You are on page 1of 5

BUKU PROFIL SEKOLAH

LAPORAN KENDIRI SEK0LAH BERPANDUKAN 12 ELEMEN SKPM

Untuk menyediakan laporan ini, pihak sekolah perlu berpandukan butiran yang terkandung dalam
instrumen SKPM yang dibekalkan oleh Ketua Nazir Negeri masing-masing.

Elemen Huraian penjelasan kualitatif serta pembaharuan / inovasi yang


diperkenalkan ( rujuk kriteria SKPM )

DIMENSI 1 : HALA TUJU KEPIMPINAN

Elemen 1 :  Visi dan misi bagi SMKABP mula dirangka pada tahun yang
dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan dan juga mesyuarat
Visi dan Misi guru di bawah pimpinan Pengetua pada masa itu. Visi dan misi
yang diguna pakai sekarang ialah :-

VISI

“ SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI GEMILANG “

MISI

“ MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU


MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI “

 Visi dan misi ini merupakan penyuntik semangat warga SMKABP


dalam mencipta beberapa kejayaan baik dalam bidang kurikulum
atau pun kokurikulum.

Elemen 2 :  Kecemerlangan pengurusan dan kebijaksanaan barisan


kepimpinan adalah lambang kepimpinan organisasi. Kejayaan
Pengajaran dan SMKABP adalah hasil daripada kewibawaan kepimpinan Pengetua
Pembelajaran yang berwawasan dan sentiasa optimis untuk mencapai
kegemilangan sekolah.

 Pengetua selaku pengurus organisasi, sentiasa berfikiran jauh dan


terbuka serta bersedia menerima teguran yang membina demi
kemantapan dan kecemerlangan organisasi.

 Kemampuan barisan kepimpinan mengenalpasti keupayaan tenaga


sumber dan mengagihkan tugas mengikut kemahiran sangat
menyumbang dalam memantapkan lagi organisasi.

 Penggemblengan tenaga yang menyeluruh daripada warga


SMKABP yang bergerak sebagai satu pasukan dalam
merealisasikan sesuatu aktiviti serta permuafakatan bersama telah
menghasilkan kejayaan dalam semua aspek.

 Kesungguhan, keikhlasan dan komitmen yang tinggi di kalangan


guru-guru dan staf telah dinilai dengan pengiktirafan oleh Pengetua
melalui Majlis Anugerah Kualiti yang diadakan saban tahun.
Ganjaran ini telah menyuntik semangat dan motivasi guru-guru dan
staf untuk terus menghasilkan kejayaan demi kejayaan bagi
menjulang nama SMKABP di mata masyarakat.
52
BUKU PROFIL SEKOLAH

DIMENSI 2 : PENGURUSAN ORGANISASI

Elemen 3 :  Selain daripada pelantikan jawatan-jawatan tertentu oleh jabatan,


Struktur Pengurusan Organisasi dirancang oleh Jawatankuasa
Struktur Organisasi Pengurusan Tertinggi Sekolah yang terdiri daripada Pengetua,
Sekolah Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan 4 orang Guru
Kanan Mata Pelajaran.

 Pengagihan tugasan guru berdasarkan kepada kelulusan,


pengalaman, kebolehan dan kesesuaian bidang tugas.

 Jawatankuasa kecil dibentuk bagi membantu, menyokong dan


melicinkan lagi pantadbiran SMKABP. Setiap jawatankuasa diberi
garis panduan dan senarai tugas supaya selari dengan visi dan misi
sekolah.

 Senarai jawatankuasa yang dibentuk bersama agihan tugas


didokumentasikan dalam “Buku Pengurusan Sekolah” dan
diedarkan kepada semua guru dan kakitangan. Kesemua sturktur
organisasi sekolah disebar luas di sekolah melalui penyediaan
carta organisasi dan dipamerkan di tempat yang strategik. .

Elemen 4 :  Sekolah menyediakan perancangan strategik dan perancangan


taktikal. Terkini perancangan strategik 2011 – 2013 disebarkan
Perancangan kepada semua jawatankuasa kecil sebagai garis panduan untuk
tindakan dan perancangan susulan di bawah jawatankuasa
tersebut agar selari dengan hala tuju sekolah supaya dapat
mencapai visi dan misi. Seterusnya perancangan operasi juga
dibentangkan untuk melaksanakan aktivit-aktiviti khas mengikut
jangka masa.

 Untuk merealisasikan visi SMKABP dalam membantu membangun


Elemen 5 : potensi individu melalui pendidikan yang berkualiti, sekolah yang
kondusif dan bermaklumat amat dititik beratkan. Pihak pengurusan
Iklim dan warga SMKABP sentiasa berusaha melakukan
penambahbaikan dalam aspek fizikal sekolah dan sahsiah pelajar.

 Bilik-bilik darjah, kantin, papan kenyataan dan lorong-lorong laluan


pelajar dipenuhkan dengan info dan maklumat akademik serta
kokurikulum.

 Program Ihya’ Ramadhan, Budaya Al-Quran dan Usrah yang


dilaksanakan adalah bertujuan mewujudkan “Iklim Dini“ yang boleh
melahirkan pelajar-pelajar yang memiliki sahsiah yang terpuji.

 PSS dan rangkaiannya yang merangkumi bilik-bilik khas, makmal


komputer dan sudut-sudut ilmu menjadi pemangkin kecemerlangan
ilmu.
BUKU PROFIL SEKOLAH

Elemen 6 :  Pengurusan dan pembangunan sumber di SMKABP memberi fokus


kepada 5 sumber utama :-
Pengurusan dan
Pembangunan i) Sumber Manusia
Sumber
-“Teamwork” yang ditunjukkan oleh 58 orang guru, 15
orang staf, 16 orang kakitangan swasta dan 5 orang
jaga, telah menaikkan imej SMKABP dalam bidang
akademik dan kokurikulum.Hasrat menjadikan SMKABP
ini sebagai sekolah yang boleh melahirkan pelajar-
pelajar yang intelektual, berakhlak mulia dan bertaqwa
melalui pendidikan berkualiti dalam profesion masing-
masing akan dicapai.

- Pengagihan tugas dibuat berdasarkan kelayakan, bakat,


minat serta pengalaman. Pihak pengurusan sekolah
sentiasa member galakan dan peluang kepada guru-
guru dan staf sokongan untuk mengikuti kursus, bengkel,
seminar dan melanjutkan pelajaran demi meningkatkan
kualiti dalam profesian masing-masing.

ii) Sumber Kewangan

- Pengurusan kewangan di SMKABP sentiasa mematuhi


prosedur kewangan yang diarahkan oleh
Perbendaharaan. Pemantauan oleh pihak pentadbir
terhadap pengurusan kewangan turut dilakukan bagi
mengawal perbelanjaan.

iii) Sumber Fizikal

- Pembangunan fizikal sekolah merupakan salah satu


faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pihak pengurusan
SMKABP memberi penekanan terhadap keceriaan
dalaman seperti bilik darjah dan juga luaran seperti
taman-taman dan landskap yang indah.

iv) Sumber Pengurusan dan Pembelajaran

- Pihak pengurusan telah mewujudkan bilik-bilik khas yang


diuruskan secara efektif bagi menghasilkan suasana
pembelajaran yang harmoni dan kondusif seperti bilik
APD, bilik bahasa dan sebagainya.

v) Sumber Sokongan Luar

- Pihak sekolah menjalinkan hubungan strategik dengan


pihak luar dan ini merupakan sumber yang penting
dalam membantu pembangunan sekolah dari aspek
material, fizikal dan juga tenaga.
BUKU PROFIL SEKOLAH

Elemen 7 :  P&P merupakan “Core Business” yang terpenting disamping tidak


mengenepikan Kokurikulum dan membina serta membentuk
Pengajaran dan sahsiah pelajar yang baik. P&P yang berkesan dapat
Pembelajaran mempengaruhi pencapaian pelajar.

 Pihak pengurusan sentiasa memantau keberkesanan P&P guru


dari semasa ke semasa. Pencerapan yang dilakukan dapat
membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran supaya lebih
berkesan dan menguntungkan pelajar. Guru-guru yang
berpengalaman dan cemerlang juga dilantik sebagai pencerap.

 Buku Rekod Mengajar pula diperiksa oleh Guru Kanan pada setiap
minggu dan oleh Pengetua pada setiap bulan bagi memastikan
setiap guru membuat perancangan pengajaran berdasarkan
sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh kementerian.

 Pelajar-pelajar juga dipantau melalui pemeriksaan buku latihan dan


nota. Pihak pengurusan akan mengadakan pemantauan sekurang-
kurangnya 3 kali setahun terhadap buku latihan.

Elemen 8 :  Dalam usaha membangunkan sahsiah pelajar, SMKABP telah


merangka dan melaksanakan pelbagai program. Unit Bimbingan &
Pembangunan Kaunseling, Unit Disiplin dan Jawatankuasa Dakwah dan
Sahsiah Murid Kepimpinan (MAKDIS) bekerjasama bertindak ke arah
pembentukan sahsiah pelajar yang menghayati nilai-nilai murni
yang selari dengan kehendak agama dan negara.

 Guru-guru SMKABP sentiasa memberi dorongan dan peluang


kepada pelajar-pelajar yang berkebolehan dan berbakat untuk
melibatkan diri sepenuhnya dalam program-program sekolah.
Pelajar-pelajar sentiasa dilatih bertanggungjawab dan berkeyakinan
tinggi dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.
Sekaligus semangat dan budaya kepimpinan telah diterapkan
dalam diri pelajar sejak tingkatan satu lagi.

 Pihak sekolah juga turut mengadakan sistem penghargaan dan


pengiktirafan atas sumbangan dan kejayaan pelajar-pelajar sebagai
galakan dan motivasi kepada mereka.

Elemen 9 :  Penilaian dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa iaitu Unit


Penilaian, Peperiksaan dan Headcount. Unit ini mempunyai satu
Penilaian dan bilik khas bagi memudahkan proses berkaitan peperiksaan dan
Pencapaian Murid penilaian dijalankan.

 Penilaian dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

 Pada umumnya penilaian dikendalikan dalam format berikut :

i) Ujian Sumatif secara berpusat – sumber soalan dari JPN


ii) Ujian Formatif – soalan disediakan oleh panitia

 Post mortem dilakukan setiap kali keputusan ujian diperoleh yang


diikuti dengan tindakan susulan. Hasil post mortem, pelajar-pelajar
cemerlang yang mencapai tahap piawaian akan dimasukkan ke
BUKU PROFIL SEKOLAH

dalam kumpulan target (PMR, SPM dan STPM). Kumpulan ini akan
berubah-ubah berdasarkan pencapaian semasa.

DIMENSI 3 : KEMENJADIAN MURID

Elemen 9 : Pelajar-pelajar SMKABP adalah terdiri daripada pelajar dipilih berdasarkan


Kemenjadian Murid keputusan UPSR (5A dan 4A). Para guru sentiasa berganding tenaga untuk
Dalam Akademik, memajukan dan mencemerlangkan pelajar khususnya dalam bidang
Kokurikulum dan akademik.
Sahsiah
Akademik

Dalam bidang akademik SMKABP telah menerima beberapa anugerah.


Antaranya :

 Pencapaian Cemerlang PMR GPMP Kemahiran Hidup


 Pencapaian Terbaik Sains PMR Kategori Sekolah-Sekolah
Terkawal Dan SMKA
 Pencapaian Terbaik Kemahiran Hidup 2 PMR Kategori Sekolah-
Sekolah Terkawal dan SMKA
 Anugerah Tempat Pertama Dalam Matematik Tambahan (SPM)
Zon Semenanjung.
 Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Berdasarkan GPS SPM
 Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Cemerlang Yang Mencapai
100% Layak Mendapat Sijil SPM
 Anugerah Sekolah Cemerlang Negeri Johor Yang Mencapai 100%
Layak Mendapat Sijil
 Sekolah Cemerlang Negeri Johor Kategori Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama
 Anugerah Pencapaian Cemerlang SPM (Kecemerlangan BM )
 Pencapaian Terbaik Sains SPM Kategori Sekolah –Sekolah
Terkawal dan SMKA
 Pencapaian Terbaik Matematik SPM Kategori Sekolah –Sekolah
Terkawal dan SMKA
 Pencapaian 100% Bagi Lulus Mata Pelajaran Serta Peningkatan
Gred Purata Sekolah (GPS)
 Anugerah Pencapaian Cemerlang STPM (Lonjakan Saujana)
 Keputusan Lulus 100%
 Pencapaian Prestasi Cemerlang Melebihi 90%
 Sekolah Cemerlang Negeri Johor Kategori Lonjakan Saujana

56

You might also like