You are on page 1of 5

KERTAS KERJA SAMBUTAN AIDIL FITRI DAN JAMUAN HARI RAYA

KRT KG.TRADISI SERKAM DARAT 2019/1440H

1. PENDAHULUAN
Sambutan Aidil Fitri di bulan Syawal merupakan hari bagi kita umat Islam meraikan
kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan Al Mubarak. Kita
digalakkan meraikan kehadiran Syawal ini dengan bersederhana dan penuh
kemeriahan. Di samping itu juga, dengan kehadiran sambutan Aidilfitri kita dapat
bermaaf-maafan sesama warga setempat.

2. RASIONAL
Program ini amat bermakna kerana dapat mengeratkan silaturrahim di antara satu
sama lain. Justeru program ini dirancang dengan penuh kemeriahan. Selain jamuan
hari raya, kita juga akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti bersama merayakan
kemenangan setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Semoga Allah
mengurniakan segala kebaikan dan kejayaan kita dunia dan akhirat.

3. OBJEKTIF
Antara objektif sambutan dan jamuan Aidil Fitri KRT tahun ini adalah seperti
berikut:
a) Mengeratkan silaturrahim di kalangan warga setempat.
b) Menanam rasa kecintaan terhadap kebesaran Allah tentang keistimewaan bulan
Syawal
c) Membina akhlak dan sahsiah yang baik dikalangan murid
d) Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di kalangan murid
e) Memupuk minat terhadap aktiviti-aktiviti persembahan bertemakan Hari Raya
Aidil Fitri

4. TARIKH
21 Jun 2019 bersamaan 17 Syawal 1440 (Jumaat)

5. SASARAN DAN PENGLIBATAN


Semua warga Kg.Serkam Darat

6. TEMPAT
Balai Raya Serkam Darat

7. AKTIVITI
a) Jamuan Hari Raya
b) Persembahan Bunga Api
a. Pertandingan Motosikal Tercantik
c) Pertandingan Baju Tercantik (Kanak-kanak, Lelaki dan Perempuan)
8. TENTATIF PROGRAM
* Rujuk Lampiran B

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

Ketupat, Kari Ayam dan Minuman = RM 300.00


Ubi Rebus, Sambal Goreng dan Kelapa = RM 250.00
Satay dan Ketupat = RM 500.00
Sudu, garfu, pinggan dan cawan polisterin = RM 50.00
Banner = RM 65.00
Sumbangan Imam = RM 30.00
Bunga Api = RM 55.00

Jumlah = RM 1350.00
 Kuih muih raya (dibawa oleh penduduk setempat)
 Buah-buahan (sumbangan)

10. SUMBER KEWANGAN

a) Peruntukan KRT

b) Sumbangan individu

11. JAWATANKUASA PELAKSANA


*Rujuk lampiran A

12. PENUTUP

Setinggi impian sekalung harapan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan lagi keakrabandan ukhuwwah di
kalangan semua penduduk kg. Serkam Darat. Selain itu, sambutan dan Jamuan Hari
Raya ini juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kemenangan umat Islam dan
meningkatkan lagi kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab serta
menambah pengalaman dan mendidik jiwa mereka menjadi insan kamil yang
cemerlang dan berperibadi mulia.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………. …………………………….
(PN.SUHAILA BINTI ISHAK) (EN.FAROK FAHMI BIN RAMLI)
Setiausaha KRT, Pengerusi KRT,
Kg.Tradisi Serkam Darat, Kg.Tradisi Serkam Darat,
Melaka. Melaka.
Lampiran A

JAWATANKUASA KERJA

PROGRAM SAMBUTAN AIDILFITRI DAN JAMUAN AIDILFITRI

PERINGKAT KRT 2019/1440H

AJK INDUK

Pengerusi : En. Farok Fahmi bin Ramli

Timbalan Pengerusi : En. Mohd.Rafee bin Hj.Maidon

Setiausaha : Pn. Suhaila binti Ishak

Bendahari : Pn. Norazura binti Zahari

BIL JAWATANKUASA AJK TUGAS


1. Buku Program/ Banner Setiausaha  Menyediakan buku program /
pamplet
 Mengedarkan pamplet kepada
tetamu

2. Pengacara Majlis Ustaz Mohd.Rafee  Mengacarakan majlis


 Mamastikan kelancaran majlis.

3. Dj (setting lagu) & Sukarelawan  Mencari lagu dan memutarkan


karaoke lagu.

4. Bacaan doa En.Omar bin Abu  Membacakan doa pembuka


majlis

5. Jurufoto  Merakam gambar/foto sepanjang


aktiviti berlansung.

6. Siaraya/PA sistem Sukarelawan  Memastikan sistem PA berjalan


dengan lancar.
7. Sambutan / protokol Pengerusi KRT  Menyambut ketibaan tetamu
Tim. Pengerusi KRT jemputan dan VIP.
8. Tempat/peralatan Semua AJK  menyusun atur kerusi dan meja
makan untuk tetamu dan VIP.
 menyediakan meja makan VIP

9. Backdrop/pentas/ Semua AJK  Menyediakan backdrop.


hiasan  Menghias pentas.

10. Pengelola Pertandingan Pn.  Merancang dan memastikan


pertandingan berjalan lancar.
 Membuat persiapan dan
mengendalikan pertandingan.
 Memastikan hakim untuk setiap
pertandingan yang dijalankan.

11. Menghidang makanan Semua AJK  Menghidang makanan untuk


& mengemas tetamu & VIP (buffet)
 Mengemas semua peralatan
selepas jamuan.

12. Air minuman tetamu  Menyediakan air gula


(panas & sejuk)  Memesan ais Membancuh air
untuk

13. Kebersihan Semua AJK  Memastikan tempat dibersihkan


(sebelum & selepas) sebelum dan selepas program.
 Menyediakan bekas/tempat
membuang sampah yang
mencukupi.
Lampiran B

TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN AIDIL FITRI DAN JAMUAN HARI RAYA

KRT KG.TRADISI SERKAM DARAT

21 Jun 2019 bersamaan 17 Syawal 1440H (Jumaat)

8.30 malam : Ketibaan tetamu jemputan

8.45 malam : Ketibaan VIP dan tetamu jemputan

8.50 malam : Ucapan Pengerusi Majlis

8.55 malam : Bacaan Doa

9.00 malam : Ucapan Pengerusi KRT Kg.Tradisi Serkam Darat

9.10 malam : Ucapan Perasmian oleh Penyelaras DUN Serkam

9.20 malam : Persembahan bunga api dan jamuan bermula

9.30 malam : Pertandingan Baju Raya Tercantik dan Pertandingan Motosikal


Tercantik

10.30 malam : Majlis Penyampaian Hadiah

11.00 malam : Majlis bersurai

*Sebarang pindaan boleh dibincang semasa mesyuarat.

You might also like