You are on page 1of 2

 

‘Izzat Najmi Bin Ibrahim.


Penyelaras PPDa
Sekolah Kebangsaan Jelai 3 (F)
73480, Gemas, Negeri Sembilan
___________________________________________________________________________

Pusat Khidmat AADK Daerah Tampin 


Bangunan Mahkamah Lama
Pulau Sebang, 7300, Negeri Sembilan

6 Ogos 2018
 
Tuan/Puan

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM ANTI DADAH DAN PAMERAN

Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Unit PPDa, Sekolah Kebangsaan Jelai 3 (F) akan


menganjurkan Program Anti Dadah Dan Pameran Peringkat Sekolah pada 16 Ogos
2018 di Dewan SK Jelai 3 (F)

Sehubungan dengan itu, pihak Sekolah Kebangsaan Jelai 3 (F) amat berbesar hati


menjemput tuan/puan untuk menjadi penceramah dan juga membuat pameran berkaitan
dadah dalam program tersebut seperti berikut:

Tarikh : 16 Ogos 2018
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan SK Jelai 3 (F)
Sebarang pertanyaan berkenaan hal ini sila hubungi pihak ‘Izzat Najmi Bin Ibrahim di talian
016-2091002. Kerjasama dan kesudian tuan/puan menerima jemputan ini amatlah dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"Dadah Pemusnah, Musnahkan Dadah"


 
Yang benar

……………………..
‘Izzat Najmi Bin Ibrahim
Penyelaras PPda
Sekolah Kebangsaan Jelai 3 (F)
73480, Gemas, Negeri Sembilan

You might also like