You are on page 1of 1

MUHAMMAD ZULFIKRI BIN SELIHIN

2021898622, MR-A402, KOLEJ KEDIAMAN MERANTI


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
JALAN BUNGA TANJUNG 2/16
SEKSYEN 2, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR. NO.HP : 0135452615

PENSYARAH FAKULTI MUZIK


CCA CONSERVATORY OF MUSIC
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450, SHAH ALAM, SELANGOR 27 APRIL 2022

Tuan,

MOHON KEBENARAN BALIK AWAL KE KAMPUNG


Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Saya Muhammad Zulfikri Bin Selihin, 2021898622, pelajar Seni Musik Komposisi Semester 2,
ingin memohon pulang awal ke kampung pada tarikh 25 April 2022 kerana saya perlu mengiringi adik
bapa saya yang sakit kerana beliau tidak mampu bergerak sendiri tanpa bantuan. Beliau juga terpaksa
menggunakan kerusi roda sepanjang perjalanan dari Lapangan Terbang Terengganu sehingga ke
Lapangan Terbang Tawau.

3. Oleh kerana keadaan pakcik saya yang sedemikian, saya perlu mengiringi beliau dan memastikan
keperluan dan keselesaanya sentiasa terjaga sepanjang perjalanan kami sampai ke Tawau. Saya juga
ingin memohon maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal hal ini kepada pihak universiti kerana atas
kes kecemasan.

4. Untuk makluman pihak tuan, pakcik saya Encik Shamree Indanan merupakan Pengarah Jabatan
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan di UnisZa, Gong Badak Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau
sekarang sedang dirawat dan berubat di kampung saya di Lahad Datu. Bersama surat ini juga saya akan
hantar maklumat berkaitan penerbangan saya dari Terengganu ke Tawau.

5. Saya berharap agar pihak universiti dapat memberikan perhatian dan kerjasama terhadap
keadaan dan permasalahan yang saya hadapi ini. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan saya
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.

Yang Benar,

(MUHAMMAD ZULFIKRI BIN SELIHIN)


2021898622@isiswa.uitm.edu.my

You might also like