You are on page 1of 3

TEKS PENGACARAAN CERAMAH NUZUL AL-QURAN 2022

ATURCARA TEKS
Murid Murid-murid diminta duduk dengan tertib dan menjaga penjara social masing-
Berkumpul masing. Majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

Ucapan alu- Melayang serindit di atas permatang, 


aluan Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang, 
Awal BismilLah pembuka bicara.

Dari Raub pergi ke Pontian,


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

Yang Berusaha En Samso bin Haji Jehari, Guru Besar SK Sungai Pas. 

Yang dihormati, En. Rosman bin Baharum, Penolong Kanan Pentadbiran 

Yang dihormati Pn Fatimah binti Daud, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang dihormati,En Roziemy bin Mohd Zain Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelaras Program, Rakan-rakan Guru, Staf-staf sokongan, Serta semua


murid SK Sungai Pas yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum w.b.t.

**
Hari ini bertarikh 21 April 2022 kita akhirnya dapat berhimpun bagi tujuan
Ceramah Nuzul Al-quran peringkat SK Sungai Pas bagi tahun 2022M yang
bersamaan 1443H.

Majlis Ceramah Nuzul Al-quran ini merupakan salah satu inisiatif daripada
Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Pas dalam menanam minat membaca dan
mengamalkan isi Al-quran dalam diri seluruh warga SK Sungai Pas sekaligus
menghayati keagungan dan kebesaran Allah S.W.T dengan pembacaan ayat-
ayat suci al-quran.

Semoga usaha ini mendapat kebaikan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.
InsyaAllah.

Sarung ketupat berisi inti, 


Dibawa budak sambil berlari, 
Kehadiran semua sangat dihargai, 
Moga Majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat, 


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat, 
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
majlis menjemput Al-Fadhil USTAZ __________________ untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

Aamiin, ya robbal ‘aalamin...


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada __________________ atas
bacaan doa itu tadi.

Bacaan Surah Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,


Yaasin
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan surah Yaasin yang akan
dipimpin oleh alfadhil ustaz ______________________________.

Shodakollahul ‘azim...

Indahnya ayat al-Quran yang telah diperdengarkan tadi. Setinggi penghargaan


kepada ___________________ atas pimpinan bacaan surah yaasin sebentar
tadi.

Ucapan Guru Majlis kita diteruskan pula dengan ucapan dan amanat daripada En Samso bin
Besar Haji Jehari, Guru Besar SK Sungai Pas. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*Ucapan GB

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tuan guru besar atas ucapan
sebentar tadi. Di harapkan segala yang disampaikan dapat kita ambil
pengajarannya.

Ceramah Nuzul Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Al Quran Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Berkat rimbunnya si pokok jati,


Tempat burung selalu bertemu,
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu

Masa yang ditunggu sudah tiba. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
sekalian, pagi ini akan diteruskan dengan ceramah nuzul al-quran yang akan
disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz __________________.

Majlis dengan ta’zimnya mempersilakan.

*Ceramah.

Terima kasih diucapkan kepada __________________ atas ceramah yang


telah disampaikan sebentar tadi. InsyAllah segala ilmu yang telah disampaikan
dapat sama-sama kita amal dan sampaikan kepada orang lain.

Bintang-bintang terbit pagi,


Di selaput oleh awan putih,
Tuan sudi datang kemari,
Salam dihulur penuh kasih.

Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,


Sumbangan Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sumbangan dana kepada
Dana murid-murid yang layak.

Oleh itu, majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan Tuan Guru Besar, En
Samso bin Haji Jehari dengan diiringan Penolong Kanan Pentadbiran En
Rosman bin Baharum ke atas pentas. Dipersilakan….
Dipersilakan….
1.
2.
*penerima bantuan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Tuan Guru Besar
menyampaikan sumbangan sebentar tadi.

Penutup Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,


Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini
samada secara langsung mahupun tidak.

Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada untaian
kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima
kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan Ceramah
Nuzul Al-Quran peringkat SK Sungai Pas.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli, 
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih
kaffarah dan surah al ‘Asr.

You might also like