You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN NANDING

43100 HULU LANGAT, SELANGOR

PROJEK PRIHATIN SENADI


2020

ANJURAN BERSAMA :

SK DUSUN NANDING
&
YAYASAN UEM
KERTAS CADANGAN PROJEK PRIHATIN SENADI 2021
1.0 TUJUAN

Program ini merupakan satu program yang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan
murid-murid SK Dusun Nanding dan mengurangkan bilangan Murid Tidak Menguasai (MTM)
dalam mata pelajaran teras. Di samping itu, meningkatkan sahsiah dan ketrampilan diri
murid ke arah yang lebih jitu serta berdaya saing.

2.0 PENDAHULUAN

Program dijalankan bagi memberi pengetahuan dan pendedahan kepada ibu bapa dan
murid tentang pentingnya guru dan ibu bapa sama-sama berganding bahu untuk ke arah
kecemerlangan murid. Secara langsung program ini mewujudkan kesedaran bahawa guru
merupakan pendidik anak-anak di sekolah manakala ibu bapa pula merupakan satu
kesinambungan pembelajaran di rumah. Ibu bapa/penjaga turut memainkan peranan
penting dalam menentukan hala tuju kecemerlangan anak-anak kerana ibu bapa/penjaga
merupakan pembimbing rapat anak-anak. Ibu bapa/penjaga hendaklah memantau
perkembangan prestasi akademik mereka sentiasa meningkat dari semasa ke semasa bagi
mencapai matlamat diri.

3.0 RASIONAL

Bagi merealisasikan program prihatin, gabungan kerjasama guru-guru serta pendedahan


kepada ibu bapa tentang kesedaran untuk memantau perkembangan anak-anak di rumah
sangat penting untuk mendapat kejayaan. Oleh yang demikian, ia dapat meransang
pemikiran murid-murid supaya meningkatkan diri untuk mencapai apa yang diimpikan serta
cemerlang dalam pelbagai bidang.

4.0 MATLAMAT

4.1 Mengurangkan bilangan murid tidak menguasai dalam mana-mana mata pelajaran
4.2 Meningkatkan peratus kelulusan dalam peperiksaan UPSR
4.3 Membuka minda ibu bapa/penjaga tentang pembelajaran di rumah merupakan satu
kesinambungan pembelajaran di sekolah.
4.4 Menyuntik semangat ibu bapa/penjaga untuk lebih bersemangat dalam memberi
penekanan kepada anak-anak tentang pentingnya pembelajaran masa kini.
4.5 Mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa/penjaga dan guru.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Program ini diadakan bagi mencapai objektif-objektif seperti di bawah;-

5.1.1 Murid

 Memupuk keyakinan diri murid yang lebih berdaya saing hasil pemantauan
ibu bapa/penjaga.
 Membantu murid supaya sentiasa meningkatkan potensi diri dalam apa jua
bidang yang diceburi di samping ibu bapa sering memberi galakkan dan
semangat kepada anak-anak.
 Membina komunikasi yang berkesan antara ibu bapa/penjaga dan anak-
anak melalui interaksi dan masa yang diluangkan untuk anak-anak.
 Menyuntik inspirasi murid-murid supaya lebih maju dan berakhlak mulia
melalui perhatian serta sikap prihatin ibu bapa/penjaga.
 Ibu bapa/penjaga boleh menjadi fasilitator kepada murid semasa di rumah.

6.0 PENGISIAN PROJEK PRIHATIN SENADI 2020

1. TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR


Program ini dijalankan bagi mendedahkan murid mengenai teknik menjawab soalan
UPSR sebagai bimbingan dan panduan kepada mereka bagi menjawab soalan
dengan cara yang betul dan menepati jawapan yang dikehendaki. Program
dijalankan secara dalaman dan turut menjemput penceramah luar yang cukup
berpengalaman bagi membimbing murid-murid Tahun 5 & 6 serta memantapkan lagi
keyakinan dan kebolehan mereka. Ibu bapa/penjaga turut dijemput hadir supaya
dapat memberi bimbingan kepada anak di rumah.

2. PROGRAM SAHSIAH UNGGUL PERIBADI TERPUJI BERTERUSAN (SuPerb)


TAHUN 1 - 6
Program motivasi akan dijalankan sebanyak 3 kali bermula bulan Februari, April dan
Ogos. Para penceramah yang berpengalaman akan dijemput untuk memberi
motivasi secara berterusan kepada murid. Ini bertujuan untuk mempersiapkan diri
murid di dalam semua aspek (JERIS - Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek/mental dan
Sahsiah). Ini dapat memberi kesedaran serta meningkatkan keyakinan dan
semangat untuk menjadi murid yang berjaya dan cemerlang.

3. PROGRAM KASIH (MTM Tegar)


Program Kasih ini difokuskan kepada murid yang tidak menguasai asas membaca
dan menulis. Objektifnya adalah untuk memberi pemulihan dan bimbingan khas
kepada mereka di dalam atau di luar waktu persekolahan. Tenaga pengajar
merupakan mantan guru besar serta salah seorang penulis buku murid pemulihan.
Setiap pertemuan melibatkan 2 jam pembelajaran secara bersemuka 2 kali
seminggu bermula bulan Februari sehingga Jun 2020.

4. PROGRAM LATIH TUBI INTENSIF (MTM)


Program Latih Tubi Intensif akan dijalankan bermula pada bulan Julai. Ia adalah
bertujuan melatih murid menjawab soalan mengikut ketetapan masa dan format
sebenar UPSR. Soalan akan diperolehi daripada buku-buku terpilih serta untuk
Tahun 6 disertakan dengan Soalan Percubaan UPSR dari negeri-negeri lain.

5. KELAS TAMBAHAN
Kelas Tambahan akan dijalankan pada hari Rabu jam 2.00 hingga 5.00 petang.
Kelas Pagi turut diadakan pada hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.30
tengah hari. Kehadiran murid adalah dimestikan dan diharap ibu bapa dapat
memastikan kehadiran murid mengikut jadual yang ditetapkan.

6. PECUTAN DINAMIK (Tahun 6)


Program berfokus dengan bertujuan untuk memberikan impak maksima terhadap
calon-calon murid yang disasarkan untuk memperolehi A serta murid lulus dalam
semua mata muridan dengan diberikan pendedahan teknik menjawab contoh soalan-
soalan ramalan selama lima hari bermula jam 8.00 pagi – 5.00 petang yang akan
dijalankan seminggu sebelum peperiksaan percubaan 1 dan 2.

6.0 CARTA GANTT


7. JAWATANKUASA PROJEK PRIHATIN 2020

PENGERUSI
GURU BESAR
Pn. Zubidah binti Anuar

TIMBALAN PENGERUSI
GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
Pn. Masiah Faridah binti Rakmad

NAIB PENGERUSI I
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Pn. Norliza binti Sulaiman

NAIB PENGERUSI II
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
En. Mohd Azinin bin Ramli

PENYELARAS
Pn. Jamilah binti Salwi

SETIAUSAHA PROJEK PRIHATIN


En. Mohd Shaiful Bahari bin Sa’adun

BENDAHARI
En. Zulkefli bin Sabudi@Sabudin
DOKUMENTASI
Ketua Panitia Mata Pelajaran
Penyelaras Aliran
Guru Pemulihan

AHLI JAWATANKUASA / PERSONALIA AKTIVITI

7.0 ANGGARAN KEWANGAN PROJEK PRIHATIN SENADI 2021


8.0
Disediakan oleh, Disemak oleh ,

Mohd Shaiful Bahari bin Sa’adun Masiah Faridah binti Rakmad


Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan Pentadbiran
Setiausaha Program Prihatin 2020 SK Dusun Nanding
SK Dusun Nanding

Disahkan oleh,

Zubidah binti Anuar


Guru Besar
SK Dusun Nanding
SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN NANDING
JALAN HULU LANGAT, 43100 HULU LANGAT
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03

Kepada

Ibu bapa / Penjaga Murid Tahun 6


SK Dusun Nanding,
43200 Cheras,
Selangor. 4FEBRUARI
2013

Tuan,

Program Prihatin 2021


Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa SK Dusun Nanding akan mengadakan
Program Prihatin untuk murid Tahun 6 SK Dusun Nanding sesi 2013.

2. Objektif program ini diadakan adalah untuk:


 Memupuk keyakinan diri murid yang supaya lebih berdaya saing dalam
menghadapi UPSR.
 Membantu murid supaya sentiasa meningkatkan potensi diri dalam apa jua
bidang yang diceburi.
 Menyuntik inspirasi para murid supaya lebih maju diri dan berakhlak mulia
serta cemerlang dalam UPSR.
 Meningkatkan daya motivasi diri untuk menjadi murid cemerlang;
  Menanamkan sikap mementingkan kaedah pembelajaran yang berkesan.
  Memberikan murid persediaan fizikal dan mental ke arah kecemerlangan
potensi.
  Mendapatkan keberkatan ilmu sebelum menghadapi UPSR.
  Memberi pendedahan kepada murid-murid teknik-teknik menjawab soalan
UPSR.

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kutipan bayaran sebanyak RM90.00
untuk program ini yang mana telah dipersetujui dalam perbincangan Program Prihatin yang
pertama iaitu Majlis Diskusi Ibu Bapa Bersama Para Pendidik pada 12 Jan 2013 yang lepas
dan juga telah diluluskan semasa Mesyuarat Agung PIBG 2012 pada 3 Feb 2013. Besarlah
harapan kami, kiranya pihak tuan dapat membuat bayaran sekaligus ataupun secara
ansuran iaitu sebanyak 3 kali sehingga bulan Ogos. Bayaran boleh diberi kepada guru
kelas.

5. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan guru kelas anak-anak tuan. Segala
kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih .

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”


Yang menjalankan tugas,

……………………………….

You might also like