You are on page 1of 2

BAB 3 KEPENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

1. Serangan tentera Jepun di Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941,


manakala serangan terhadap Sarawak dan Sabah bermula pada 16 Dis 1941.

(a) Mengapakah Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjadi sasaran tentera Jepun?
(6m)
(b) Bagaimanakah tentera Jepun menjalankan dasar pentadbiran, ekonomi dan sosial
di ketiga-tiga wilayah tersebut? (8m)
(c) Pada pandangan anda, mengapakah Jepun menggunakan pelbagai propaganda
untuk menguasai negara kita?(6m)

2. Dasar pemerintahan tentera Jepun diterima daripada Panglima Agung Japanese


Southern Army untuk dilaksanakan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Dasar
pendudukan Jepun di negara kita dapat difahami melalui dasar pentadbiran,
ekonomi dan sosial.

a)Apakah faktor-faktor kedatangan Jepun di negara kita? [4 markah]


b)Penyataan di atas merujuk kepada antara dasar-dasar yang dijalankan oleh
pemerintahan Jepun di negara kita.Jelaskan.[8 markah]
c)Pendudukan Jepun meninggalkan banyak kesan terhadap masyarakat dan Tanah
Melayu. Jelaskan dengan menggunakan pengetahuan sejarah dan pengetahuan am
anda. [8 markah]

3. Peta berikut menunjukkan kemaraan tentera Jepun menguasai Tanah Melayu dan
Singapura.

a. Mengapakah negara kita menjadi sasaran Jepun setelah dikenakan sekatan ekonomi
oleh pihak bersekutu? (2m)
b. Serangan Jepun di Tanah Melayu bermula serentak di Kota Bharu dan
Thailand.Terangkan serangan Jepun sehingga penawanan Singapura. (4m)
c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah pengajaran yang diperoleh rakyat
Malaysia daripada peristiwa kedatangan Jepun di negara kita? (4m)
BAB 3 KEPENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

You might also like