You are on page 1of 8

Isi Kandungan

Bil Tajuk Muka surat

2.0 Pengenalan 1

2.0 Ulasan Kritis

2.1 Kekuatan Jurnal 2 -3

2.2 Kelemahan Jurnal 3

2.3 Ulasan Kritis Baik tentang

Sumber dan Rujukan 4

2.4 Pembantuan Jurnal dalam

Proses Pdp 4-5

3.0 Kesimpulan 5-6

Rujukan
1.0 PENGENALAN

Tajuk jurnal yang telah menjadi pilihan saya ialah Cabaran yang Dihadapi oleh
Guru Pendidikan Jasmani dalam Penilaian Berasaskan Sekolah iaitu ‘Physical
Education Teachers Challenges In Implementing School Based Assessment’. Jurnal ini
telah ditulis oleh dua orang iaitu Encik Arsaythamby Veloo dan Encik Ruzlan Md-Ali.
Jurnal ini telah diterbitkan pada tahun 2016 iaitu lima tahun yang lalu. Jurnal ini adalah
tentang penilaian berasaskan sekolah dan cabaran yang dihadapi oleh setiap guru
pendidikan jasmani sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah. Pertama
sekali, penilaian berasaskan sekolah ini dimulakan di sesetengah sekolah rendah.
Seterusnya, ia diadakan juga di sekolah menengah untuk menukar sistem pengajaran
dalam kalangan guru-guru pendidikan jasmani. Pendidikan kesihatan dan jasmani
adalah subjek yang utama bagi penilaian berasaskan sekolah. Kajian dalam cabaran
yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan jasmani telah dilalukakan di Kedah. Dalam
kajian jurnal ini 15 sekolah menengah harian telah dipilih. Daripada 15 sekolah
menengah harian, 20 guru pendidikan jasmani telah dipilih untuk mengadakan temu bual
dalam cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam penilaian berasaskan sekolah bagi
subjek pendidikan kesihatan dan jasmani. Terdapat beberapa perkara yang telah dipilih
oleh guru-guru pendidikan jasmani iaitu kemahiran guru-guru pendidikan jasmani,
kemudahan yang terhad, peralatan dan keadaan kelas. Soalan temu bual ini
dikemukakan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Jasmani. Kertas
soalan temu bual ini mengandungi cabaran yang dihadapi oleh mereka dan langkah
mengatasinya. Keputusan kertas temu bual ini menunjukkan tiga cabaran yang utama
bagi guru-guru pendidikan jasmani ialah kemahiran dalam subjek pendidikan kesihatan
dan jasmani, kemudahan dan peralatan yang terhad dan keadaan kelas. Jurnal ini juga
menyatakan tentang panduan yang telah diberi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
melalui penilaian berasaskan sekolah. Penilaian saya terhadap jurnal ini adalah positif
kerana dapat mengesan halangan yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan jasmani dan
menangani masalah tersebut.

1
2.0 ULASAN KRITIS

2.1 Kekuatan Jurnal

Jurnal ini mempunyai kekuatan tersendiri iaitu terdapat enam muka surat dalam
jurnal ini. Jurnal ini telah ditulis berdasarkan 29 rujukan di mana menyumbang banyak
idea kepada penulis untuk menulis dengan terperinci. Penulis dapat menganalisis
cabaran utama yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan jasmani dalam penilaian
berasaskan sekolah. Bukan itu sahaja, penulis dapat menyatakan panduan yang telah
diberi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan kebaikan yang telah diperoleh daripada
penilaian berasaskan sekolah dengan lebih jelas. Kajian utama bagi jurnal ini adalah
mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan jasmani dalam
penilaian berasaskan sekolah dan pernyataan mereka tentang isu tersebut. Penulis juga
berjaya memberi contoh komen guru-guru semasa temu bual ini. Sehubungan dengan
itu, penulis dapat berjaya kemukakan masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru
pendidikan jasmani adalah kemahiran mereka dalam subjek pendidikan kesihatan dan
jasmani, kemudahan dan peralatan yang terhad dan keadaan kelas yang tidak
memuaskan.
Selain itu, kekuatan jurnal ini bergantung pada kaedah metodologi yang digunakan
oleh penulis dengan lebih mendalam. Sebelum melakukan kajian kualitatif ini, kebenaran
daripada Jabatan Pendidikan Negeri dapat diperoleh. 15 buah sekolah menengah harian
telah dipilh secara rawak daripada 22 buah sekolah menengah harian di Kedah. 22
orang guru-guru pendidikan jasmani telah dipilih secara sengaja daripada 62 orang guru-
guru bagi menduduki temu bual ini. Guru-guru pendidikan jasmani telah dipilih secara
sengaja berasaskan pengamalan 5 tahun dalam subjek pendidikan kesihatan dan
jasmani, mempunyai gred 8 dan gred 10 dalam pengajaran. Dalam temu bual
bersemuka, guru-guru telah ditanyakan soalan dan mengumpul data tentang kemahiran
subjek, kemudahan dan peralatan serta keadaan kelas. Soalan-soalan tersebut telah
diambil daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Temu bual ini juga telah mengadakan
dalam masa 45 minit hingga 1 jam. Masalah pengetahuan teras guru-guru, kemudahan
dan peralatan
2

yang terhad serta keadaan kelas pendidikan jasmani yang kurang memuaskan adalah
cabaran utama yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan jasmani dalam penilaian
berasaskan sekolah. Data kualitatif yang dikumpulkan sepenuhnya ditranskrip dan
dianalisis secara tematik.

2.2 Kelemahan Jurnal

Setiap jurnal mempunyai kelemahan. Begitu juga kepada jurnal yang diulaskan.
Kelemahan jurnal ini terdapat di kaedah metodologi dari segi pemilihan guru-guru
pendidikan jasmani. Terdapat 22 orang guru daripada 15 sekolah di Kedah telah dipilih
secara sengaja untuk dijalankan temu bual. Ini menunjukkan hanya guru-guru yang
diajar di negeri Kedah sahaja melibatkan diri dalam temu bual tersebut. Tetapi jurnal di
atas menyatakan cabaran yang dihadapi oleh semua guru-guru pendidikan jasmani.
Setiap negeri mempunyai masalah tersendiri dalam mengadakan penilaian berasaskan
sekolah. Oleh itu persamaan pemilihan guru tidak berlaku. Temu bual ini sepatutnya
dilakukan kepada wakil daripada setiap negeri bagi mengetahui cabaran utama yang
dihadapi oleh guru-guru Malaysia. Hal ini akan menyebabkan untuk mengidentifikasi
masalah yang terdapat kalangan guru pendidikan jasmani dengan tepat.
Di samping itu, kelemahan bagi jurnal adalah penulis tidak menggunakan bentuk
grafik yang menarik. Jurnal ini mengandungi banyak penulisan fakta dan hanya
mempunyai satu peta pokok sahaja. Oleh hal yang demikian, penulis tidak dapat
menarik perhatian ramai pembaca. Para pembaca akan tertarik jika mengandungi carta,
rajah dan jadual bagi menjelaskan fakta yang dinyatakan. Bentuk grafik yang sesuai
dapat memberi maklumat dengan mudah dan cepat kepada pembaca. Bukan itu sahaja,
jurnal ini tidak menunjukkan peratusan jawapan yang telah diberi oleh guru-guru
pendidikan jasmani. Dengan ini bukti bahawa menjalani temu bual ini agak kurang dan
pembaca tidak pasti akan maklumat yang telah diberi. Oleh itu, penulis perlu memberi
peratusan jawapan dan jadual bagi jawapan yang telah diberi oleh para guru pendidikan
jasmani dalam temu bual.
3

2.3 Ulasan Kritis yang Baik tentang Sumber dan Rujukan

Penulis telah merujuk sebanyak 29 rujukan untuk menulis jurnal ini. Penggunaan
beberapa sumber dan rujukan telah dimasukkan dalam jurnal ini bagi menentukan fakta
dan bukti dengan teliti. Terdapat beberapa ciri-ciri semasa pencarian sumber dan
rujukan iaitu kereleven, kebolehpercayaan, kebolehfahaman, kelengkapan dan menepati
masa. Lebih banyak sumber maklumat, lebih banyak ilmu yang diperoleh. Dalam
penulisan pengenalan bagi jurnal, penulis telah menggunakan tiga rujukan yang berbeza
untuk menyampaikan idea pelbagai sumber. Idea-idea yang disampaikan oleh rujukan
ini daripada sumber internet. Sebagai contoh penyokong bagi kekuatan yang saya telah
beri peratusan kanak-kanak bejalan ke sekolah
semakin berkurang di ‘United States’. Sumber rujukan sebegini menarik perhatian para
pembaca bagi membaca lebih mendalam. Kebolehpercayaan terhadap akan meningkat
dalam kalangan pembaca. Bukan itu sahaja, soalan yang dipetik daripada Lembaga
Peperiksaan Malaysia menunjukkan pemilihan sumber soalan yang baik dan tepat.
Dengan soalan yang telah diberi, penulis dapat mengenal pasti cabaran yang utama
bagi subjek pendidikan kesihatan dan jasmani dalam penilaian berasaskan sekolah.
Selain daripada itu, temu bual ini telah dijalankan setelah menerima kebenaran daripada
Jabatan Pendidikan Negeri. Penulis telah memilih sumber media elektronik sebagai
rujukan bagi jurnal. Penulis telah menjelaskan tentang pendidikan kesihatan, penilaian
berasaskan sekolah, metodologi, pencarian cabaran dan bukti komen, perbincangan
tentang isu, implikasi bagi kajian dan kesimpulan dengan terperinci merujuk kepada
sumber internet. Dalam perbincangan, penulis telah menyatakan kata-kata seorang
tokoh iaitu ‘Dixon and Haigh’ tentang pendidikan jasmani.

2.4 Pembantuan Jurnal dalam Proses Pdp

Jurnal ini boleh menjadi rujukan bagi guru-guru pendidikan jasmani dalam proses
Pdp. Pada pandangan saya, dengan merujuk kepada jurnal ini, guru-guru boleh
mengatasi cabaran yang dihadapinya melalui penilaian berasaskan sekolah. Dalam
jurnal ini, penulis menulis cabaran dan penambahbaikan bagi masalah tersebut. Sebagai
contoh, bagi masalah kemahiran teras kepada guru-guru pendidikan jasmani adalah
boleh

4
memanjangkan tempoh kursus untuk memahami lebih dalam tentang pendidikan
kesihatan dan jasmani ini. Seterusnya, bagi cabaran kemudahan dan peralatan yang
terhad, pihak kerajaan boleh menyediakan tempat yang luas dan menyediakan peralatan
yang secukupnya. Masalah keadaan kelas boleh mangangani melalui membesarkan
kelas tersebut. Bukan setakat itu, guru-guru pendidikan jasmani yang tiada
berpengalaman boleh mengambil artikel ini sebagai rujukan untuk mangelakkan
berlakunya masalah sebegini. Dengan cabaran yang dinyatakan dalam jurnal tersebut,
guru-guru pendidikan jasmani dapat melakukan langkah seterusnya untuk
menyelesaikan langkah tersebut bagi memenuhi penilaian berasaskan sekolah. Guru-
guru pendidikan jasmani juga boleh mengambil jurnal ini sebagai bahan ajaran kepada
murid-murid bagi menambahkan ilmu murid-murid tentang penilaian berasaskan jasmani
dengan lebih terperinci. Bukan itu sahaja, guru dapat mempelajari lebih dalam tentang
Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Jasmani, Kepentingan ujian SEGAK, cara
pengukuran BMI dengan bantuan jurnal ini. Penulis telah memberi pandangan terhadap
sistem pendidikan jasmani yang terperinci dalam jurnal ini. Selain daripada itu, penulis
menyenaraikan panduan penilaian berasaskan sekolah yang diberi oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia dalam jurnal ini bagi meningkatkan ilmu para pendidik untuk
menjalan Pdp dengan lancar. Dalam jurnal ini, terdapat kebaikan tentang penilaian
berasaskan sekolah ini bagi setiap individu yang belajar sama ada do sekolah
menengah dan sekolah rendah. Kebaikan utama bagi penilaian berasaskan sekolah ini
dalam jurnal adalah melahirkan individu atau murid-murid yang cergas dan cerdas.

3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, penulisan jurnal ini dapat membuktikan bahawa cabaran


yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan jasmani adalah kemahiran teras tentang
subjek, kemudahan dan peralatan yang terhad dan keadaan kelas. Kajian sebegini perlu
dijalankan di setiap negeri bagi mengidentifikasikan masalah dalam kalangan guru
pendidikan jasmani. Bukan itu sahaja, cara penyelesaian bagi cabaran di atas adalah
tanggungjawab setiap individu. Penilaian berasaskan sekolah dan pembelajaran tentang
pendidikan jasmani perlu dilakukan secara kreatif dan inovatif bagi menarik perhatian
murid-murid. Pihak berkuasa diberikan tanggungan dalam melahirkan guru-guru
pendidikan jasmani yang berkualiti. Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru ini dapat
diselesaikan bagi mewujudkan negara Malaysia yang maju dari segi sistem pendidikan.

Jurnal ini memberi manfaat kepada para pembaca untuk mengetahui tentang isu
pendidikan jasmani. Maklumat yang sahih daripada Kementerian Pendidikan Jasmani
telah dimasukkan dalam jurnal ini bagi para pembaca percaya atas jurnal yang
dihasilkannya. Oleh sebab itu, jurnal ini memainkan peranan dalam mengenal pasti
kekangan dalam kalangan guru-guru tentang isu pendidikan jasmani.
6

Rujukan

1. Cowie, B. (2005), Pupil commentary on assessment for learning.Curriculum Journal,


16(2), 137-151.

2. Dixon, H., Haigh, M. (2009), Changing mathematics teachers conceptions of


assessment and feedback. Teacher Development: An International Journal of
Teachers Professional Development, 13(2), 173-186.

3. Ham, S., Martin, S., Kohl, H.W.IIIrd. (2008), Changes in the percentages of students
who walk or bike to school-United States, 1969 and 2001.Journal of Pysical Activity
and Health, 5(2), 205-215.

4. Vingsle, C. (2014), Formative assessment: Teacher knowledge and skills to make it


happen. Licentiand Thesis. Educational Works No. 15.UMEA Universitet. Available
from: http://www.umu.diva-portal

You might also like