You are on page 1of 6

PENULISAN LAPORAN PBS (EDUP 3033)

Setiap individu yang dilahir adalah berbeza di antara satu sama lain dan mempunyai ciri-ciri
tersendiri yang menjadikan individu tersebut unik. Menurut (Yusri, 2007), perbezaan individu
ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi
di kalangan individu. Oleh demikian, guru-guru perlu memahami perkara ini di kalangan
murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Sepanjang
seminggu sesi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada 2 Mac 2021 lalu di Sekolah
Kebangsaan Bukit Losong, perbezaan individu dari aspek fizikal, kognitif, sosio-emosi, latar
belakang individu dan juga keperluan khas individu dapat diperhatikan.

Perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara
fizikal, mental, sosial, emosi dan latar belakang di kalangan individu. Melalui temu bual
dengan Puan Zaliha binti Mamat iaitu guru Pendidikan Seni Visual kelas 1 Amanah, saya
dapati bahawa perbezaan individu dari segi fizikal memang diwujud. Kebiasaannya,
perkembangan saiz badan murid perempuan lebih cepat berbanding dengan murid lelaki.
Misalnya, murid perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada
murid lelaki. Sekiranya guru mempertimbangkan perbezaan individu dari segi fizikal maka
guru dapat memastikan proses P&P dapat dijalankan dengan lancar. Bagi Puan Zaliha binti
Mamat, beliau akan mengambil kira ketinggian serta keupayaan penglihatan murid-murid
untuk menyusun kedudukan mereka. Selain itu, susunan kedudukan murid mengikut barisan
juga akan dipentingkan. Beliau akan menyuruh murid-murid bertukar-tukar kedudukan
mereka mengikut barisan selama sebulan sekali. Jadi, pertukaran kedudukan mengikut
barisan merupakan cara saya untuk menjaga kepentingan setiap murid dan menyediakan
peluang berinteraksi yang secukup dalam kalangan mereka.

Rajah 1: Berswafoto Bersama-sama dengan Puan Zaliha binti Mamat dan Gambar Puan
Zaliha sedang menandatangani transkrip temu bual.
Selain itu, saya juga sempat membuat perbincangan dengan Puan Movita binti Abd.
Moris mengenai tindakan guru bagi menangani isu perbezaan individu yang berlaku di
sekolah, Menurut beliau, guru perlulah memerhatikan perlakuan, sikap, kecekapan dan
pertuturan seseorang murid untuk mengenal pasti tahap kognitif mereka. Bagi mengatasi
masalah perbezaan individu dari segi kognitif, beliau mencadankan penyelesaian untuk
memberikan kelas tambahan kepada murid-murid yang lemah supaya dapat meningkatkan
prestasi akademik mereka. Tambahan pula, Puan Movita menyatakan bahawa beliau akan
memberi pujian, peneguhan positif serta menyediakan hadiah yang kecil atau sticker kecil
kepada murid-murid sekiranya mereka dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan
baik. Hal ini disebabkan, pujian dan peneguhan positif merupakan suatu rangsangan terhadap
murid-murid supaya dapat membina keyakinan mereka dan mempengaruhi murid-murid
mewujudkan keminatan terhadap pembelajaran di bilik darjah.

Rajah 2.0: Gambar perbincangan dengan Puan Movita binti Abd Moris dan inisiatifnya dalam
membina semangat pelajar untuk PdP.

Implikasi kepada perbezaan individu yang mempunyai kepelbagaian wujud antara


murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaliknya dalam membantu untuk memahami gaya
pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap murid dalam menentukan
strategi pengajaran yang lebih berkesan. Ini dapat menunjukkan betapa pentingnya guru
untuk memahami serta mengetahui gaya pembelajaran murid yang wujud di dalam kelas.
Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.
Demi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan
mengenali setiap jenis murid di dalam kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan
daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
Rajah 3.0: Saya bersama murid yang lambat belajar berbanding murid biasa yang lain.

Selain itu, saya mencadang bahawa guru perlulah meramal tingkah laku murid.
Meramal atau menelah gerak balas dan tingkah laku yang mungkin timbul dalam sesuatu
situasi adalah penting. Sebagai contoh, jika terdapat seseorang murid hiperaktif di dalam
kelas yang hendak diajar, apa agaknya perilaku yang mungkin timbul semasa saya mengajar?
Bagaimana cara saya mengatasi masalah tersebut? Apa reaksi murid-murid lain yang
mungkin tergolong dalam kumpulan introvert? Persoalan-persoalan ini mungkin dapat
diandaikan dan dijawab oleh saya sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Selain itu, penetapan objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana tahap
kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, dalam merangka objektif pengajaran dan
pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar. Penyediaan latihan
atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan, supaya pelajar yang
lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak berasa bosan. Saya berpendapat guru
perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, untuk
melayan pelajar yang berbeza. Aktiviti berkumpulan sangat sesuai dilaksanakan kerana
pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan. Akhir sekali, saya perlu
menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu pula mestilah bersesuaian
dan boleh digunakan oleh semua murid iaitu perlu mengelakkan penggunaan bahan yang
sesetengah pelajar tidak dapat menggunakannya.

Kesimpulannya, setiap manusia diciptakan dengan keunikan yang berbeza-beza


termasuklah murid-murid di sekolah. Murid-murid mempunyai pelbagai kebolehan yang
mendorong mereka untuk melakukan pelbagai kemahiran yang berbeza antara satu sama
lain. Oleh itu, peranan guru sebagai pendidik adalah penting untuk mengenal pasti perbezaan
individu supaya dapat melaksanakan PdP mengikut kebolehan murid. Semua aspek
perbezaan individu yang diambil kira akan mempengaruhi penerimaan dan minat murid untuk
terus belajar supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar mereka.
RUJUKAN

Brown, A.L., et al. (1996).Distributed expertise in the classroom. In: Salomon,G., ed.
Distributed cognitions: psychological and educational considerations,halaman 188-
228.

Educational Practices (2011, April 6). Di akses daripada


http://www.ibe.unesco.org/publications/EducationalPracticesSeriesPdf/prac07e.pdf

Kamus Psikologi Umum. (2014). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Dahlan A. Malek & Nurul Hudani Md. Nawi. (2015). Personaliti Menurut Pespektif Islam
dan Barat. Sabah: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Mohd Zuri Ghani, Rahimi Che Aman, Nik Rosila Nik Yaacob & Aznan Che Ahmad. (2008).
Perbezaan Personaliti Ekstrovert dan Introvert dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Rendah Berdasarkan Gender. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 23, 111–122.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
LAMPIRAN

Transkrip temu bual bersama Puan Zaliha binti Mamat dan Puan Movita binti Moris.

You might also like