You are on page 1of 13

OBJEKTIF

Kertas kerja ini dihasilkan khusus bagi memenuhi keperluan Kursus Induksi

Umum Kumpulan 1 Siri 1/2010 bertarikh 8hb.Mac hingga 26hb Mac 2010, bertempat di

AKMAL Induk Melaka. Secara umumnya pula, kertas kerja ini membincangkan

bagaimana anggota penjawat awam menghindarkan diri daripada memberi atau

menerima rasuah.

Melalui kertas kerja ini, ia dapat meningkatkan kefahaman tentang pengertian

rasuah, memahami isu permasalahan rasuah yang menjadi akar umbi faktor kegagalan

usaha kerajaan, membincangkan implikasi dan cadangan penyelesaian yang efektif

dalam mengurangkan gejala rasuah.

Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


2008 yang diluluskan, selepas dibentangkan di Parlimen melegakan semua pihak
kerana kini negara berada di landasan tepat untuk mencapai tahap integriti yang selari
dengan pembangunan negara menjelang 2020.

Selepas dibahaskan selama dua hari membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan
pembangkang, akhirnya ia diluluskan menerusi suara majoriti anggota Dewan yang
bersidang dalam suasana agak tegang. Ternyata hasrat bekas Perdana Menteri, Tun
Abdullah Ahmad Badawi, yang mahu melihat perubahan dalam sistem penyampaian
kerajaan ketika memegang jawatan pada 2004, mula menampakkan hasil.

Ia bermula dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia yang bertujuan


mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pentadbiran dan tadbir urus
negara, diikuti SPRM, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Program Perlindungan
Saksi.
Semua ini adalah ilham Tun Abdullah ketika mengambil alih jawatan untuk

memperlihatkan keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan. Seperti dijangkakan,

perubahan berlaku secara berperingkat-peringkat dalam usaha kerajaan merealisasikan

Wawasan 2020, untuk menjadikan negara dalam kelompok negara maju. SPRM yang

menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) , mempunyai struktur pentadbiran dan

bidang pelaksanaan yang menyeluruh serta mampu memberi impak besar dalam usaha

membasmi rasuah.
ANALISA SITUASI

Gejala rasuah bukan perkara baru yang berlaku di dalam masyarakat kita.

Situasi rasuah sekarang seakan-akan sudah menjadi suatu budaya pula. Seandainya

keadaan ini tidak dibendung, besar kemungkinan gejala ini akan berupaya

melumpuhkan negara ini.

Di negara kita, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan

agensi yang ditubuhkan khusus untuk mengekang amalan dan perbuatan rasuah.

Usaha membenteras gejala rasuah oleh SPRM juga merangkumi usaha mendidik

orang ramai serta mendapatkan dan memelihara sokongan dari orang ramai di dalam

memeranginya.

Seharusnya rasuah ini tidak berlaku. Bukankah kakitangan awam itu adalah

mereka yang telah dipilih dari kalangan mereka yang benar-benar mampu menjalankan

tugas yang diamanahkan itu dengan jujur, cekap serta profesional?

Namun malangnya masih terdapat segelintir kakitangan awam kita yang

membawa dan memalitkan lumpur jijik itu. Mereka mengkhianati amanah yang telah

diberikan dan telah bersekongkol dengan segelintir anggota masyarakat kita yang

tamak.
Kita harus ingat sama ada kita berperanan sebagai anggota Perkhidmatan Awam,

suatu perkara yang menjadi penyumbang utama memerangi rasuah ialah dengan

memperteguhkan kekuatan rohani kita dengan mengamalkan secara berterusan segala

nilai-nilai murni yang diajar oleh agama kita.

Kakitangan awam yang mempunyai kekuatan rohani yang sedemikian akan mampu

membuat pertimbangan yang wajar menggunakan akal didokong bimbingan kerohanian

yang utuh itu untuk melaksanakan segala tugasnya dengan cekap dan bersih daripada

segala kepincangan terutamanya unsur-unsur rasuah di samping tidak akan mahu atau

teringin untuk melakukan perbuatan yang melanggar peraturan, prosedur atau

menyalahguna kuasanya di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan

kepadanya.

Seperkara lagi, kita sebagai anggota Perkhidmatan Awam seharusnya peka dengan

segala perkembangan di sekeliling kita dan seterusnya akan mampu membuat analisa

situasi yang berlaku itu dengan lebih baik. Maka dengan itu kita akan berupaya

mengesan segala apa jua kepincangan yang berlaku di persekitaran kita.

Sebagai kakitangan awam, kita juga merupakan golongan yang sentiasa diberikan

pendedahan tentang segala prosedur dan polisi pentadbiran kerajaan dari semasa ke

semasa. Sepatutnya kita mengetahui, memahami serta mahir tentangnya. Jika ini

berlaku, maka kita dengan mudah akan dapat mengesan apa saja kepincangan yang

berlaku.
Kita tidak seharusnya takut untuk membuat laporan tentang salah laku atau

penyelewengan atau kegiatan rasuah serta memberikan keterangan tentangnya.

Namun kenyataannya tidak banyak berlaku sedemikian. Kita berasa melaporkan mana-

mana salah laku atau penyelewengan atau kegiatan rasuah di jabatan kita atau di

persekitaran  kita itu bukannya tanggungjawab kita malah ada yang berasa takut untuk

melaporkannya kerana bimbang periuk nasi atau kehidupan mereka terancam!

Keadaan ini sama seperti kita bersubahat menyuburkan lagi kepincangan sosial ini dan

mereka yang bersubahat dikenakan hukuman yang sama seperti mereka yang sabit

kesalahan melakukan rasuah (Seksyen 20, Akta Pencegahan Rasuah 1997).

Sikap sedemikian perlu dikikis. Seksyen 53 akta ini juga memperuntukkan perlindungan

kepada pemberian maklumat. Maksudnya di sini, si pemberi maklumat tidak akan

didedahkan di dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau yang lain di dalam mana-

mana mahkamah, tibunal atau pihak berkuasa lain.

Selain melaporkan serta memberikan maklumat kepada SPRM, satu lagi langkah atau

tindakan yang tidak kurang pentingnya bagi pencegahan rasuah ialah kita boleh

mengkaji semula dari semasa ke semasa segala prosedur dan polisi jabatan.

Apabila segala prosedur dan polisi sering diperbaiki maka tiada ruang untuk

kepincangan wujud. 'Orang dalam' tidak akan berpeluang melakukan penyelewengan

dan 'orang luar' pula tidak dapat 'menyusup' dan 'menumbuk rusuk' 'orang dalam'. Satu

lagi aspek penting yang tidak harus dilupakan ialah etika kerja yang memberikan

penekanan kepada kecekapan, profesionalisme, jujur dan amanah. Usaha


mengingatkan kakitangan awam kita tentang perkara ini tidak seharusnya dilakukan

sekali sahaja iaitu ketika seseorang pekerja itu memulakan tugasnya. Usaha itu mesti

dilakukan sepanjang masa tanpa jemu.

Usaha ini akan dapat dilakukan dengan mudah apabila di dalam organisasi itu ada

ikatan semangat berpasukan yang tinggi. Organisasi sebegini memiliki ahli yang

sentiasa membantu di antara satu sama lain dengan rela hati serta mengingati antara

satu sama lain di dalam melakukan kebaikan. Bila situasi sedemikian wujud, maka tidak

akan berlaku penyelewengan. Ini merupakan sumbangan besar kakitangan awam kita

di dalam memastikan usaha membenteras rasuah di dalam perkhidmatan awam

khasnya akan dapat tercapai dengan lebih berkesan.

Usaha membendung rasuah bukanlah suatu yang mudah. Menyerahkan bulat-bulat

usaha ini kepada SPRM tidak akan banyak membantu menangani permasalahan ini.

Pengembelengan usaha dari semua pihak adalah suatu usaha yang lebih praktikal.

PENDAHULUAN (EDIT)

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang

terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah

pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan

secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah

SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

“Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana

dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :
“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta

orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji

ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan

sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

Isu: Modenasi

OPS PASIR

Seramai 38 orang telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) di seluruh negara berhubung sindiket mencuri dan

menyeludup pasir ke luar negara.

Operasi khas ini dimulakan sejak April 2009 hasil daripada 410 maklumat

yang diterima oleh SPRM dari seluruh negara.

Sehingga kini, nilai rasuah yang terlibat dianggarkan lebih RM280,000.00.

Antara tujuan suapan rasuah dibayar adalah untuk mempercepatkan proses

permohonan pasir, meluluskan permohonan permit pasir, membenarkan

aktiviti mencuri dan menyeludup pasir serta supaya tindakan penguatkuasaan

tidak diambil kepada mereka yang berkaitan.

Daripada 38 orang yang telah ditangkap, 28 orang terdiri daripada Pegawai

Penguatkuasa atau Pegawai Kerajaan, 2 orang Pegawai Khas dan

Setiausaha Sulit, 5 orang awam dan 3 orang pekerja swasta. Kesemua

mereka yang ditangkap adalah dari 4 buah negeri iaitu Johor, Perak, Pahang

dan Selangor.

Sehingga 25 Januari 2010, seramai 28 orang telah dilepaskan dengan


jaminan SPRM di antara RM1,000 hingga RM10,000 seorang dengan

seorang penjamin , manakala 10 orang lagi masih dalam tahanan reman.

SPRM amat komited dalam membanteras sindiket ini daripada terus

berleluasa kerana ia memberi kesan kepada aspek ekonomi dan alam

sekitar. Selain tindakan punitif, SPRM akan membentuk satu pasukan khas

di Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM bagi mengkaji sistem dan

prosedur pengeluaran permit pasir dan penguatkuasaan berkaitan kes ini.

SPRM percaya usaha membanteras jenayah rasuah tidak hanya terletak

kepada Suruhanjaya ini semata-mata, tetapi juga SPRM amat memerlukan

sokongan dan kerjasama semua pihak supaya aset dan harta negara

sentiasa terpelihara sampai bila-bila.

IBU PEJABAT

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA, PUTRAJAYA\

26 Januari 2010

IMPLIKASI DAN KESAN-KESAN RASUAH

Kesan kepada individu

Kehidupan mereka yang mengamalkan bebas rasuah akan lebih harmoni kerana ia

mengamalkannya tidak kira bila-bila masa. Mereka juga kurang keluh kesah dan dapat

mengamalkan gaya hidup yang serba sederhana tanpa rasa takut kepada sesiapa

kerana mereka tahu mereka tidak mempunyai sebarang perkara yang perlu
disembunyikan. Kehidupan mereka lebih teratur dan juga mempunyai metlamat dan

hala tuju yang jelas serta teratur. Penggamalan bebas rasuah akan menjamin masa

depan dengan lebih baik kerana mereka boleh dipercayai untuk menggalas sebarang

amanah yang bakal diberikan.

Kesan kepada jabatan

Penjawat Awam yang menghindari diri mereka dari memberi atau menerima rasuah

mempunyai integriti yang kuat dalam diri mereka. Integriti dalam jabatan perlu dalam

menyumbang kepada penghasilan yang lebih baik kerana semua pegawai yang berada

di bawahnya menuju kearah matlamat yang sama iaitu meningkatkan perolehan

jabatan. Sekiranyanya matlamat itu dijadikan sebagai sasaran yang mahu dicapai,

Perolehan Negara akan pasti lebih baik dengan mengurangkan proses pengawalan

kerana setiap pegawai dalam jabatan mempunyai pengawalannya tersendiri.

Kesan kepada negara

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan

melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah,

tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu

rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik

pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan

orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka

pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang


sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka

pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan

manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan

pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan

masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan

sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan

sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan

kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang

tidak terbendung.

RUMUSAN

Mekanisme, prosidur, keperihatinan pengurusan atasan dan peruntukan

penguatkuasaan perundangan yang tersedia ada sudah mencapai ketahap

maksimanya. Salah satu langkah pencegahan rasuah adalah melalui pengukuhan

integriti. Ia seharusnya dimulakan dari peringkat akar umbi lagi iaitu mendidik anak-

anak atau pelajar benci terhadap rasuah. Semasa Tun Mahadhir menjadi Perdana

Menteri dalam arahannya mengenai keutuhan pengurusan bertarikh 8hb.Januari 1998

menyifatkan rasuah sebagai jijik sekalipun kecil dan jika dibiarkan akan menghancurkan

masyarakat dan negara. Penjawat Awam mestilah berusaha untuk sentiasa berpegang

kepada nilai integriti dan nilai-nilai murni dalam menjalankan tugas dan melaksanakan

tanggungjawab kepada negara, sekaligus akan mencerminkan sektor perkhidmatan

awam sebagai berintegriti tinggi. Kemakmuran dan kemajuan sesebuah negara


bergantung kapada Penjawat Awam yang diamanahkan manjalankan tugas dengan

berlandaskan etika perkhidmatan, Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi (sepertimana

didalam Perintah Tetap Perjawatan Bilangan...)

Wawasan 2020 sukar dicapai sekiranya masalah rasuah masih mendominasi. Oleh itu,

anggota Penjawat Awam khususnya hendaklah menghindari daripada memberi atau

menerima rasuah bagi mengukuhkan integriti dalam diri serta menjadi pelaksana

kepada dasar-dasar negara.

Sebagai penutup, renung-renungkanlah pepatah bahasa inggeris ini;

”Money can buy you a bed, but not sleep. Money can buy you a book, but not

knowledge. Money can buy you a food, but not appetite. Money can buy you a clothes

but not beauty. Money can buy you a house, but not home. When money lost, not

everything is lost, but when character lost, then everything is lost.”

Langkah-Langkah Mencegah Rasuah

Antara Langkah Mencegah Rasuah Adalah Seperti Berikut :

• Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk

membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat

biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi.

Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa

tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.


• Memasukkan Bahaya Rasuah Dalam Sistem Pendidikan

Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak

zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi

individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya

membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

• Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat

sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung

untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali

sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

• Memudahkan Urusan Menggunakan ICT

Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan

dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses

temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang

ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus

dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk

mempercepatkan proses.

Sumber :http://www.islam.gov.my

26 januari 2010

You might also like