You are on page 1of 12

DUA RAJA

SITI NORSYAZWANI SHAMSUDDIN

2020
SINOPSIS

Raja Malik menjanjikan tahkta untuk Putera Aidil namun adiknya, Putera Ryan yang

dimahkotakan menjadi raja. Semua ini tidak akan berlaku jika dia tidak berangkat ke hutan

untuk memburu kelinci, jika mendengar nasihat adiknya. Tapi, salah diakah? Ayahandanya

memungkiri janji, adiknya mencuri tempatnya dan orang istana yang tidak bersungguh-

sungguh mencarinya. Semuanya tidak berguna. Dia tidak menghiraukan apa yang akan

terjadi. Dia mahu menjadi raja, tidak perduli akan apa rintangan yang harus dilalui. Meminta

pertolongan kerajaan lain adalah cadangan akhirnya. Dia akan menjadi raja dengan bantuan

Kerajaan laut. Adakah keputusannya akan memnimbulkan hasil yang baik? Dapatkah dia

merasakan gelaran raja? Apakah masalah yang akan datang apabila dia membuat keputusan

begitu?

PELAKON

PUTERA AIDIL

Tinggi, berbadan tegap

25-30 tahun

Panas baran

PUTERA RYAN

Sederhana tinggi, berbadan tegap

20-25 tahun

Penyabar dan penyayang


RAJA MALIK

Sederhana tinggi, sedikit bongkok tetapi agak tegap

75-80 tahun

penyayang

PENASIHAT KERAJAAN MAGIKA

Sederhana tinggi, sedikit bongkok dan buncit

55-60 tahun

Bijak dan jujur

PENASIHAT KERAJAAN LAUT

Sederhana tinggi, mempunyai badan yang normal

45-50 tahun

Sopan tetapi agak mengugut


ADEGAN 1

TEMPAT : Singgahsana istana

MASA : Pagi

Di singgahsana sebuah istana, kelihatan PUTERA AIDIL dan RAJA MALIK sedang

bersemayam sambil berbual

RAJA MALIK : Anakandaku Putera Aidil, hari ini ada perkara yang ingin ayahanda

sampaikan pada anakanda.(menepuk belakang Putera Aidil)

PUTERA AIDIL : Katakanlah ayahandaku, anakanda setia mendengar segala apa yang

ingin diperkatakan.

RAJA MALIK : Andaikata, suatu hari nanti ayahanda sudah mangkat, ayahanda akan

menyerahkan takhta kepada anakanda seperti yang ditetapkan dalam adat kerajaan

kita.

PUTERA AIDIL : Ayahanda, usah berkata begitu. Anakanda percaya bahawa ayahanda

akan dikurniakan kesihatan yang sepanjang hidup.(sedih)

RAJA MALIK : Bukannya apa, ayahanda ini makin tua jika tidak dikatakan awal-awal

risau tidak sampai apa yang ingin diperkatakan. Ayahanda yakin anakanda boleh

menjadi seorang raja yang baik sebab itu ayahanda menjanjikan takhta Kerajaan

Magika kepada anakanda. Tetapi, anakanda harus beringat bahawa anakanda perlu

berada bersama dengan ayahanda untuk mendengarkan kata-kata akhir ayahanda

semasa ayahanda makin nazak. Barulah anakanda boleh ditabalkan menjadi raja.

PUTERA AIDIL : Junjung kasih ayahanda. Anakanda akan menjaga kerajaan kita dengan

penuh disiplin dan adil. Anakanda tidak akan menghampakan ayahanda. Anakanda

juga akan ingat pesanan ayahanda. (teruja)


RAJA MALIK : Ayahanda tahu anakanda tidak akan menghampakan sesiapa di

kerajaan kita apabila anakanda sudah menjadi raja. Baiklah, ayahanda mahu berangkat

ke peraduan dahulu.(bangun lalu meregangkan badan) Assalamualaikum...

PUTERA AIDIL : Baiklah ayahanda. Waalaikumussalam... (bersalaman dengan Raja

Malik)

RAJA MALIK keluar dari pentas

PUTERA AIDIL : Rasanya, mengapa ayahanda berkata begitu? Ah! Biarlah, asalkan

ayahanda turunkan tahktanya kepada aku. Baiklah, aku ingin ke hutan untuk memburu

kelinci.

PUTERA RYAN masuk ke pentas

PUTERA RYAN : Wahai kekandaku Putera Aidil, kanda mahu ke mana?

PUTERA AIDIL : Kanda mahu ke hutan untuk memburu kelinci kerana kanda sangat

gembira hari ini.

PUTERA RYAN : Bolehkah kanda beritahu kepada dinda mengapa kekanda berasa

begitu gembira?

PUTERA AIDIL : Baru sahaja tadi ayahanda mengatakan bahawa kanda akan mewarisi

tahktnya apabila beliau sudah mangkat kanda sangat bangga kerana ayahanda sangat

mempercayai kanda.

PUTERA RYAN : Wah, baguslah jika ayahanda amat percayakan kanda! Adinda juga

amat berbangga dengan kanda kerana kanda akan menjadi pemerintah kerajaan kita.

Tetapi kanda tidak berasa hairankah apabila ayahanda berkata begitu sedangkan

ayahanda masih sihat.


PUTERA AIDIL : Ayahanda berkata begitu keran risau jika beliau tidak dapat

mengatakannya sekarang beliau tidak dapat mengatakannya langsung kerana beliau

juga sudah tua bila-bila masa sahaja boleh pergi meninggalkan kita semua. Ayahanda

juga berkata bahawa kanda perlu berada di samping ayahanda semasa beliau semakin

nazak untuk mendengar kata-kata akhir ayahanda dengan itu barulah kanda boleh

ditabalkan menjadi raja.

PUTERA RYAN : Jikalau begitu janganlah kanda berangkat ke hutan, bagaimana jika

sesuatu terjadi kepada ayahanda semasa ketiadaan kanda?

PUTERA AIDIL : Ah! Siapa dinda untuk mempersoalankan keinginan kanda? Kanda

sudah dewasa dan tidak lama lagi kanda akan menjadi seorang raja. Dinda tidak boleh

membangkang keinginan kanda.

PUTERA RYAN : Tetapi dinda dapat merasakan firasat yang tidak baik. Rasanya lebih

baik jika kanda hanya tinggal sahaja di dalam istana.

PUTERA AIDIL : Ah! Kanda tidak kisah. Kanda mahu ke hutan.

PUTERA AIDIL keluar dari pentas

PUTERA RYAN : Mengapakah kanda tidak mahu mendengar kata-kataku?

RAJA MALIK masuk ke pentas sambil mengerang kesakitan

RAJA MALIK : Aduh, sakit sungguh dada beta!

PUTERA RYAN : Ayahanda tidak apa-apakah?

RAJA MALIK jatuh

PUTERA RYAN : Ayahanda! (Bergerak mendapatkan RAJA MALIK) Pengawal sila

panggil tuan penasihat segera! Ayahanda beta telah jatuh gering!


Pengawal berlari keluar dari pentas lalu masuk semula ke dalam pentas bersama

PENASIHAT KERAJAAN MAGIKA.

PENASIHAT KERAJAAN MAGIKA : Dimanakah Putera Aidil?

PUTERA RYAN : Baru sebentar tadi beliau berangkat ke hutan, katanya mahu memburu

kelinci. Jadi benarlah firasat beta, memang akan berlaku sesuatu yang tidak baik.

Mengapalah beliau tidak mahu mendengar nasihat beta?

PENASIHAT KERAJAAN MAGIKA : Apa benar tuanku, benarkah bahawa tuanku

Putera Aidil berbuat begitu?

PUTERA RYAN : Ya, benar tuan penasihat. Beta telah bertemu dengan Putera Aidil

sebelum beliau berangkat ke hutan. Beta sudah melarang beliau untuk berangkat ke

hutan namun beliau masih berdegil mahu ke hutan. Beliau juga berkata perkara yang

amat membuatkan beta sedih.

PENASIHAT KERAJAAN MAGIKA : Tuan hamba mengarahkan semua 20 orang

pengawal istana untuk pergi mencari Tuanku Putera Aidil di hutan dengan segera.

RAJA MALIK : Putera Ryan...

PUTERA RYAN : Ya ayahanda, anakandamu Putera Ryan ada di sini.

RAJA MALIK : Katakan kepada kekandamu, ayahanda minta maaf kerana tidak dapat

menunaikan janji ayahanda. Putera Ryan ayahanda menganugerahkan tahkta kepada

anakanda walaupun anakanda bukanlah anak sulung kepada ayahanda tetapi anak

sulung ayahanda, Putera Aidil tiada di sini kerana raja seterusnya harus mendengar

kata-kata akhir ayahandanya. Ayahanda juga percaya kepada anakanda boleh menjaga

kerajaan kita dan janganlah anakanda bersaing dengan anakanda Putera Aidil, ingatkan
beliau bahawa ini semua hanyalah satu dugaan yang harus ditempuhi olehnya.

Ingatkan semua rakyat di kerajaan kita untuk tidak mempersendakan Putera Aidil.

PUTERA RYAN : Baiklah ayahanda, anakanda akan ingat pesanan ayahanda.

RAJA MALIK dibawa keluar dari pentas

ADEGAN 2

PUTERA AIDIL masuk ke pentas dengan cemas

PUTERA AIDIL : Dimana ayahanda?

PUTERA RYAN : Ayahanda sudah tiada.

PUTERA AIDIL : Tidak... Tidak! Beritahu kanda, ia tidak benar bukan?

PUTERA RYAN : Benar, kanda. Dinda tidak berbohong.

PUTERA AIDIL : Katakan padaku wahai adindaku, Putera Ryan bukan dinda yang

mendengar kata-kata akhir ayahanda bukan?(gagap)

PUTERA RYAN : Maaf kanda... Dinda terpaksa kerana ayahanda ingin menyampaikan

pesanan kepada kanda.

PUTERA AIDIL : Apa yang ayahanda sudah katakan pada dinda? (suram)

PUTERA RYAN : Ayahanda meminta maaf kepada kanda kerana tidak dapat

menunaikan janjinya. Walaupun kanda ialah anak sulung kepada ayahanda, tetapi

kanda tiada disamping ayahanda semasa beliau mangkat. Jadi ayahanda memberikan

tahktanya kepada dinda. Dinda minta maaf.(takut dan rasa bersalah)

PUTERA AIDIL : Tidak mungkin. Semua ini tidak akan berlaku jika kanda mendengar

nasihat dinda. (menjerit)


PUTERA RYAN : Tidak usah kanda menyalahkan diri sendiri, ia sudah tertulis takdir

bahawa perkara seperti ini akan berlaku dan kita juga tidak boleh menyalahkan takdir.

(menepuk belakang Putera Aidil) Dan sudah tertulis dalam al-Quran, dari surah al-

Baqarah, ayat 156 yang bermaksud “Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada

Tuhan jualah kita kembali”. Sudahlah kanda janganlah merantapi pemergian

ayahanda. Kanda, dinda pergi ke peraduan dahulu. Assalamualaikum.

PUTERA AIDIL : Waalaikumussalam.

PUTERA RYAN keluar dari pentas

PUTERA AIDIL : Semua ini adalah salahku. Seharusnya aku berada di dalam istana,

bukannya pergi ke hutan. Tapi, benarkah ianya salahku? Aku tidak tahu sama ada

ayahanda sedang gering. Salahkah aku untuk keluar ke hutan untuk memburu.

Sepatutnya pengawal istana mencariku dengan lebih cepat kerana itu adalah tugasan

mereka. Mengapa ayahanda perlu menggantikan aku dengan adikku untuk menjadi

raja adakah aku tidak diperlukan? Mengapa adikku perlu berada disitu? Aku harus

mencari idea untuk aku dapat menjadi raja. Tetapi, apakah cara yang terbaik untuk aku

dapat menjadi raja? Tiada cara lain selain daripada meminta pertolongan Kerajaan

Laut.

PUTERA AIDIL keluar dari pentas

ADEGAN 3

Disinggahsana kelihatan RAJA RYAN sedang berbincang bersama PENASIHAT KERAJAAN

MAGIKA

PUTERA AIDIL masuk ke pentas bersama PENASIHAT KERAJAAN LAUT


RAJA RYAN : Kekandaku, Putera Aidil. Mengapakah kanda membawa tuan penasihat

Kerajaan Laut ke istana kita? Ada masalahkah yang telah berlaku?

PUTERA AIDIL : Tidak, adinda. Penasihat Kerajaan Laut kesini adalah untuk

membincangkan perkara yang penting.

PENASIHAT KERAJAAN LAUT : Ampun tuanku Raja Kerajaan Magika, Raja Ryan. Patik

kesini menghantar pesanan daripada Raja Kerajaan Laut, Raja Iskandar. Izinkan patik

membicarakan pesanan yang disampaikan.

RAJA RYAN : Teruskan tuan penasihat.

PENASIHAT KERAJAAN LAUT : Raja Iskandar telah mendengar berita tentang

berlakunya pertukaran tahkta di kerajaan ini dan beliau amat murka kerana sahabatnya

sudah dikhianati kerana oleh kerajaan ini. Oleh dengan itu, beliau ingin sahabatnya,

Putera Aidil di berikan kuasa dan mejadi raja. Jika tidak, Kerajaan Laut akan

memutuskan semua perhubungan dan menghentikan segala aktiviti pertukaran barang

dengan Kerajaan Magika. Pihak Kerajaan Laut akan juga akan mengambil Putera

Aidil dan menjadikan beliau seorang warga Kerajaan Laut dan pembesar di kerajaan

kami dan tidak akan membenarkan sebarang pergaulan diantara Putera Aidil dan

Kerajaan Magika.

PENASIHAT KERAJAAN MAGIKA : Tuan hamba tidak boleh berbuat begini!

RAJA RYAN : Tuan penasihat, tidak mengapa. Di kerajaan kita hubungan bersama Kerajaan

Laut adalah sangat penting. Lagipun, beta tidak mahu memisahkan hubungan beta

bersama kekanda beta.

PENASIHAT KERAJAAN LAUT mengeluarkan sekeping surat


PENASIHAT KERAJAAN LAUT : Pilihan yang baik tuanku. Raja Iskandar tahu bahawa

tuanku tidak akan menghampakan beliau. Tuanku, sila tandatangan di kertas ini

sebagai bukti persetujuan atas apa yang kita bincangkan pada hari ini.

RAJA RYAN menanda tangani surat tersebut

PENASIHAT KERAJAAN LAUT : Baiklah, tuanku. Patik ingin berangkat pulang ke

kerajaan patik.

PENASIHAT KERAJAAN LAUT keluar dari pentas

RAJA RYAN : Baiklah kandaku, Raja Aidil. Dinda harap kita akan dapat menjadi pemerintah

yang baik.

PENASIHAT KERAJAAN MAGIKA : Ampun tuanku, terdapat perkara yang ingin

patik katakan.

RAJA RYAN : Katakanlah wahai tuan penasihat.

PENASIHAT KERAJAAN MAGIKA : Terdapat adat kerajaan kita yang mengatakan

bahawa kerajaan kita tidak boleh ada lebih daripada seorang raja yang berkuasa pada

satu masa. Satu-satunya pilihan yang ada ialah membahagikan kerajaan ini kepada

dua. Sekarang ini, hanya bergantung kepada tuanku Raja Aidil dan Raja Ryan untuk

memilih siapa yang akan memerintah Kerajaan Magika dan siapa akan memerintah

Kerajaan Sakti.

RAJA AIDIL : Biar beta sahaja yang memerintah Kerajaan Sakti.

RAJA RYAN : Benarkah kanda? Dinda tahu memulakan kerajaan baharu sangat susah.

bolehkah kanda menghadapinya seorang diri?


RAJA AIDIL : Jika kanda memilih untuk memerintah di kerajaan ini, dinda akan menghadapi

kesulitan. Jadi kanda bercadang untuk memulakan kerajaan baharu. Kanda tidak mahu

menyusahkan dinda lagi selepas apa yang dinda telah lakukan untuk kanda.

RAJA RYAN : Junjung kasih, kanda. Dinda mendoakan kanda dapat memulakan kerajaan

baharu dengan baik dan kanda dapat menjadi pemerintah yang baik dan adil.

You might also like