You are on page 1of 4

1 MATLAMAT

Untuk melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin


dan berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah.

2 OBJEKTIF
2.1 Melahirkan murid-murid yang mempunyai pengetahuan dalam
kepanduan.
2.2 Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program
kepanduan.
2.3 Menampilkan murid-murid yang mempunyai nilai murni, sihat
dan berguna sebagai penduduk global.

3 KEAHLIAN
3.1 Dibuka kepada semua murid di sekolah ini.
3.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan pengisian borang
permohonan yang disediakan oleh pihak sekolah.

4 GURU PENASIHAT
4.1 Terdiri daripada guru-guru sekolah ini.
4.2 Mempunyai kuasa mutlak dalam merancang, melaksana atau
membatalkan sesuatu aktiviti yang difikirkan perlu dan sesuai untuk
murid-murid.

5 AHLI JAWATANKUASA
5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
5.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir bersebab layak
dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.
5.3 Pemilihan ahli jawatankuasa adalah melalui undian.
5.4 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
5.5 Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada guru penasihat.
5.6 Guru penasihat boleh menambah ahl jawatankuasa jika
difikirkan perlu.
5.7 Ahli jawatankuasa wajib terdiri daripada PENGERUSI, NAIB
PENGERUSI, SETIAUSAHA, PENOLONG SETIAUSAHA,
BENDAHARI dan AJK ALIRAN.

6 DERMA DAN YURAN KEAHLIAN


6.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui
kutipan derma yang ditetapkan dan diminitkan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
6.2 Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
besar boleh memohon derma khas bagi membiayai projek tersebut.
6.3 Yuran keahlian tahunan hanya boleh dikutip selepas menerima
surat rasmi dari persatuan badan beruniform melalui sekolah.

7 KEHADIRAN/PENYERTAAN
7.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti
yang dirancang dan dijalankan sepanjang tahun.
7.2 Jika ahli tidak menghadiri tiga perjumpaan secara berterusan,
surat akan dikeluarkan oleh pihak sekolah untuk dijawab oleh ibubapa
atau penjaga.
7.3 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin
dan kehilangan hak-hak keahlian persatuan/kelab.

8 AKTIVITI
8.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
8.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.

9 PERATURAN-PERATURAN
9.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
9.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua
ahli.
9.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan
tatatertib.

10 TINDAKAN DISIPLIN
10.1 Diambil terhadap ahli-ahli yang melanggar perlembagaan
persatuan/kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut :
10.2.1 Amaran lisan
10.2.2 Amaran bertulis
10.2.3 Gantung keahlian
10.2.4 Pecat keahlian
10.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak
keahlian.
10.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada guru penasihat secara bertulis dan keputusan
guru penasihat adalah muktamad.

11 PINDAAN PERLEMBAGAAN
11.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia
dipinda.
11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
11.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli
jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.
11.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan
disahkan oleh guru besar.

12 HAL-HAL LAIN
12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap
aktiviti yang dijalankan.
12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan
penuh minat.
Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan / Kelab Sekolah

….…………………………………….. Tarikh : …………………………


Guru Besar

Cop

You might also like