You are on page 1of 12

SMK Permas Jaya

JOHOR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2019 1223/1

PENDIDIKAN ISLAM

KERTAS 1

TINGKATAN LIMA

2 JAM Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Bahagian A mengandungi 40 Soalan. Jawapan anda hendaklah menggunakan ruangan

jawapan yang disediakan.

3. Bahagian B mengandungi empat soalan subjektif. Jawab tiga soalan : Soalan 1, Soalan

2 dan mana-mana satu soalan daripada Soalan 3 atau Soalan 4. Jawapan anda

hendaklah ditulis di dalam helaian tambahan yang disediakan.

4. Tulis nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada ruangan yang disediakan

5. Ceraikan kertas jawapan daripada kertas soalan. Ikat kertas jawapan bersama-sama

helaian tambahan dan serahkan kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Disediakan oleh Disemak oleh, Disahkan oleh


2
SULIT

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.

BAHAGIAN A
(40 markah)

Jawab semua soalan

Soalan 1 hingga Soalan 20

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A,B,C dan D. Hitamkan jawapan yang
tepat pada ruangan jawapan yang disediakan.

 Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap


kufur kepada Allah SWT

1. Pernyataan di atas ialah maksud _____________________


A Syirik. C Nifak
B Sihir D Khurafat

2. Antara berikut yang manakah bukan faktor perbuatan membunuh diri?

A Putus asa dengan rahmat Allah


B Dipandang hina oleh masyarakat

1223/1 © 2019 Hak Cipta SMKTDEJA [Lihat halaman sebelah


SULIT
3
SULIT
C Tidak menyakini kehidupan Hari Akhirat
D Tidak sanggup menghadapi kegagalan atau penderitaan

3. Berikut adalah hukuman ke atas penzina ghaira muhsan (belum berkahwin)


A Sebat 100 kali
B Sebat 80 kali
C Sebat 60 kali
D Sebat 40 kali

4. Berikut adalah pegangan Syiah Imamiyah kecuali

A Jawatan imam adalah anugerah Allah


B Menyembunyikan iktikad mereka yang sebenar
C Orang yang melakukan dosa besar dianggap kafir
D Menolak hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahlul Bait

 Beriktikad bahawa pelaku dosa besar adalah kafir


 Mengkafir dan menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza iktikad
dengan mereka
 Membataskan sumber syariat hanya kepada al-Quran sahaja

5. Pernyataan di atas merujuk kepada pegangan


A Syiah Imamiyah
B Syiah Batiniyah
C Syiah Zaidiyah
D Khawarij

 Berjalan ulang alik sebanyak tujuh kali


 Bermula di Bukit Safwa berakhir di Bukit Marwa

6. Pernyataan di atas merujuk kepada ibadat _______________________


A Wukuf C Saie
B Tawaf D Bercukur

7. Pilih pernyataan yang benar mengenai Haji Tamattuk.


A Mengerjakan umrah terlebih dahulu.

1223/1 © 2019 Hak Cipta SMKTDEJA [Lihat halaman sebelah


SULIT
4
SULIT
B Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan.
C Mengerjakan haji sahaja tanpa mengerjakan umrah.
D Mengerjakan haji dan umrah secara serentak dan sekaligus.

8. Manakah antara yang berikut merupakan perkara yang membatalkan gadaian?


A Tamat tempoh gadaian
B Merugikan orang yang menggadai
C Pemegang gadaian meninggal dunia
D Penggadai telah membayar semula hutangnya

 Memberi didikan agama yang sempurna


 Memberi layanan yang baik

9. Pernyataan di atas merujuk kepada tanggungjawab _______________


A Suami
B Isteri
C Suami dan isteri
D Suami atau isteri

10. Antara yang berikut yang manakah bukan kesan fasakh?


A Suami isteri boleh kahwin semua dengan akad nikah yang baharu
B Menyelamatkan akidah isteri dari suami yang murtad
C Suami isteri tidak boleh rujuk dalam tempoh iddah
D Thabit kesalahan ikatan perkahwinan akan terbubar

 “Aku talakkan engkau dengan bayaran RM2000.00”

11. Ungkapan di atas berkaitan dengan _____________________


A Talak C Fasakh
B Khuluk D Zihar

12. Antara berikut yang manakah tanggungjawab ibu bapa semasa mengandung
A Menunaikan kewajipan agama serta bersabar
B Menamakan anak dengan nama yang baik
C Memberi pendidikan
D Melakukan akikah

13. Antara yang berikut yang manakah paling tepat tentang usaha khalifah Saidina Umar

1223/1 © 2019 Hak Cipta SMKTDEJA [Lihat halaman sebelah


SULIT
5
SULIT

al-Khatab r.a. untuk membangunkan tanah?


A Menghadiahkan tanah kepada penduduk yang baharu memeluk Islam
B Memperkenalkan Undang-undang Tanah Negara
C Membeli tanah daripada pemilik bukan Islam
D Mengenakan cukai tanah yang tinggi

 Menantu kepada Rasulullah SAW


 Menerima jawatan khalifah dalam keadaan negara tidak tenteram

14. Pernyataan di atas merujuk kepada khalifah _________________


A Saidina Abu Bakar as-Siddiq
B Saidina Umar bin al-Khatab
C Saidina Uthman bin Affan
D Saidina Ali bin Abi Talib

15. Antara berikut yang manakah faktor perkembangan Islam zaman kerajaan Abbasiyah?
A Keinginan penduduk setempat yang tertarik dengan Islam
B Dasar kerajaan memberi keutamaan kepada ulamak
C Kestabilan politik dan ekonomi kerajaan Abbasiyah
D Kreativiti para ulamak

16. Pengasas Kerajaan bani Umaiyah ialah


A Sufian bin Uyainah
B Umar bin Abdul Aziz
C Abdullah bin al-Saffah
D Muawiyah bin Abi Sufian

 Wahyu dan syariat Islam


 Bukti kajian saintifik
 Maklumat dan fakta yang tepat

17. Pernyataan di atas merujuk kepada sumber ______________


A Berjihad C Berzikir
B Berfikir D Berselawat.

1223/1 © 2019 Hak Cipta SMKTDEJA [Lihat halaman sebelah


SULIT
6
SULIT

18. Berikut adalah pernyataan yang menerangkan sebab perlunya beradab ketika berzikir
kecuali
A Supaya dapat dihayati orang lain
B Zikir akan diterima oleh Allah SWT
C Menunjukkan sikap berdisiplin dalam beribadat

D Bagi mencapai keberkatan terhadap apa yang dilakukan

Hikmah Mendapat ganjaran pahala


memberi
sedekah Rezeki akan bertambah
dan hadiah
P

19. Antara berikut manakah pernyataan yang paling tepat bagi P?


A Gejala sosial dapat dibendung
B Jiwa menjadi lebih tenang
C Hidup lebih selesa
D Disukai oleh manusia

20. Adab yang perlu dilakukan oleh orang yang berjihad kepada Allah SWT ialah
A Berdisiplin C Ikhlas
B Berhati-hati D Amanah

Soalan 21 hingga Soalan 36

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

21. _________________ ialah menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya


serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan di hadapannya.

 Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat


simpanannya tanpa izin

22. Pernyataan di atas merujukan kepada perbuatan _______________.

23. Perbuatan syirik boleh membatalkan _________________ seseorang.

1223/1 © 2019 Hak Cipta SMKTDEJA [Lihat halaman sebelah


SULIT
7
SULIT

cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya

Q mengasihi sesama manusia kerana Allah

benci kepada kekufuran seperti benci dicampakkan ke neraka

24. Q pada rajah di atas merujuk kepada cara memperoleh _____________________.

25. Menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak merupakan pegangan Syiah
__________________.

 Dilakukan secara berhikmah


 Memberi nasihat yang baik
 Berbincang dengan cara yang baik

26. Pernyataan di atas merujuk kepada adab _________________.

Menggunakan tutur kata dan bahasa yang


lemah lembut
R

Melayan pesakit dengan mesra

27. R dalam rajah di atas merujuk kepada adab menjaga orang sakit dari aspek
_________________.

28. Pemimpin wajib menegakkan ___________________ dalam melaksanakan pemerintahan.

29. Usaha yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan kemampuan yang ada adalah
maksud _____________.

1223/1 © 2019 Hak Cipta SMKTDEJA [Lihat halaman sebelah


SULIT
8
SULIT

Syarat penjual
dan pembeli

mukalaf kemahuan sendiri S


30. S dalam rajah di atas ialah _________________.

31. Islam mengharuskan khuluk untuk mengelakkan kemungkinan berlaku ____________


daripada pihak isteri.

32. Ibu bapa wajib mengajar anak-anak sejak kecil dengan asas _________________ seperti

rukun-rukun iman, Islam dan prinsip syariat serta membiasakan mereka mentaati Allah.

33. Kitab _________________ adalah hasil karya Ibnu Khaldun yang terkenal.

34. Tempat belajar kanak-kanak zaman Kerajaan Umaiyah dikenali sebagai ____________.

35. Imam as-Syafie dikenali sebagai _____________ kerana beliau orang pertama menulis
buku dalam bidang tersebut iaitu “al-Risalah”.

36. Khalifah Abbasiyah telah menjadikan ___________________ sebagai tempat para ulamak
bermuzakarah dan menyampaikan ilmu pengetahuan.

Soalan 37 hingga Soalan 40

Isi tempat kosong dengan jawapan yang disediakan dalam jadual di bawah

Wajib Haram Sunat Harus Makruh

37. Hukum memberi sewaan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain ialah _________.

38. Daging akikah _________________ dimasak manis dan dijamu kepada orang ramai.

39. Anak adalah amanah Allah, ibu bapa _________________ menjaga, mendidik dan
menunaikan segala hak mereka sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

1223/1 © 2019 Hak Cipta SMKTDEJA [Lihat halaman sebelah


SULIT
9
SULIT

40. Peraturan mengambil anak angkat ialah _______________ membin atau membintikan
anak angkat kepada bapa angkat.

BAHAGIAN B
(60 markah)
Jawab tiga soalan

Soalan 1, soalan 2 mesti dijawab dan pilih mana-mana satu soalan daripada Soalan 3 atau
Soalan 4 .

1 (a) Islam melarang perbuatan sihir.


(i) Apakah maksud sihir? [2 markah]

(ii) Jelaskan dua akibat perbuatan sihir. [2 markah]

Sihir menghancurkan keharmonian hidup dan membatalkan iman.

.
(iii) Berdasarkan pernyataan di atas,bagaimanakah anda dapat [4 markah]
menghindarkan diri daripada perbuatan tersebut. Bincangkan.

(b) Menipu dan berbohong adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.

(i) Nyatakan dua contoh perbuatan menipu. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua cara anda menghindarkan diri daripada perbuatan [4 markah]
menipu.

(c) (ii) Mengapakah dinamakan Syiah Imamiyah? [2 markah]

(ii) Jelaskan dua pegangan Syiah tersebut. [4 markah]

2 (a) (i) Nyatakan waktu afdal melakukan akikah. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua syarat sah binatang akikah. [4 markah]

(iii) Terangkan dua hikmah disyariatkan akikah setelah dikurniakan [4 markah]


cahaya mata.

Seorang lelaki beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih daripada empat orang
isteri pada satu masa.

(b) (i) Berdasarkan pernyataan di atas, Apakah istilah bagi perbuatan [1 markah]
lelaki tersebut?.

1223/1 © 2019 Hak Cipta SMKTDEJA [Lihat halaman sebelah


SULIT
10
SULIT
(ii) Jelaskan syarat-syarat yang wajib dipatuhi oleh seseorang lelaki [3 markah]
yang ingin melakukan perbuatan tersebut.

(c) Hadanah adalah hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumaiyis dan tidak
mampu mengurus diri sendiri.

(i) Jelaskan sebab ibu gugur hak hadanah. [2 markah]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“ Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum berkahwin ”.


(Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

(ii) Pada pendapat anda mengapakah ibu lebih layak mendapat hak penjagaan di
atas? [4 markah]

3 (a) Khalifah-khalifah Kerajaan Umaiyah sangat mengambil berat terhadap ilmu


pengetahuan.

(i) Jelaskan faktor perkembangan pendidikan zaman Kerajaan Bani [2 markah]


Umaiyah.

(ii) Jelaskan dua kesan positif perkembangan pendidikan zaman Bani Umaiyah
kepada bangsa Eropah. [4 markah]

(b) al-Sayyid Jamaluddin al-Afghani merupakan pejuang Islam yang gigih.

(i) Nyatakan dua riwayat hidup al-Sayyid Jamaluddin al-Afghani. [2 markah]

(ii) Jelaskan idea Islah beliau untuk membina kecemerlangan umat [2 markah]
Islam.

(c) (i) Nyatakan dua adab menziarahi jenazah. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua hikmah beradab ketika menziarahi jenazah. [4 markah]

Maksud hadis:
“ Mayat itu diseksa di dalam kuburnya kerana kematiannya
diratapi “
(Hadis Sohih Bukhori)

(iii) Berdasarkan hadis di atas, meratapi kematian amat dilarang [4 markah]


dalam Islam kerana boleh menyeksa jenazah di kuburan.Namun
masyarakat kita hari ini masih lagi melakukan larangan tersebut.

Mengapakah situasi ini masih berlaku dalam masyarakat kini?


Bincangkan.

1223/1 © 2019 Hak Cipta SMKTDEJA [Lihat halaman sebelah


SULIT
11
SULIT

4 (a) Perkembangan pendidikan merupakan asas terpenting pada zaman pembinaan


kerajaan bani Abbasiyah.

(i) Nyatakan dua faktor perkembangan sains dan teknologi zaman [2 markah]
Abbasiyah.

(ii) Jelaskan dua kesan perkembangan sains dan teknologi terhadap.


umat Islam. [4 markah]

(b) Imam Ahmad bin Hambal adalah dpengasas Mazhab Hambali.

(i) Nyatakan riwayat hidup Imam Ahmad bin Hambal [2 markah]

(ii) Jelaskan cara anda mencontohi sifat peribadi beliau untuk menjadi pelajar
Cemerlang. [2 markah]

(c) Sedekah adalah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
manakala hadiah ialah pemberian sebagai satu penghargaan atau pujian.

(i) Nyatakan dua jenis sedekah. [2 markah]

(ii) Terangkan dua kesan bersedekah dan memberi hadiah kepada [4 markah]
pemberi dan penerimanya

Bersedekah dan memberi hadiah dapat mendidik hati ke arah ketakwaan


kepada Allah SWT.

(iii) Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimana anda dapat memupuk [4 markah]


amalan bersedekah dalam kehidupan?.Bincangkan

KERTAS SOALAN TAMAT

1223/1 © 2019 Hak Cipta SMKTDEJA [Lihat halaman sebelah


SULIT
12
SULIT

1223/1 © 2019 Hak Cipta SMKTDEJA [Lihat halaman sebelah


SULIT

You might also like