You are on page 1of 1

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) LADANG PAMOL

P.S 509, LADANG PAMOL,


86009 KLUANG, Kod Sekolah : JBD2046
JOHOR. No. Tel. : 07-7877122
E-mel : jbd2046@moe.edu.my

“SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG”


Ruj. Kami : JBD2046/600-10/2/6( ) Tarikh : 14
Januari 2018

Tuan Pengurus,
Ladang Pamol Timur,
86009 Kluang,
Johor.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN DEWAN DAN


GELANGGANG FUTSAL UNTUK KEGIATAN KOKURIKULUM

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.


2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menjalankan kegiatan kokurikulum dan
sukan sepanjang Tahun 2019 ini. Seperti yang pihak tuan sedia maklum, pihak sekolah
mempunyai kemudahan sukan yang amat terhad khususnya kemudahan tempat. Pihak sekolah
hanya mempunyai kemudahan padang sekolah yang bersaiz dan berkeadaan sederhana.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat
memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak
ladang iaitu dewan, padang dan gelanggang futsal. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh
pihak ladang dapat membantu pihak sekolah khususnya guru-guru untuk mencungkil lebih
banyak bakat murid selain melatih murid untuk pertandingan-pertandingan kokurikulum.

4. Bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak, kami berharap agar pihak tuan dapat
memberikan kunci pendua bagi kemudahan dewan dan gelanggang futsal untuk simpanan pihak
sekolah. Situasi ini akan lebih memudahkan pihak sekolah sekiranya perlu menggunakan
kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak ladang.

5. Akhir kata, kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih. Pihak kami akan bertanggungjawab untuk menjaga segala kebersihan dan
keharmonian dewan, padang dan gelanggang futsal serta kemudahan lain.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………

You might also like