You are on page 1of 6

BUKU SKRAP

TAJUK:
Tempat-tempat Percutian
Menarik di Malaysia

NAMA : NUR ALYANA BINTI AHMAD


KELAS : 5 ZAMRUD
SEKOLAH : SK BANDAR TASIK SELATAN
BIODATA DIRI

NAMA :

KELAS :

UMUR :

TARIKH LAHIR :

TEMPAT LAHIR :

ALAMAT RUMAH :

CITA-CITA :

HOBI :
TEMPAT-TEMPAT PERCUTIAN MENARIK
DI MALAYSIA

1. I-CITY

I-City merupakan taman fantasi yang terletak di


tengah-tengah bandar Shah Alam atau lebih
dikenali sebagai taman digital. Ia terdiri daripada
lanskap yang dikelilingi pokok- pokok yang
berkonsepkan digital bercahaya. Di sini juga
terdapat tarikan yang berbentuk taman salji buatan
bagi mereka yang ingin merasai suasana seperti di
luar negara yang mempunyai musim sejuk. Selain
itu, I-city juga menyediakan beberapa permainan
yang sesuai untuk bermain seisi keluarga. Lebih
unik lagi, terdapat pameran lukisan hidup (3D) yang
sesuai untuk sesi bergambar bersama keluarga.
2. LEGOLAND

Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema


yang dibuka di Nusajaya, Johor pada 15
September 2012. Taman tema ini juga
menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif,
persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan
taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka
di Asia semenjak penubuhannya. Pembukaan
rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan
Ibrahim Ismail pada 22 September 2012.
3. MENARA TAMING SARI

Menara Taming Sari yang setinggi 110 meter ini


merupakan menara pandang yang terletak di
tengah-tengah bandar Melaka bersebelahan
Dataran Pahlawan. Keunikan menara pandang ini
adalah ianya dapat berputar sebanyak 360 darjah
di udara dan kepakaran dari Switzerland telah
digunakan dalam senibina menara ini. Para
pengunjung dapat menyaksikan pemandangan di
sekitar Melaka apabila berada di udara. Pada satu
ketika, putaran akan berhenti bagi membolehkan
pengunjung melihat kawasan tertentu dengan lebih
jelas. Ianya suatu pengalaman yang menarik untuk
dicuba.
4. KIDZANIA

KidZania Kuala Lumpur merupakan pusat hiburan


keluarga tertutup yang terletak di Mutiara
Damansara, Petaling Jaya,Selangor. Taman tema
ini menawarkan pembelajaran interaktif dan
pengalaman dalam hiburan untuk kanak-kanak di
dalam bandar yang bersaiz kecil. Pengalaman
berada di sini adalah seperti kehidupan sebenar
yang memperkasa, memberi inspirasi dan mendidik
anak-anak kecil dalam melakukan aktiviti interaktif
di dalamnya.

You might also like