You are on page 1of 6

Faktor-faktor yang mencetuskan revolusi China pada tahun 1911

Revolusi China pada abad ke-19 bertujuan untuk menggulingkan


dinasti Manchu yang telah memerintah China sejk tahun 1644.Dalam
pada masa itu usaha yang telah di ambil untuk memulihkan kekuasaan
kerajaan Manchu menerusi Gerakan Pembahuruan Manchu.Gerakan
Revolusi yang berkembangan di bawah pemimpin Dr.Sun Yat Sen
telah menyebabkan kemunculan gerakan tersebut.Revolusi China
telah berjaya menumbangkan kerajaan Manchu apabila Maharaja
Hsuan-tsung turun daripada takhta pada 12 februari 1912.

Semasa Dinasti Manchu,banyak kelemahan yang terdapat dalam


pemerintahannya.Hal ini boleh dikaitkan dengan peristiwa kerajaan
Manchu kalah semasa Perang Candu 1 dan Perang Candu 2.Rakyat
China berpendapat bahawa kerajaan Manchu sudah tidak dapat untuk
melindungi mereka.Kelemahan pentadbiran juga boleh dilihat dari
segi urusan kewangan dan pengawai-pengawai yang menjalankan
tugas.Salah satu punca kewangan ialah dari cukai
pertanian.Pengawai-pengawai wilayah diarahkan untuk menjalankan
tugas dan hasilnya diserahkan kepada kerajaan pusat Peking.Masalah
menjadi lebih rumit apabila pengawai yang bertugas tidak
melaporkan cukai dan mengamalkan penyelewengan.Mereka juga
mengenakan cukai sebanyak 3-5kali ganda dari harga yang sebenar
ke atas rakyat terutamanya petani.Pengawai-pengawai kerajaan juga
turut mengamalkan kegiatan rasuah kerana pendapatan mereka yang
tidak mencukupi dan penyalahgunaan wang turut berlaku.Sebagai
buktinya,pada tahun 1809,sebuah Mahkamah Daerah telah
melenyapkan kira-kira 30000 tael wang dari hasil kutipan derma dan
bantuan kerajaan Peking untuk mangsa kebuluran.

Gerakan ini telah dilakukan oleh reformis-reformis Cina beberapa


tahun yang lalu mempunyai pengaruh yang besar ke atas orang-orang
Cina untuk mengadakan perubahan-perubahan dengan cepat.Idea-
idea dari reformis-reformis Cina telah memberi semangat kepada
orang-orang yang merasa tidak puas hati terhadap pemerintahan
Manchu supaya mengadakan langkah-langkah yang mengubah negeri
China.Idea-idea mereka tetap menjadi ilham krpada pemimpin-
pemimpin China kemudian hari.Misalnya reformis-reformis Wang
Tao dan Ho Kai mempunyai pengaruh yang kuat ke atas jiwa Dr.Sun
yang kemudian menjadi pelapor dalam Revolusi 1911.Pengaruh yang
besar datangnya dari Gerakan Pembaharuan 1898.Sungguhpun
rancangan pembaharuan itu gagal namun pengaruhnya tetap hidup
subur dengan menggunakan negara Jepun sebagai pusat
kegiatannya.Sungguhpun kedua-dua perjuangan antara Kang Yu Wei
dan Dr.Sun berbeza dari konsep pemerintahan antara monarki dan
republik,namun kedua-dua tokoh ini tetap mempunyai matlamat yang
sama iaitu untuk membentuk negara China yang moden dan
berdaulat.

Apabila Pemberontakan Boxer gagal,timbul kesedaran dalam


pemerintahan Manchu untuk mengadakan pembaharuan-
pembaharuan dalam negeri itu.Oleh itu,ramai penuntut-penuntut Cina
dihantar keluar negara bagi melanjutkan pelajaran mereka sehingga
ke Ameika Syarikat,Eropah,dan Jepun.Ketika menuntut di luar negara
terutamanya di barat,mereka mendapat pengetahuan mengenai
revolusi dan kemajuan-kemajuan yang dicapai oleh negara-negara
barat terutama England dan Perancis.Gerakan Penyatuan Itali telah
menjadi inspirasi kepada mereka dalam Gerakan Revolusi ini.Bagi
mereka,idea tersebut sesuai dijalankan di negara China yang masih
belum bersatu.Pendek kata dari negara-negara barat ,pelajar-pelajar
Cina mengetahui apa yang dikatakan demokrasi,kebebasan,hak asasi
manusia persamaan taraf dan kemerdekaan.

Menjelang pertengahan abad ke-19,keadaan ekonomi negara China


mengalami kemerosotan.Selain bencana alam yang menjejaskan
pencapaian hasil pertanian,ianya juga berpunca daripada kesan-kesan
peperangan.Di sampingan telah mengeluarkan perbelanjaan yang
besar untuk membiayai peperangan,China juga terpaksa membayar
ganti rugi sebagai hukuman kerana kalah dalam peperangan.Negara
China terpaksa membayar sebanyak 200juta tael kepada Jepun 1895
ekoran perang China-Jepun dan 30juta tael tambahan kepada Jepun
bila menarik diri dari Semenanjung Liao-tung.Kerajaan China juga
terpaksa menyelesaikan hutang-piutang kepada barat.Tindakan
kerajaan China meminjam wang dari luar negara juga telah
menimbulkan kesan-kesan yang negatif menyebabkan rakyat terpaksa
menanggung beban cukai yang tinggi.Pihak kuasa asing pula berminat
untuk menghulurkan bantuan tetapi kerajaan Manchu agak keberatan
untuk mendapatkan pinjaman kerana sedar bahawa ia akan terikat
untuk memberi hak kepada kuasa-kuasa ini.Sebaliknya,kerajaan
Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menampung bebanan
kewangan yang dialami.Kenaikan cukai ini terpaksa ditanggung
dengan beratnya oleh golongan petani dan ini telah menimbulkan
ketidakpuasan hati dalam kalangan mereka sehingga menggangap
bahawa tindakan kerajaan ini menjadi alasan untuk mereka bertindak.

Masalah terbesar yang dihadapi oleh pemerintah Manchu ialah


pertambahan penduduk yang begitu pesat.China juga seperti India
yang menghadapi masalah –masalah yang ditimbulkan oleh bilangan
penduduk yang meningkat dengan begitu pesat disebabkan rakyat
China percaya bahawa mempunyai anak banyak adalah baik.Akan
tetapi kawasan untuk mengeluarkan makanan tidak dapat menampung
bilangan penduduk yang semakin bertambah.Sungguhpun
perpindahan orang-orang Cina digalakkan dari wilayah-wilayah yang
kurang penduduk dengan tujuan untuk mengurangkan tekanan
hidup.Walaupun begitu,cara ini didapati tidak dapat menyelesaikan
masalah tersebut.Kegagalan ini berpunca daripada kesukaran dan
kekurangan alat perhubungan dalam negara.Pada 1885,penduduk
China terdiri daripada 377juta orang tetapi meningkatkan kepada
430juta orang pada 1911.Disebabkan pengeluaran pertanian
berkurangan akibat bencana alam seperti banjir dan kemarau,ini telah
menyebabkan kesengsaran hidup orang-orang Cina.Kebuluran sering
terjadi seperti pada 1910-1911.Berjuta-juta penduduk China yang
kehilangan rumahtangga dan tanam-tanaman di dua wilayah yang
dahulu iaitu Anhui dan Kiangsu sekaligus menyebabkan kebuluran
dan wabak penyakit.

Kesimpulannya,Revolusi 1911 ini merupakan penentangan yang


terjadi akibat daripada rasa ketidakpuasan hati rakyat terhadap sistem
pemerintahan beraja yang dianggap mengongkong pembaharuan dan
pembangunan yang meliputi aspek ekonomi,politik,dan
sosial.Revolusi ini telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan
Dinasti Manchu yang telah memerintah selama 267 tahun(1644-
1911).

You might also like