You are on page 1of 5

LAPORAN KEROSAKAN

JALAN MASUK KE KG SG. BOT,


DAERAH BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR

14 MAC 2013
LAPORAN KEROSAKAN JALAN MASUK KE KG. SG. BOT
DAERAH BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR

1.0 LATARBELAKANG

Jalan ini telah dibina pada tahun 2005 oleh pihak JKR dibawah Projek Jalan Kampung (PJK) melalui
Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Jalan ini terletak di kawasan Sg. Perdak dan
merupakan jalan masuk ke perkampungan orang asli Sg. Bot. Kebiasaannya kenderaan yang sering
digunakan untuk melalui jalan ini ialah kereta, motosikal dan lori kecil (3-5 tan).

Ringkasan maklumat jalan adalah seperti berikut :

Tahun Di Bina : 2005


Tahun Diselenggara oleh JKR : 2007
Bilangan Lorong : Single Carriageway
Jenis Jalan : Jalan Kampung
Lebar Jalan : 3.5m (Purata)
Panjang Jalan : 4.1 km

2.0 LOKASI JALAN MASUK KE KG. SG. BOT

2.1 Lokasi jalan masuk ke Kg. Sg. Bot adalah sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

RAJAH 1 : PETA LOKASI


RAJAH 2 : SKIMA JALAN
3.0 MASALAH JALAN MASUK KE KG. SG. BOT

3.1 KEROSAKAN PADA PERMUKAAN JALAN

Permukaan jalan masuk ke Sg. Bot ini, sebahagiannya telah mengalami kerosakan. Permukaan
jalannya juga kasar dan apabila cuaca hujan, ia akan meresap masuk ke dalam celah-celah rekahan
permukaan jalan yang terdedah. Keadaan ini akan melemahkan struktur permukaan dan base jalan.
Lapisan jalan menjadi pecah sehingga mendedahkan lapisan base akibat beban yg diterima dari
kenderaan berat.

GAMBAR MENUNJUKKAN KEADAAN PERMUKAAN JALAN YANG KASAR DAN ROSAK


4.0 SYOR DAN CADANGAN

4.1 Syor dan Cadangan

Pejabat JKR Daerah Bentong mengesyorkan supaya pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah dapat memberikan peruntukan bagi menaiktaraf jalan tersebut kerana jalan tersebut adalah
salah satu perhubungan yang penting bagi pengguna yang menggunakan jalan tersebut untuk
menjalankan aktiviti seharian mereka. Anggaran kos untuk menyelenggara jalan ini dengan kaedah
membina semula lapisan base dan menurap pemukaan yg rosak sahaja (spotted) adalah RM33,000.00
manakala kaedah membina semula lapisan base dan menurap pemukaan sepanjang 4 km jalan adalah
RM500,000.00.

You might also like