You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA 2,

JALAN ENAU 20, TAMAN DAYA,


81100 JOHOR BAHRU. Telefon: 07-3548535
No. Fax: 07-3549535

Rujukan kami : JEA1074/700/5/5/1( )


Tarikh :8 Mei 2022

Kepada,

Ibu Bapa / Penjaga Pelajar,


SMK Taman Daya 2,
Jalan Enau 20, Taman Daya,
Johor Bahru,
Johor.

Tuan,

Makluman Kejohanan Sukantara SMK Taman Daya 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Jawatankuasa Pembangunan Sukan SMK Taman Daya 2 akan
menganjurkan Kejohanan Sukantara SMK Taman Daya 2 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 10 Mei 2022 (Selasa)- 11 Mei 2022 (Rabu)


Masa : Sesi 1 : 7.30 pagi- 9.30 pagi
Sesi 2 : 4.30 Ptg – 6.30 Ptg
Tempat : Padang SMK Taman Daya 2

3. Besarlah harapan pihak sekolah sekiranya tuan/puan dapat membenarkan anak- anak tuan/puan
hadir serta melibatkan diri secara aktif di dalam kejohanan ini.

4. Pihak sekolah akan memastikan keselamatan anak Tuan/Puan diberi keutamaan dengan menitik
beratkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan sepanjang kejohanan
berlangsung.

5. Tuan/puan juga diminta menguruskan perjalanan pergi dan balik anak tuan/puan pada hari
tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Kerjasama daripada tuan/puan amatlah kami harapkan
dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
( SANISAH BINTI MISKAM )
Pengetua
SMK Taman Daya 2,
Johor Bahru.

s.k. - Fail sukan sekolah


- unit sukan, PPD

You might also like