan dijalankan ini akan memberi dorongan kepada murid supaya lebih
aktif dalam menyumbangkan sesuatu yang bermakna bagi menaikkan nama SK Batu Ferringhi. Semoga
perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


…………………………………………… …………………………………………..

You might also like