You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KUIZ KELAB DOKTOR MUDA

ATAS TALIAN

PERINGKAT SK BANDAR RENGAM

TARIKH : 20 OKTOBER 2021

HARI : RABU

MASA : 12.00 TGH HINGGA 5.00 PTG

TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM SK BANDAR RENGAM
UNIT KELAB DOKTOR MUDA SK BANDAR RENGAM
PERTANDINGAN KUIZ KDM ATAS TALIAN

1.0 Pendahuluan

Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan kepada banyak
sektor terutamanya sektor pendidikan di Malaysia. Wabak ini telah memberi kesan
terhadap aktiviti kokurikulum di sekolah. Walaupun sekolah ditutup, aktiviti kokurikulum
masih boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara dan kaedah. Hal ini dapat memastikan
murid-murid terlibat sentiasa aktif dalam bidang kokurikulum khususnya dalam aktiviti
Kelab Doktor Muda (KDM)

Pertandingan Kuiz KDM Atas Talian merupakan satu aktiviti yang diadakan
sebagai satu kesinambungan daripada aktiviti kokurikulum mingguan sekolah. Ia
bertujuan untuk menggalakkan murid-murid aktif dalam bidang kokurikulum di samping
memberi ruang kepada murid-murid menimba pengalaman di rumah walaupun tidak
secara bersemuka. Melalui pertandingan ini, ahli-ahli dapat meningkatkan pengetahuan
dan minat terhadap KDM.

Diharap aktiviti ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan ahli KDM
tentang kepentingan aktif dalam bidang kokurikulum. Aktiviti ini melibatkan kerjasama
daripada murid-murid, ibu bapa dan guru-guru pemimpin KDM di sekolah. Justeru,
pengurusan yang baik diperlukan bagi memastikan program ini berjalan lancar dan
berjaya mencapai matlamatnya.

2.0 Objektif

Objektif Pertandingan Kuiz KDM Atas Talian ialah :

1. Memberi peluang kepada ahli-ahli KDM untuk lebih aktif dalam bidang kokurikulum
walaupun semasa di rumah.
2. Memberi pendedahan kepada ahli-ahli KDM tentang pengetahuan asas dalam KDM.
3. Mengukur kefahaman ahli-ahli berkaitan dengan pengetahuan asas dalam KDM.

3.0 Anjuran

Unit Kokurikulum, SK Bandar Rengam


Unit Kelab Doktor Muda, SK Bandar Rengam
4.0 Strategi Pelaksanaan

4.1 Pelaksanaan Program

- Guru pemimpin memaklumkan kepada ahli-ahli tentang penganjuran Pertandingan


Kuiz KDM Atas Talian melalui aplikasi Telegram.

- Ahli KDM akan menjawab soalan kuiz secara online (aplikasi wordwall) yang akan
dikongsi oleh guru pemimipin di Telegram pada hari dan waktu pertandingan.
- Ahli KDM menjawab sepuluh soalan asas berkaitan KDM dengan melengkapkan
jawapan pada ruang yang disediakan.

4.2 Pemilihan Pemenang

- Pemenang dapat diadili melalui sistem secara automatik .


- Seramai tujuh orang pemenang dipilih bagi memenangi pertandingan ini.
- Keputusan pengadil adalah muktamad.

5.0 Sasaran
Ahli KDM SK Bandar Rengam (9 orang)

6.0 Sumber tenaga


Semua guru pemimpin KDM

7.0 Struktur Jawatankuasa Pertandingan Kuiz KDM Atas Talian

Penaung : Tn. Hj. Yusoff bin Hassan (Guru Besar)


Penasihat : Pn. Hjh. Norliza binti Sanan (GPK1)
: En. Mohamad Lokman bin Dollah (GPK HEM)
Pengerusi : Pn. Roslinda binti Md Noh (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Juliza binti Rosli
Setiausaha : En. Muhammad Syafiq bin Ahmad Kasman

8.0 Anggaran Perbelanjaan


Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah

1 Hadiah tempat pertama 1 RM 6.00 RM 6.00

2 Hadiah tempat kedua 1 RM 5.00 RM 5.00

3 Hadiah tempat ketiga 1 RM 4.00 RM 4.00

4 Hadiah saguhati 4 RM 3.00 RM 12.00

RM 27.00
JUMLAH KESELURUHAN

9.0 Strategi Pelaksanaan

a. Merancang dan menyediakan kertas kerja


b. Pelantikan AJK
c. Mesyuarat dan taklimat program
d. Pelaksanaan Program
e. Penilaian dan pelaporan

10.0 Penutup dan Rumusan

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan padu semua jawatankuasa yang terlibat
dapat mencapai objektif yang disasarkan. Aktiviti ini dapat memberi kesedaran kepada
ahli-ahli KDM tentang kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum walau di mana jua
berada dengan pelbagai kaedah.

Disediakan oleh: Diluluskan oleh:

………………………………. …………………………………..
(JULIZA BINTI ROSLI) (PN. ROSLINDA BINTI MD NOH)
Guru Pemimpin GPK Kokurikulum
Kelab Doktor Muda SK Bandar Rengam
SK Bandar Rengam

You might also like