You are on page 1of 6

Bil Teks pengacara Clue

1 Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi melayu turun menurun,
Pantun ditutur pembuka bicara

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirohmanirohim….
Assalamualikum warahmatullahiwabarokatu , salam sejahtera dan salam….

1. Yang berusaha
2. Yang dihormati
3.
4.
5. Yang diraikan :

a. Pn Inny Kartini Binti Gani

6. Seterusnya barisan rakan seperjuangan, ahli jawatankuasa PIBG serta anak didik
yang dikasihi

Selamat datang ke Majlis Perpisahan dan Pertukaran ……………….. Untuk makluman


hadirin sekalian majlis ini adalah bertujuan untuk memanifestasikan penghargaan kami
warga Sekolah Kebangsaan Awat Awat atas sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan
sepanjang tempoh kalian yang diraikan berkhidmat disekolah ini.
sarung ketupat berisi inti
dibawa budak sambil berlari
kehadiran yang dirai sangat dihargai
moga majlis bertambah seri

2 Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi meneruskan acara kita pada pagi ini, majlis mempersilakan

Untuk membacakan doa memohon keberkatan.

Falyatafaddholmashkuro

Amin..amin…ya rabbalalamin. Terima kasih ustaz atas kesudian memimpin bacaan doa
sebentar tadi.

5 Majlis seterusnya mempersilakan……………………………..untuk menyampaikan


ucapan beliau.

Terima kasih atas untaian kata sebentar tadi.

6 Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika puan tidak berbicara

untuk itu majlis mempersilakan ………………………………..untuk menyampaikan


ucapan beliau.

Terima kasih puan.

Malam hari berlagu unggas


Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budi kalian dalam ingatan

Bukan senang menampi selasih


Selasih sudah bercampur arang
Bukan mudah bercerai kasih
Kerana kasih bercampur sayang

a- Bagi melengkapkan majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan


………………………………………..menyampaikan ucapan beliau.

Terima kasih puan atas kesudian menyampaikan pesanan tadi. Banyak ingatan,
banyak kenangan, banyak pengalaman yang dikongsi bersama. Bukan mudah menerima
perpisahan tapi adat pertemuan selalu berpasangan dengan perpisahan.

Kuning emas masaknya padi


7 Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Sumbangan tuan tidak bertepi


Mengorban diri menyemai bakti
Ganjaran terbaik hanya dari ilahi
Dari kami terimalah cenderamata ini

Majlis mempersilakan …………………………………………untuk menerima


cenderahati tanda kenang kenangan dari kami.

Acara penyampaian cenderahati pada pagi ini kita akan mulakan dengan hadiah dari

1- ____________________________________________________________________

2- ____________________________________________________________________

3- ____________________________________________________________________

4- ____________________________________________________________________

5- ____________________________________________________________________

6- ____________________________________________________________________

Terima kasih atas kesudian …………………menerima cenderhati tanda ingatan dari


kami
8 Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Umpama berdayung dah sampai ke pelabuhan
yang ruas dah sampai ke buku
yang kitab sudah berkhatam
yang terniat sudah terkabul
yang menerima sudah menerima

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Sebelum mengundur diri, renungkan kata2 ini,


Persahabatan itu ibarat tangan dan mata,
Tatkala mata menangis, tanganlah yang menyeka air mata
Ketika tangan terluka, mata kan menangis…. Begitulah akrabnya persahabatan kita

Mudik ke hilir berperahu layang


Singgah sebentar di Indera Giri
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

9 Sebelum bersurai
Sidang hadirin sekalian,
kami tak lupa pesan nenek,

tetamu datang
jangan dilayan alang kepalang
pulang tak berhati walang
dijemput lagi pasti kan datang

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang


Diraikan ..................................................bersama tetamu lain menjamu
selera.

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja

Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.
Untuk itu majlis saya akhiri dengan lafaz mulia assalamualaikum
warahmatullahiwabarokatu.

You might also like