You are on page 1of 14

IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JALAN DATIN HALIMAH, 80350, JOHOR BAHRU,


JOHOR DARUL TAKZIM

KERJA KURSUS
PERSATUAN (MPU3081)
LAPORAN KAJIAN KES
(PERSATUAN JAZARI ROBOTIK UTM SKUDAI)

NAMA : MUHAMAD SYAHMI RIFQI BIN SHARIMAN


NO IC : 990613065487
ANGKA GILIRAN : 20018122340078
PROGRAM/OPSYEN : PISMP SAINS 2
MATA PELAJARAN : PERSATUAN
KOD SUBJEK : MPU3081
NAMA PENSYARAH : PN HALIDAH BINTI MAT JEDI
1.0. Pengenalan
Persatuan didefinisikan sebagai “sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,
berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan (Ab. Alim Abdul Rahim,2004). Di
peringkat persatuan biasanya dianggotai oleh yang mempunyai minat Arah tuju yang sama
kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling
bekerjasama Syarikat-syarikat tujuan sama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam
melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan
dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan masing-masing (Aldridge,2006). Manakala menurut Aminudin Abdul
Rahman (2004), persatuan juga didefinisikan sebagai satu gabungan, ikatan dan kumpulan.
Mengikut kamus Oxford Edisi Kedua, persatuan ialah sejenis perkumpulan, gabungan atau
perikatan yang dianggotai oleh individu-individu dibawah Syarikat atau Penduduk dan
sebagainya yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.

2.0. Latar Belakang Kajian

Tugasan ini telah dilaksanakan pada tarikh 12 Mac 2020. Dalam melaksanakan tugasan ini,
saya bersama ahli kumpulan yang lain telah melakukan kajian bagi mengenal pasti
beberapa persatuan yang aktif dan telah memberikan kesan di sekitar Johor Bahru.
Persatuan Jazari yang berpusat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dipilih untuk
kami melaksanakan tugasan ini. Salah satu sebab kami memilih Jazari UTM adalah kerana
ianya berada di dalam Johor Bahru. Ini memudahkan kami untuk ke sana untuk melakukan
tinjaun dan kajian. Jazari merupakan sebuah persatuan yang aktif dalam menghasilkan
moto dan enjin bagi robot. Dalam erti kata lain kelab ini merupakan salah sebuah kelab
robotik yang aktif dalam menghasilkan komponen dan robot dalam UTM. Terdapat
beberapa kaedag kajian yang telah kami ambil dalam melaksanakan tugasan ini
termasuklah temu bual, pemerhatian dan tinjauan dan mendapat sumber di internet.

3.0. Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif yang disasarkan iaitu seperti berikut:

a. Mengenal pasti dan mengetahui sejarah penubuhan persatuan Jazari Robotik UTM.
b. Untuk mengetahui objektif persatuan Jarazi Robotik UTM ditubuhkan.
c. Melihat bagaimana Jazari Robotik UTM mengumpul dana serta merancang aktiviti.

4.0. Jazari Robotik UTM

Kelab Jazari Robotik UTM merupakan salah sebuah kelab yang telah bertapak di UTM.
Ianya merupakan sebuah kelab yang diletakkan di bawah School Of Engineering UTM atau
lebih dikenali sebagai Fakulti Kejuruteraan UTM. Persatuan ini bermula dengan wujudnya
minat dalam kalangan mahasiswa terutama yang terlibat dalam bidang mekanikal
engineering dan automobile terhadap penciptaan robot. Oleh kerana wujudnya minat ini,
maka terbentuk satu kumpulan mahasiswa yang berkongsi minat dan menjalankan akviti
membina dan mereka cipta robot ini secara tidak rasmi di UTM dalam tahun 2007. Setelah
itu persatuan ini telah disokong oleh beberapa orang pensyarah di situ. Dari sini bermulanya
operasi dan gerak kerja persatuan ini secara berorganisasi namun masih belum rasmi
dimana pensyarah menjadi mentor kepada ahli. Dalam tempoh ini mereka masih tidak
mampu untuk menganjurkan aktiviti sendiri. Bagi menampakkan Jazari Robotik UTM ini
merupakan satu persatuan yang hidup, maka mereka mengambil bahagian dalam pelbagai
pertandingan robotik. Pembiayaan mereka untuk menyeratai pertandingan adalah sendiri
dan mereka perlu menjadi dana dari luar. Namun pada penghujung tahun 2019, satu
organisasi yang lengkap telah dibina dimana Dr Senid Bin Ayob dari Falkulti Kejuruteraan
Mekanikal UTM telah dilantik sebagai penaung bagi persatuan Jazari Robotik UTM. Satu
kertas kerja penubuhan persatuan telah dirangka oleh setiausaha untuk dibentangkan di
hadapan naib cancellor UTM. Pada bulan Februari 2020, Jazari Robotik UTM telah sah
menjadi sebuat persatuaan yang rasmi di bawah pengelolaan UTM Skudai. Menurut
pengerusi persatuan ini, nama Jazari ini diambil bersempena tokoh ilmuan Islam silam iaitu
Ismail Al Jazari. Beliau merupakan tokoh Islam dalam mengembangkan ilmu dalam bidang
kejuruteraan mekanikal. Ini bertepatan dengan konsep persatuan ini dan nama tokoh ini
diambil untuk dijadikan nama bagi persatuan ini.

5.0. Objektif Jazari Robotik UTM:

a. Memberi pendedahan dan peluang kepada para pelajar untuk mengalami sendiri
akan pertandingan yang menguji pengetahuan mereka di dalam kelas.
b. Menarik minat para pelajar dalam mendalami ilmu robotik dan bahasa
pengaturcaraan sejajar dengan misi negara.
c. Memupuk para pelajar untuk bersika berfikir “di luar kotak” atau berfikiran kritis.

6.0. Kaedah Pengambilan Ahli

Setelah rasmi menjadi sebuah persatuan yang sah di UTM, Jazari Robotik UTM semakin
dikenali. Hal ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan pelajar pelajar namun termasuk
kalangan pensyarah UTM terutama bagi Fakulti Kejutrueraan. Oleh itu persatuan ini telah
dianggotai seramai 4 orang pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-
masing. Setiap tahun, Jazari Robitik UTM akan menerima keahlian baharu. Mereka
menggunakan kaedah temuduga dan amali sebelum berjaya menyertai persatuan tersebut.
Setiap ahli baharu perlu mengisi borang keahlian di awal tahun. Setelah itu mereka akan
ditemuduga untuk melihat tahap penguasaan mereka dalam bilang masing-masing.
Seterusnya mereka akan diberi masa dalam dua bulan untuk menghasilkan satu robot asas
sendiri dengan bantuan daripada mentor. Mentor tersebut terdiri daripada pensyarah yang
telah menjadi ahli. Sekiranya berjaya, maka mereka akan diresap masuk dan akan menjadi
ahli dalam Jazari Robotik UTM.

7.0. Aktiviti Jazari Robotik UTM

Sebagaimana yang sedia maklum, Jazari merupakan sebuah persatuan yang menumpukan
kepada pengaplikasian ilmu dalam menghasilkan robot. Ini bukan sahaja tertumpu kepada
aspek binaan enjin namun ianya juga tertumpu kepada aspek komersial, hubungan dan
kolaborasi, programming, ICT, dan reka bentuk. Oleh itu boleh disimpulkan dalam
persatuan mampu bergerak dalam pelbagai aspek.

Antara akiviti yang akan dilakukan oleh Jazari ini adalah menganjurkan kursus robotik di
pelbagai peringkat. Ahli-ahli di dalam persatuaan ini akan bertindak sebagai fasilitator.
Program ini telah mendapat sambutan terutama dalam kalangan mahasiswa UTM sendiri.
Ini kerana dengan penyertaan ini, pelajar dapat menambahkan ilmu mekanikal mereka dan
dapat menghubungkaitkannya dalam bidang lain seperti programming dan reka bentuk. Dari
sini pelajar dapat berpeluang dapat mengaplikasikan pengetahuan dan teori yang telah
dipelajari dalam kuliah.

Seterusnya, setiap tahun, persatuan Jazari akan menghantar pasukan sekurang-kurangnya


satu pasukan ke pelbagai pertandingan robotik. Ini merujuk kepada pertandingan reka cipta
robot, perlawanan robot dan pembentangan inovasi atau hasil kerja. Kebanyakan
pertandingan yang diceburi adalah diperingkat antarabangsa. Ini merupakan salah satu
faktor yang menyebabkan persatuan ini dikenali. Antara pertandingan yang telah disertai
adalah Robotic Racing terbuka di Singapura. Selain daripada menyertai, Jazari Robotik
UTM juga menganjurkan pertandingan di perigkat kampus. Antara program yang diadakan
adalah Jazari Robotic Competition (JRC), dan Jazari Robotik Racing (JRR). Ini dilakukan
setelah Jazarai Robotik Workshop dilakukan. Setiap penglibatan pelajar akan penting
kerana ini merupakan salah satu sumber kewangan yang dapat dijadikan dana
pembangunan persatuan ini. Setiap pelajar yang mengambil bahagian akan dikenakan
bayaran pendaftaran mengikut tahap kemampuan pelajar.

Selain iaitu, Jazari Robotik UTM juga tidak terhad kepada UTM sahaja. Mereka juga
bergerak dengan menjalankan akviti robotik di peringkat sekolah. Akiviti couching sering
dilakukan oleh ahli Jazari terhadap para pelajar sekolah di sekitar Johor Bahru. Dari sini
mereka pencapaian ilmu dan kemahiran dalam membina, mereka cipta dan menyusun
komponen dan strategi dalam pertandingan robotik. Kebiasaannya pihak sekolah akan
melakukan pembayaran yuran bagi setiap kursus yang dilakukan. Hasil bayaran ini akan
dimasukkan ke dalam tabung persatuan. Selain bagi menyahut dan aspirasi dalam
perkhidmatan masyarakat, ahli daripada Jazari ini akan menawarkan perkhidmatan jurulatih
bagi kumpulan pelajar yang akan menyertai pertandingan robotik mewakili sekolah.
Perkhidmatan ini dilakukan secara percuma. Namun pihal sekolah hanya perlu
menyediakan kemudahan dan alatan sahaja.

Selain itu antara aktiviti yang akan dilakukan sepanjang tahun adalah menghasilkan produk
atau alatan inovasi yang baharu. Alatan-alatan ini perlu dihasilkan berdasarkan masalah
yang dikenalpasti dan hadir di sekeliling mereka. Antara contoh prodok yang telah berjaya
dihasilkan adalah pengimbas kad siswa pelajar. Seterusya mereka juga telah menghasilkan
papan litar mereka sendiri. Ini membantu mereka untuk menjimatkan kos dalam
menghasilkan suatu alatan elektonik atau robot. Mereka juga menerima tempahan daripada
pihak luar yang meminta mereka untuk mencipta alatan elektronik bagi kegunaan pihak
tertentu. Antara alatan yang berjaya dicipta dan dikomersialkan adalah mengimbang kad
kehadiran kerja di sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru.

Bagi meningkatkan tahap penguasaan dan kemahiran mereka dalam mengendalikan serta
mereka cipta satu sistem elektronik yang terbaik, mereka telah melakukan pelbagai
kolaborasi dengan banyak pihak seperti UTeM, My Robot, Cristal ’18, Proton Malaysia dan
beberapa NGO yang merupakan alumni Jazari UTM sendiri.

Secara umumnya boleh dikatakan aktiviti yang akan dilakukan oleh Jazari Robotik UTM ini
setiap tahun adalah aktiviti pendedahan kepada mahasiswa UTM khususnya tentang ilmu
berkaitan robotik dan inovasi. Selain itu, mereka akan menganjurkan program seperti
pertandingan, latihan/perkongsian ilmu dan sebagainya. Seterusnya, ahli persatuan ini akan
menyertai pertandingan robotik dan inovasi samada di dalam mahupun di luar negara. Akhir
sekali, mereka akan menganjurkan pertandingan untuk pengambilan ahli kelab yang baharu
pada setiap tahun.

8.0. Pengurusan Dana dn Kewangan

Pengurusan kewangan bagi Jazari Robotik UTM ini bermula daripada bayaran keahlinan
tahuan yang akan dibayar di awal tahun. Ini antara punca kewangan utama dalam
menggerakkan aktiviti asas dalam persatuan tersebut. Ini tidak termasuk dalam peruntukan
dana pelaksanaan aktiviti anjuran tahunan. Wang ini lebih tertumpu kepada kos
penyelenggaraan bengkel, alatan dan barangan persatuan. Selain itu, antara sumber
kewangan bagi persatuan ini adalah melalui aktiviti komersial barangan dan hasil reka cipta.
Antara baranag yang telah berjaya dikomersialkan adalah papan litar, kicin dan alatan
eletronik. Keuntungan ini akan dimasukkan ke dalam akaun persatuan ini. Seterusnya
setiap pengajuran aktiviti seperti couching, anjuran pertandingan peringkat kampus dan
sebagainya juga akan dijadikan sumber kewangan persatuan. Wang daripada yuran
penyertaan akan dimasukkan ke dalam akaun bank persatuan ini. Bagi melaksanakan
sesuatu program, bendahari dan setiausaha persatuan ini akan mencuba untuk
mendapatkan seberapa banyak sumbangan daripada pihak luar. Ini merupakan salah satu
sumber utama kewangan yang digunakan dalam melaksanakan beberapa program. Yuran
penyertaan yang diberikan akan dijadikan wang sampingan sekiranya ada kecemasan.
Bendahari persatuan akan mengurusakn kewangan persatuan ini dan akan sentiasa
membuat laporan terhadap keluar masuk duit persatuan kepada pengerusi dan penaung.
9.0. Analisis SWOT

a. Kekuatan Dan Peluang Dalam Jazari Robotik UTM

Kekuatan persatuan ini adalah dari aspek bidang tugas ahli jawatan kuasa tertinggi.
Setiap daripada mereka menjalankan tugas dengan sangat baik berdasaran bidang
tugas yang ditetapkan. Selain itu, persatuan ini membuka peluang kepada pelajar
untuk melakukan aktiviti pembelajaran secara amali. Di sini mahasiswa dapat
mengembangkan potensi mereka bukan sahaja dari aspek akademik namun dari
aspek kemahiran insaniah. Jazari Robotik UTM ini mempunyai keanggotaan yang
mempunai latar belakang kepakaran yang berbeza-beza. Di sini mereka berpeluang
mempelajari ilmu baharu dan dapat saling bertukar-tukar pendapat. Ini sangat
berguna kepada mahasiswa IPT bagi membentuk satu kemahiran insaniah yang
unggul. Ini akan membantu mereka di kelak hari terutama dalam proses menyiapkan
kajian akhir dan dalam proses pendapatkan pekerjaan. Dalam persatuan ini juga,
para mahasiswa juga dapat bebas menghasilkan inovasi terutama dalam bidang
mekanikal. Ini akan melahirkan mahasiawa yang berfikiran kritis dan bukan hanya
menguasai teori dalam kuliah sahaja. Selain itu dengan menyertai persatuan ini,
mahasiswa dapat didedahkan dengan kegiatan kemasyarakatan. Ini membantu
mereka untuk satu suasana komunitii yang baik. Mereka juga berpeluang untuk
mengurus diri untuk berada dalam satu sistem kemasyarakatan dengan baik.
Komunikasi secara matang juga dapat diterapka dalam kalangan mereka.
Sebagaimana yang sedia maklum, persatuan ini juga telah mempunyai beberapa
kolaborasi dengan pihak NGO dan university awam mahupun swasta. Ini membantu
mahasiswa menjalinkan hubungan dengan menambah kenalan dalam mahupun di
luar negara. Ini membantu dalam proses pertukaran idea yang sangat bermanfaat
kepada IPT sekaligus dapat meningkatkan mutu penghasilan modal insan dalam
kalangan mahasiswa IPT. Selain itu dengan adanya hubungan kolaborasi ini,
kemungkinan pembaharuan bukan sahaja untuk persatuan, malahan terhadap
sistem pengurusan kampus akan berjaya dilaksanakan. Pelbagai hasil ciptaan yang
lebih memberi impak kepada masyarakat juga dapat dihasilkan oleh semua pihak.
b. Kelemahan Jazari Robotik UTM

Kelemahan yang paling ketara dapat dilihat adalah keterlibatan ahli persatuan itu
sendiri. Jazari Robotik UTM ini merupakan sebuah persatuan baharu dan ini
menyebabkan masih terdapat ahli yang masih tidak telibat secara aktif dalam
menggerakkan persatuan ini. Segala kerja, projek, reka bentuk serta pengurusan
pengajuran program hanya dilakukan oleh ahli jawatan kuasa tertinggi dan mereka
yang benar-benar berminat terhadap persatuan ini. Ini menyebabkan terdapatnya
keterbatasan terhadap penganjuran aktiviti di dalam mahupun di luar kampus. Malah
ini berlanjutkan dan seterusnya akan mempengaruhi dana kewangan persatuan ini.
Selain itu, kemudahan yang disediakan oleh pihak UTM juga agak terhad. Ini kerana
Jazari merupakan persatuan yang agak lewat ditubuhkan. Peralatan yang
disediakan juga adalah terhad. Ini menyebabkan ada dalam kalangan mereka yang
terpaksa menggunakan duit mereka sendiri dalam menyediakan bahan dan
peralatan.

Seterusya, kelemahan yang dapat dilihat adalah tahap keterlibatan mahasiswa di


kampus semasa penganjuran program juga adalah rendah. Dalam erti kata lain,
sambutan bagi setiap program kurang memberangsangkan. Ini kerana penubuhan
persatuan ini diletakkan dibawah aktiviti kampus dan fakulti. Setiap pelajar di UTM
perlu menetap di kolej UTM itu sendiri. Namun mereka akan dikenakan bayaran atau
sewaan oleh pihak kolej kediaman. Bagi mengurangkan kadar sewaan kepada sifar,
setiap pelajar harus terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej
kediaman dengan aktivit. Di bawah pihak kolej kediaman pun terdapat persatuan
yang bergiat dalam menganjurkan aktiviti di bawah kolej kediaman. Salah satu
persatuan yang diletakkan di bawah kolej kediaman adalah kelab robotik. Ini
menyebabkan pelajar lebih tertumpu kepada aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej
kediaman sahaja.

c. Cadangan Penambahbaikan.

Salah satu cadangan penambahbaikan yang perlu diambil oleh pihak ahli jawatan
kuasa tertinggi persatuan dalam menangani masalah dan kelemahan ini adalah
dengan mengetatkan peraturan dalam persatuan. Sekiranya terdapat ahli yang tidak
berfungsi dengan baik, tindakan seperti dendaan bayaran atau dibuang terus
daripada keanggotaan boleh diambil. Ini penting kerana dengan mempunyai struktur
organisasi yang stabil akan mempengaruhi tahap pencapaian sesuatu persatuan itu.
Perancangan serta pelaksanaan aktiviti dalam persatuan juga akan menjadi lebih
lancar. Selain itu kaedah penapisan ahli juga harus dijalankan dengan lebih ketat. Ini
bagi memastikan ahli baru yang dibawa masuk adalah mereka yang benar-benar
mampu memberi komitmen yang terbaik kepada persatuan.

Seterusnya, pendekatan yang dilakukan oleh ahli jawatan kuasa tertinggi juga harus
diubah. Mereka harus bergerak dengan lebih aktif dalam mencari dan penaja utama
serta membentuk kerjasama dengan syarikat elektronik yang stabil di luar sana.
Dengan ini dana kewangan akan bertambah dari semasa ke semasa dan
penggunaannya bukan hanya tertumpu kepada penganjuran program malah turut
dapat dijadikan dana untuk menyelenggarakan dan menyediakan alatan di bengkel.

Bagi memaksimumkan keterlibatan mahasiswa bagi setiap program yang dianjurkan,


setiap ahli perlu memperbaharui idea dalam merancanakan proram tersebut.
Pelbagai kelainan harus dibuat dalam setiap program yang dilaksanakan. Ini
memerlukan daya kreativiti ahli persatuan untuk merancang sebaik mungkin aktiviti
yang hendak dijalankan. Contoh aktiviti yang boleh digunakan adalah dengan
menjemput organisasi atau NGO yang dikenali seperti proton dan sebagainya untuk
turut menyertai program tersebut. Ini dapat menarik minat mahasiwa untuk
menyertai aktiviti yang dianjurkan dan mendapat sambutan yang sangat baik.

Rujukan

Ab. Alim Abdul Rahim. 2004.Pengurusan Gerak Kerja Ko-kurikulum. Oxford Fajar.

Aldridge, J.M., Laugksch, R.C. & Fraser, B.J. 2006. School-level environment and
outcomes-based education inSouth Africa. Journal Learning Environment
Reesrchs,9: 23–147.

Aminudin Abdul Rahman. 2004. Penglibatan Pelajar SecaraAktif dalam Aktiviti Ko-
kurikulum dan Kesannya keAtas Pencapaian Akademik. Tesis Sarjana
Pendidikan.Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Lampiran

You might also like