You are on page 1of 2

PROSEDUR PELAKSANAAN PERTANDINGAN PEMBUGARAN PETA I-THINK

DALAM KOAKADEMIK 2021

1. Program ini berupa satu pertandingan yang dilaksanakan melalui aktiviti kelab dan
persatuan (kokurikulum) serta penyertaan oleh semua ahli kelab/persatuan adalah sangat
digalakkan. Semua penyertaan layak mendapat sijil.

2. Setiap kelab dan persatuan wajib menghantar minimum tiga penyertaan.

3. Guru penasihat akan menyediakan satu artikel yang berkaitan dengan tema kelab/persatuan
masing-masing.
Contoh: Kelab Pengguna memilih artikel berkenaan tahap kewangan pengguna semakin
merosot akibat Covid-19.
4. Murid diminta membaca artikel yang diberikan oleh guru penasihat kelab/persatuan dan
mengumpul maklumat secara melukis Peta i-Think yang sesuai dengan tujuan
penyampaian maklumat tersebut.
Contoh: Maklumat membanding beza sesuatu, maka Peta i-Think jenis Peta Buih
Berganda digunakan.

5. Murid akan membuat rakaman video pembentangan Peta i-Think yang dilukis mengikut
kreativiti masing-masing berdurasi 3-5 minit.
Contoh: Persembahan nyanyian, sajak dan lain-lain.
6. Kesesuaian bahan dengan tajuk/tema serta kreativiti sesuatu persembahan itu akan
diambil kira dalam penilaian skor untuk pemenang.
Contoh: Tambahan gambar, lagu, latar belakang yang diubah suai adalah dibenarkan.

7. Peta i-Think dan video mestilah hasil ciptaan sendiri dan tidak diplagiat daripada internet
mahupun mana-mana sumber yang lain.

8. Video rakaman perlu dihantar kepada guru penasihat kelab /persatuan dalam
tempoh 2 minggu dari tarikh pelancaran pertandingan. Guru penasihat dikehendaki
menyediakan google form untuk murid mendaftarkan penyertaan dan menghantar video
masing-masing. Guru penasihat perlu menyerahkan nama semua peserta serta menentukan
3 video terbaik dalam kelab/persatuan masing-masing kepada AJK Sijil dan Hadiah.
9. Hadiah berupa trofi dan sijil pencapaian akan diberi kepada 3 pemenang bagi setiap
kelab/persatuan. Penyertaan ahli yang lain juga layak mendapat sijil penyertaan.

10. Guru penasihat perlu mendaftarkan video tempat pertama dalam kelab masing-masing
melalui pautan yang akan diberikan oleh AJK Teknikal Pertandingan untuk penilaian
keseluruhan bagi tiga hadiah utama.

11. Bagi pemenang tiga tempat terbaik/utama (keseluruhan) akan mendapat hadiah yang hebat
dan lumayan daripada Unit Kokurikulum.

12. Kelab/persatuan yang mempunyai penyertaan terbanyak dalam program ini layak
mendapat baucar bernilai RM100.

1
13. Hadiah kepada para pemenang akan disampaikan secara pandu lalu di sekolah.

You might also like