You are on page 1of 2

Kata Hubung

Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih
daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada
dua ayat dinamakan ayat majmuk.

Kata Hubung Gabungan

Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung gabungan ialah
jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk
yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.

Contoh:

1. Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.


2. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.
Kata Hubung Pancangan

Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.
         Ayat utama                        Ayat Kecil
1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]
2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.

Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata hubung pancangan ialah
jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa
utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

1.    Kata hubung pancangan relatif


2.    Kata hubung pancangan komplemen
3.    Kata hubung pancangan keterangan

You might also like