You are on page 1of 2

PTM BIL.

1/2022

ANIS NABILA BINTI ALIAS

951130-02-6000

TAJUK 5 : MENJANA NEGARA SEJAHTERA DAN BAHAGIA

Setiap negara di dunia ini mempunyai sistem pentadbirannya yang tersendiri.


Dalam menjana negara sejahtera dan bahagia, sistem pentadbiran menjadi tampuk
yang paling utama dalam memastikan kelancaran tadbir urus sesebuah negara demi
kebaikan penghuni atau rakyatnya. Tanpa sistem pentadbiran yang utuh dan
sistematik, sesebuah negara tidak dapat menjaga negara dan rakyat mereka dengan
baik, malah ia membuka peluang kepada anasir luar yang mempunyai kepentingan
sendiri dan seterusnya boleh menyebabkan keruntuhan kepada sesebuah negara.
Oleh itu, setiap negara perlulah menyediakan rangka tadbir urus negara sendiri yang
bersesuaian dengan sistem pentadbiran dan rakyat agar kesejahteraan negara
terlepihara.
Dalam memastikan negara sejahtera dan bahagia, negara Malaysia yang
merupakan sebuah negara demokratik mengamalkan sistem pentadbiran Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Secara amnya, Demokrasi Berparlimen
merujuk kepada pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan di mana rakyat
melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara, manakala raja-raja menjadi
lambang taat setia rakyat. Oleh yang demikian, Malaysia berkemampuan untuk
mencapai atau menjadi sebuah negara yang sejahtera dan bahagia kerana
Demokrasi Berparlimen memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin
yang akan mewakili mereka di Parlimen dan seterusnya menjadi pentadbir negara.
Selain itu, perpaduan antara kaum juga perlulah dicapai dalam menjana
sebuah negara yang sejahtera dan bahagia. Sebagai sebuah negara yang terdiri
daripada rakyat yang berbilang kaum, rakyat Malaysia seharusnya menghindari
sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Hal ini demikian kerana,
sekiranya tercetusnya sebarang provokasi kaum, ia akan mewujudkan suasana
persekitaran yang tidak tenteram seperti tercetusnya isu rusuhan dan sebagainya.
Sekiranya isu rusuhan kaum tercetus, maka sesebuah negara akan berada dalam
keadaan kucar-kacir oleh kerana tiada perpaduan atau kata sepakat yang dapat
dicapai antara kaum. Kesannya, rakyat tidak dapat hidup dalam keadaan harmoni dan
sejahtera.
Seterusnya, media massa juga memainkan peranan penting dalam menjana
sebuah negara yang sejahtera dan bahagia. Media massa perlulah sentiasa
menyebarkan mesej-mesej positif tanpa menyentuh sebarang isu sensitif yang dapat
mengganggu kesejahteraan sesebuah negara. Sebagai contoh, sekiranya media
massa melaporkan isu yang mencetuskan provokasi politik, kaum dan sebagainya,
maka kesan-kesan negatif seperti pergaduhan dan salah faham akan sentiasa
melanda masyarakat di negara kita. Dalam menelusuri arus pemodenan, media
massa seharusnya lebih peka dan berhati-hati dalam menyiarkan sebarang isu sensitif
yang dapat mengganggu keamanan negara.

Keselamatan dan keamanan negara juga perlu lah dikawal ketat dalam
menjana sebuah negara sejahtera dan bahagia. Sesebuah negara perlulah
memastikan sistem keselamatan diperketatkan supaya tiada sebarang isu yang dapat
menjejaskan keamanan dan keselamatan rakyat. Sebagai contoh, sekiranya terdapat
masalah-masalah seperti masalah demonstrasi, pencerobohan sempadan negara,
kemasukan pekerja asing tanpa kawalan dan pemerdagangan manusia, maka
keselamatan rakyat di negara kita akan tergugat. Dalam memastikan kawalan
keselamatan di negara kita tidak terjejas, penggunaan undang-undang yang lebih
berat perlulah dilaksanakan seperti mengenakan tindakan kepada mana-mana
masyarakat atau rakyat yang melanggar larangan-larangan yang tercatat dalam
perlembagaan khususnya yang menyentuh tentang hal-hal sensitif seperti Bahasa,
agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan Kedaulatan raja-raja
Melayu.
Di samping itu, kerajaan juga memainkan peranan penting bagi membina
sebuah negara yang sejahtera dan bahagia. Antara peranan utama kerajaan ialah
menyediakan prasarana yang mencukupi buat rakyatnya. Salah satu bidang
keutamaan yang terdapat di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah
menambah baik dan menyediakan infrastruktur atau prasarana terutamanya di luar
bandar. Infrastruktur yang disediakan boleh menjadi pemangkin bagi menjana
ekonomi rakyat. Apabila ekonomi rakyat terjamin dan berada di tahap yang
memuaskan, maka tenaga kerja berkualiti dapat dibangunkan dan mengurangkan
kebergantungan terhadap pekerja asing. Oleh itu, kemasukan pekerja asing ke
negara kita dapat dikurangkan atau dimin imumkan. Selain itu, tahap ekonomi yang
stabil dapat mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing dan mengukuhkan
sektor awam seterusnya mewujudkan suasana dan taraf hidup rakyat yang harmoni
dan sejahtera.
Kesimpulannya, kesejahteraan dan kebahagiaan sesebuah negara bergantung
kepada banyak faktor dan peranan. Antara faktor dan peranan yang telah
dibincangkan ialah faktor Demokrasi Berparlimen, perpaduan antara kaum, peranan
media massa dalam menyampaikan maklumat, sistem keselamatan dan peranan
kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara. Oleh itu, sekiranya salah satu faktor
atau peranan yang telah dibincangkan tidak dapat dilaksanakan atau dicapai, maka ia
sedikit sebanyak akan menjejaskan kesejahteraan dan kebahagiaan sesebuah
negara.

You might also like