You are on page 1of 4

JPBB.MIRI/BIL.

135/2021

KENYATAAN MEDIA
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA BAHAGIAN (JPBB) MIRI
19 OGOS 2021
UNTUK SIARAN SEGERA

PERGERAKAN RENTAS DAERAH DIPERKETATKAN,


PATUHI SOP YANG DIGARISKAN BAGI PERMOHONAN PERMIT – JPBB MIRI.

1. MIRI: Sejajar dengan Kawalan Pergerakan di bawah Prosedur Operasi Standard


(SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) - Fasa 3 Negeri Sarawak, Jawatankuasa
Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri melalui mesyuarat secara zoom yang
dipengerusikan oleh Datuk Lee Kim Shin, Menteri Bertanggungjawab pada petang Ahad
(15 Ogos 2021) telah berbincang dengan teliti mengenai pergerakan antara Daerah-
daerah dalam Bahagian Miri dan telah menggariskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi
oleh penduduk di Bahagian Miri untuk kelulusan pemohonan permit rentas Daerah.

2. Sehubungan itu, bagi orang ramai yang ingin memohon permit untuk rentas Daerah-
daerah (Miri, Subis, Marudi, Beluru dan Telang Usan) dalam Bahagian Miri perlu
mematuhi syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh JPBB Miri.

3. Keputusan ini diambil bagi meletakkan Bahagian Miri dalam keadaan berjaga-jaga,
kekal waspada dan tidak leka dengan situasi sekarang selain mengekang penularan
COVID-19.

4. Syarat-syarat yang ditetapkan ini telah pun mendapat kelulusan daripada


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan akan menjadi
panduan kepada pihak polis dalam meluluskan permit rentas Daerah dalam Bahagian Miri.

5. SOP Pergerakan Rentas Daerah Bahagian Miri adalah seperti berikut:


Bil. Kategori Dokumen Diperlukan
1. Situasi kecemasan
• Telah mendapat dua (2) dos
Kematian keluarga terdekat (Hanya isteri/suami,
anak, ibu bapa, ibu bapa mertua). vaksinasi lengkap COVID-
• Atas sebab perubatan - Seorang pesakit 19 dan memerlukan permit
dibenarkan ditemani ≤ 2 orang peneman. polis atau surat majikan
2. Temujanji di fasiliti kesihatan (Untuk tugasan rasmi).
Seorang pesakit dibenarkan ditemani ≤ 2 orang • Situasi kecemasan tidak
peneman. memerlukan dua (2) dos
3. Vaksinasi vaksinasi lengkap.
Penerima vaksin yang tidak boleh
dibenarkan diiringi oleh ≤ 2 Semasa mendapatkan
berdikari orang
4. Perkhidmatan penting (Essential Services) permit polis:
Seperti yang digariskan dalam SOP Pelan • Untuk yang mempunyai
Pemulihan Negara - Fasa 3 Negeri Sarawak. kontraindikasi terhadap
5. Tugasan rasmi vaksin, perlu
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA BAHAGIAN MIRI
NOMBOR TELEFON BILIK OPERASI : 085-322737 ( 8:00 PAGI - 5:00 PETANG / ISNIN-AHAD ) 1
6. Ziarah keluarga menunjukkan surat
• Suami isteri melawat pasangan; atau pengesahan doktor.
• Ibu bapa melawat anak-anak yang berumur <18 • Kategori temujanji di
tahun. fasiliti kesihatan
7. Lain-lain (kecemasan/bukan
• Balik berkebun/menjaga ternakan di kampung kecemasan) perlu
(Yang telah mendapat kebenaran daripada menunjukkan kad rekod
Jabatan Pertanian). pesakit/surat rujukan
• Membeli barang keperluan di Miri (Untuk doktor.
penduduk di pedalaman) – Mengikut kapasiti
kenderaan.

6. Permit Rentas Daerah tidak diluluskan bagi perkara berikut (Negative List):

Bil. Kategori Penjelasan


1. Urusan Peribadi Contoh:
• Melawat ahli keluarga luas
• Menghadiri perjumpaan keluarga
• Menyambut perayaan
• Memburu/Sabung ayam
• Berkhemah/Mendaki
2. Aktiviti Sosial Contoh:
• Kenduri-kendara
• Majlis pernikahan (Majlis akad nikah)
• Majlis perkahwinan/pertunangan
• Resepsi
• Majlis aqiqah
• Doa selamat
• Tahlil/Ngetas ulit
• Sambutan ulang tahun
• Sambutan hari kelahiran
• Reunion
• Retreat
• Lain-lain majlis sosial

7. JPBB Miri sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk terus kekal waspada dan
sentiasa mematuhi aspek Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19
secara ketat. Dan individu yang sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19, masih
perlu berhati-hati dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

8. Mesyuarat turut dihadiri Pemangku Residen Bahagian Miri, Tuan Haji Jamalie Bin Haji
Busri; Dr. P. Raviwharmman A/L Packierisamy, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri; Dr.
Jack Wong Siew Yu, Pengarah Hospital Miri; serta jabatan dan agensi di bawah
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri.

TAMAT.

JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA BAHAGIAN MIRI


NOMBOR TELEFON BILIK OPERASI : 085-322737 ( 8:00 PAGI - 5:00 PETANG / ISNIN-AHAD ) 2

You might also like