You are on page 1of 2

Komunikasi berkesan adalah satu keperluan asas dalam PdPc.

Komunikasi yang baik


menghasilkan satu hubungan persefahaman antara guru dengan murid. Guru dapat
menyampaikan pengajaran dan pemudahcaraan sementara murid memahami proses
pembelajaran. Komunikasi berkesan dalam PdPc bermaksud arahan dan pemberian maklumat
diberikan dengan maksud difahami oleh murid. Setelah proses ini berlaku, murid dapat
menjalankan aktiviti dengan lancar dan perbincangan dapat dibuat.
Ada banyak kelebihan dengan menghadiri bengkel ini. Penceramah juga menjelaskan
ciri-ciri komunikasi berkesan dalam PdPc yang dipelajari oleh guru – guru kami sangat
berpuas hati. Penceramah juga lebih menjelaskan tentang ciri – ciri yang perle diketahui oleh
seorang guru ialah menggunakan bahasa mudah difahami rakan sekerja dan murid – murid .
Penceramah juga beritahu bahawa guru – guru perlu membuat semakan kefahaman murid
dengan guru meminta murid menjelaskan semula maksud dalam kata lain (rephrase).Soal
jawab antara guru dengan murid juga satu teknik untuk komunikasi berjalan dengan lancar.
Beliau juga demonstrasi aktiviti daripada guru dan murid dengan tontonan video. 

Beliau juga berkata bahawa komunikasi berbentuk lisan haruslah diberi perhatian
semasa menyampaikan mesej kepada murid – murid .Apabila guru menyampaikan sesuatu
bahan juga, bahan itu mempunyai tajuk, isi dan persembahan yang mudah difahami.
Contohnya, gambar itu jelas dan selari dengan maksud yang ingin disampaikan oleh guru. Di
samping itu, 'non verbal' guru juga jelas. Hal ini dizahirkan dalam bentuk pergerakan tangan
dan mimik muka.

Beliau juga menegaskan aspek teknikal dalam menentukan komunikasi yang efektif
iaitu suara yang jelas didengari ,perkataan yang digunakan adalah betul beserta struktur ayat
yang tepat.maksud soalan atau pernyataan itu tidak mengelirukan.intonasi yang pelbagai
dalam menarik minat murid untuk mendengar, diiringi dengan mimik muka, gerak tangan dan
perbuatan guru, suasana yang tenang apabila guru/murid berkata-kata. Guru – guru perlu
memberi perhatian perkara – perkara ini untuk menentukan komunikasi yang berkesan.

Guru juga perlu mengetahui sama ada komunikasi itu berkesan atau tidak
Mudah. juga jika murid tidak faham arahan, maka komunikasi itu tidak berkesan. Beliau
juga beritahu bahawa antara kekangan dan cabaran komunikasi berkesan ialah latar
belakang perbendaharaan kata guru dan murid yang berbeza , bahasa ibunda murid yang
berbeza, kemampuan pembelajaran murid yang berbeza., suasana atau persekitaran bilik
darjah tidak kondusif, penyampaian bahasa yang berbagai bentuk. dan kemahiran dan bakat
berbahasa yang berlainan. Sekiranya hal ini terjadi kita haruslah Ubahsuai arahan atau
pernyataan (rephrase),
Gunakan strategi lain atau pendekatan lain. Lain murid, lain caranya menerima pembelajaran.
Rujuk teknik VAK (Visual Auditory Kinaesthetic) , Permudahkan lagi bahasa atau aras.
(Masukan elemen pembelajaran pembezaan), Beri galakan dan dorongan., Bacakan dan
semak satu persatu ayat atau perkataan bagi murid lemah. , Persembahan soalan atau
pernyataan dalam bentuk yang lebih ceria atau 'engaging' seperti sketsa, grafik, animasi,
video, rakaman suara dan sebagainya., Minta bantuan murid sebaya kepada murid yang tidak
faham tadi kerana mungkin ada kekangan penguasaan bahasa ibunda daripada guru itu
sendiri. , Pastikan murid semua terkawal dan kata-kata guru boleh didengari dengan jelas. ,
Strategi: Guru ada backup plan soalan tambahan yang serupan dan sama maksud jika soalan
asal tidak difahami., Siapkan panduan susun atur soalan / pernyataan daripada paling mudah
kepada sukar kerana fahaman murid juga perlu dibentuk mengikut pemeringkatan dalam
pembelajaran.
Walaupun bengkel ini mempunyai beberapa kelebihan , ada kami menghadapi
beberapa kekangan semasa menghadiri bengkel ini secara maya. Pertama adalah kekangan
internet . Adakalanya pencapaian internet yang kurang memuaskan semasa bengkel
dijalankan. Dengan ini guru – guru menghadapi gangguan untuk mendengar dan memberi
respon yang dicukupi.Seterusnya , masa yang terhad menjadi kekangan yang kedua, oleh
kerana itu penceramah tidak dapat menyelesaikan bengkel beliau dengan sempurna dan
efektif.Beliau juga berkata ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam komunikasi
ini oleh , kerana masanya terhad beliau terpaksa berhenti setakad itu.
Justeru itu , perkara – perkara ini perlu diambil kira pada masa hadapan untuk
mendapatkan bengkel yang efektif .

Disediakan oleh ,

__________________________
( Pn.V.Vasugee )
Setiausaha LADAP

You might also like